CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 January 2012

Cocoa Collagen Power Plus - MURAH

ENTRY BARU TENGOK KAT BAWAH YE..

Mulai hari ini saat ini saya telah mengiktirafkan diri saya sebagai dealer Cocoa Collagen Power Plus (CCPP) yang sah. Jadi korang-korang semua jangan ragu-ragu ye nak beli CCPP kat saya ni. Special price saya boleh bagi kat korang yang penting ORI tau. Saya sekeluarga pun memang mengamalkan minum CCPP, memang terbukti berkesan dan puas hati.




Kembalikan Keremajaan Wanita
Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman. Koko Pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.

Kandungan Cocoa Collagen Power Plus
1. Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon,mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.

2. Kacip Fatimah - Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

3. Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.

4. Krimer Bukan Tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

5. Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan.

6. Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan dan Khasiat
1. Membantu mengimbangi hormon
2. Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut
3. Mencantik,menghalus dan menggebukan kulit
4. Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
5. Melambatkan proses penuaan
6. Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
7. Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
8. Mencerahkan kulit secara semulajadi
9. Memberikan tenaga
10. Membantu mengurangkan keguguran rambut
11. Melancarkan peredaran darah dalam badan
12. Mengimbangi berat badan
13. Meningkatkan daya penghadaman
14. Pengurangan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot

Cara Pengambilan
- Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.
- Minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam.
- Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang
- Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya.

Penggunaan
1. Semua wanita berumur dari 20 tahun ke atas (sudah berkahwin/belum berkahwin) boleh mengamalkan pengambilan cocoa collagen ini.
2. Ibu-ibu lepas bersalin (amat digalakkan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
3. Dilarang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki


Maklumbalas Pengguna Selepas Mencuba CCPP
Minggu Pertama : Badan lebih bertenaga & cergas, kulit muka yang kering menjadi lembab & pengecutan jerawat, tumit kaki yg pecah kembali pulih, denyutan di payudara, susu badan bertambah (bagi ibu yg menyusukan anak).

Minggu Kedua : Kulit muka menjadi kemerahan & berseri, payudara lebih tegang, terletak & bulat, susuk tubuh lebih kemas & tidak menggelebeh

Minggu Ketiga : Berat badan berkurangan (bagi pengguna jenis gemuk air), wajah kelihatan lebih muda & kulit lebih anjal, faraj lebih ketat & rapat.
** Kesan yang diterima adalah berbeza mengikut individu

Saiz / Kuantiti 
30 sachet (stok 1 bulan)
(25g x 10 sachet x 3 kotak)
Harga sebenar RM 59.90
Tapi saya jual RM 50.00

Kalau berminat sms/call 012-3476048 (Farhana) 

Untuk COD area Putrajaya, berdekatan Uniten-UPM, Seri Kembangan, Jusco Cheras Selatan & Balakong. Lain-lain tempat yang berdekatan boleh je bagi tau, kot-kot boleh je COD.

 

03 January 2012

ShoutMix dah tak free..Jom tukar ke ShoutBox

oleh sebab SHOUTMIX dah kena bayar jom kita pakat ramai² guna SHOUTBOX
kalau dah benda dari free kena bayar siapa yang nak kan? kalau dah ada benda free buat pe nak buang duit guna yang berbayar..

dah lama aku dapat email pasal Shoutmix kena bayar mulai 2012 tapi biasa la bila dapat email tu ignore je la..bila 1/1/12 bukak blog terkujat pulak tengok Shoutmix dah takleh guna..hampeh tol..

pagi ni baru aku tukar ke Shoutbox. kat rumah tak leh pegang lappy langsung, asal bukak je dhia merenggek nak tengok mickey mouse. Shoutbox ni sama je macam Shoutmix yang penting dia FREE ye!!



