CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 June 2012

apa UNTA?? bukan LEMBU dan bukan RUSA???

kelmarin akak ofis (kak lin) bawak rendang kat ofis. pagi tu aku beli nasi lemak yang paling sedap kat UNITEN. bila dah sedap memang licin aku bedal.

tengah makan, kak lin pelawa soh rasa rendang. sorang kawan lagi tanya rendang apa?
aku dengar macam dia cakap "ungkap" (rendang style jawa rasanya..eh ntah la).
tapi aku nengok apsal ungkap dia ni lain macam je tak macam selalu dia bawak.

aku pun rasa la seketul daging tu..rasa seketul eh sedap pulak, ambik lagi 4,5,6 ketul..oh memang sedap teramat..yummy!!

lepas makan aku lepak jap borak² dengan kawan-kawan gossip² di pagi hari..
datang lagi sorang kawan tanya "ni siapa bawak ni, rendang apa ni?"
aku dengan confidentnya terus jawab "kak lin yang bawak rendang daging rasanya"
kak lin pun dengar "eh hana bukan daging la, unta"
aku dah ternganga dah "apa!! yg hana makan ni daging unta ke?? "(terbeliak mata aku pandang bekas isi rendang unta tu "nasib hana tak tau, kalau tau memang tak merasa la makan unta"

diaorg semua pakat gelakkan aku. tekak aku dah kembang rasa macam nak keluar balik je ni. cepat² minum air banyak².

sambil buat kerja aku cuba nak lupakan rupa unta tu macam mana..

pukul 10am aku dah boring dah takde kerja, pi la masuk bilik tempat makan, tengok kak wani tengah meratah rendang tu..

kak wani : hana tak nak