01 January 2012

Kasut baru Myvi



sempena dengan New Year ni Myvi dah dapat kasut baru pada 31/12/2011..
wah kelaas ko Myvi, untung la dapat kasut baru..aku ni tak beli² kasut baru lagi..
hahaha..tu la sapa suruh cerewet sangat bab pilih kasut :p

sebenarnya tak rancang pun nak tukar kasut baru Myvi, sebenarnya nak service je pun..
cuti 3hari new year kitaorg tak decide pun gi mana..aku dah banyak kali ckp dgn Hubby bagitau aku awal kalau dia dapat cuti. tapi mamat tu bagitau aku 4hari sebelum dia dapat cuti. aku pun memang tak pikir apa² pun nak pi berjalan mana pasal mula² harapan dia nak cuti new year ni amat la tipis. aku pun dah pasrah kalau dia tak dapat cuti mcm tahun² sudah.

bila dah dia pun cuti aku tanya la nak gi mana ni? dia pun taktau nak pi mana. bila aku cadang nak pi genting dia cakap tengok la dulu. banyak sebenarnya tempat yang aku cadang nak pi, aku soh dia pilih sendiri..so aku pun malas nak tanya banyak kali biar la dia pilih. tapi yang penting aku cakap nak tengok bunga api live depan mata..akhirnya dapat jugak :)

sebenarnya Hubby tak cakap pun nak gi genting, dia senyap je! konon la tuh nak wat surprise. Hubby mmg suka buat surprise² ni :)
30hb balik kerja aku tanya lagi nak gi mana cuti ni..dia still cakap tak tau! haiisshh!! dlm ati aku berkata² "last la aku tanya nak gi mana".

ari sabtu Dhia bangun awal pulak 7.30am dah bangun, minum susu sambil golek². aku masih bermalasan..nasib cuti peod pukul 8am baru aku bangun nak mandikan dhia. Hubby soh cepat² siap kita gi genting..aku wat sambil lewa je..dia tengok aku wat benda slow² je. dia tanya la nak gi ke tak..aku senggih je..Hubby mandikan dhia, aku kemas rumah.

tapi Hubby ckp kena service kereta dengan tukar tayar dulu. memang tayar tu ok lagi belum botak pun, tapi takkan nak tunggu botak licin baru tukar pulakkan.

semua kedai tayar area rumah memang mahal gila, stakat nak service ok la. Hubby ajak gi kedai tayar kat Kampar, Klang..nun jauh pulak..sebab situ memang murah sangat la banding dengan sini. tapi masalahnya hubby ckp lepas service+tukar tayar gi genting lepastu stay tengok bunga api..aku pulak tak setuju sebab macam kelam kabut sangat. lepastu nanti penat.

Hubby pun cari la kat Mudah, cari punya cari hubby jumpa la kedai service kereta dan tayar kat area Ampang. memang situ bagi harga sama dengan Rawang dan Klang. daripada nak membazir masa,bazir duit tol, bazir duit minyak nak ke Klang baik gi kat Ampang je.
Tengok rim situ banyak pilihan dan harga sangat murah.

tengok jam dah pukul 10am, aku soh mr.hubby mandi cepat nanti pukul berapa pulak nak sampai Genting tu. pas hubby mandi baru dia cakap "arini kita gi service kereta je la, mlm tengok bunga api, sok kita gi Geting"..aku ok je..lagi senang.

jalan dekat Zoo Negara tu punya la jem teramat, tersengguk² dibuatnya. nak cari kedai tayar tu pun satu  hal jugak area situ memang jem, setengah jam jugak la kitaorg nak sampai ke kedai tu. padahal dah nampak dah kedai tu depan tu je ha. rasa mcm nak jalan kaki je.

sampai je kedai, terus kitaorg pilih² kasut baru untuk Myvi. 3 jenis rim kitaorg suruh orang tu pasangkan kat Myvi nak tengok mana yang sesuai..hubby soh aku yang pilih, dia takot nnti klu aku terjumpa rim yang cantik nanti aku menyesal..ada pulak camtu..finally kitaorg setuju nak yang satu ni..memang lawa la bagi kitaorg..hehehe

dah pilih, hubby soh pulak cina tu service, tengok apa yang patut kena tukar..kereta pun dah lama tak service..bila cina tu bukak je tayar, apa namanya ntah yang pasang spring tayar.aku dah lupa nama dia..dua² belah kena tukar.aku suruh cina tu buat kira² dulu kang takut terlebih budget kitaorg pulak..kira punya kira..tawar punya tawar..rim+tayar+benda yang tukar kat spring tayar tu+service semua masih lagi under budget..so lega ok!

masa cina tu terangkan kat Hubby aku pun menyibuk nak tau jugak..aku ni dah la reti bawak kereta je, nak bukak tang mana enjin pun tak reti, isi angin tayar pun sekali je penah buat..sebab tu kalau kereta dah lama tak service aku jadi takut nak bawak. ye la kang tersangkut tepi jalan camne. kalau time hubby tak kerja ok la, dibuatnya dia outstation atau dia kerja ke naya aku!

sejam aku lepak kat kedai tu, Dhia pun ok je tak nangis ke takut ke dengan bunyi bising mesin tapi aku pulak yang boring. so aku bawak Dhia pergi mall sebelah je dengan kedai tayar tu. bawak Dhia main kat situ lepas tu jalan² dalam tu ada The Store. Dhia paw ibu air susu Dutch Lady, biskut pastu mainan..minah sorang ni kalau jalan skang bukan main eksyen tak mau pengang tangan kita langsung. setengah jam lepak kat mall, gi balik kat kedai tayar tu.


 suka dapat bawak bus..sebelum tu naik truck tapi sebab truck tu goyang kasar sangat menjerit² Dhia takut..naik kejap je terus naik kereta polis kat sebelah tu..kereta polis dengan bus goyang tak kasar Dhia siap geleng² kepala, bye² orang lalu lalang..hehehe


masa tu dah siap service dah tinggal nak buat balancing je..tu pun makan masa lama jugak..dah wat balancing cina tu gi test kereta pulak sebab tukar rim dengan tayar memang kena test. nak dekat 20 minit kitaorg dok menunggu. dengan Dhia dah tak menahan nak susu. beg susu dalam kereta pulak tu. Dhia pun dah mengantuk sangat, tak boleh sabar dah.






tengah buat balancing..Dhia menjerit tengok kereta naik tinggi..huhuhu 







mulut bising nak susu..paw ibu torchlight gambar angry bird

 
kasut lama Myvi..baru setahun lebih guna..bye² sobsobsob..

masuk kereta laju² Hubby buat susu, abis sebotol tapi minah ni tak tido pun..mata segar bugar balik..nak gerak balik Hubby sakat aku soh aku lambai kat kasut lama, takut aku sedih katanya..hampeh!! balik terus tapaw McD je. sampai rumah pukul 4pm. Kalau jadi gi Genting ntah pukul berapa nak sampai.

kasut baru Myvi, nanti baru kasi tunjuk yee..kasi sorok dulu..huhuhu

 
Published with Blogger-droid v2.0.2

Bye2 2011, welcome 2012


Happy new year uolls..moga apa yang di azamkan dan dihajati akan tercapai..aku pun harap azam kitaorg yang satu tu menjadi kenyataan :) segala kenangan pahit, manis, payau, kelat, tawar, sedih, gembira di tahun 2011 biar la disimpan rapi..

Kitaorg tengok bunga api kat depan Mines je..mula2 ingat nak tengok kat Bukit Ampang tapi dah keluar rumah pun 11pm dengan isi minyak lagi dah setengah jam. Lalu depan mines tengok ramai org tgh tunggu kitaorg pun patah balik kang xpasal2 tak dapat tengok bunga api..dah la sejak kawin 2008, ni 1st time mr.hubby dapat cuti new year leh la bawak pi jalan2&tengok bunga api. Tu azam aku yang dah lapuk akhirnya menjadi kenyataan..huhuhu

Meriah tengok bunga api kat situ keliling ada bunga api tak henti meletup.tp bunga api kat heritage tu awal 2minit jam negara mana ntah diaorg ikut. Party new year kat situ pun meriah sangat.

Punya la excited sampai lupa bawak camera sudahnya record kat hp je tapi boleh pulak aku lupa nak save daa..addeehh..tu la excited terlebih!

Moga 2012 ni memberikan kami kenangan terindah, murah rezeki, dilimpahi kasih sayang yang abadi selamanya, menjadikan aku pekerja yang lebih rajin&aku dapat tukar tempat kerja baru aminn!!

Ok la nak titon sok nak bangun awal cam gi kerja nak gi Genting..hohoho..gOOd nItE uolls

Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...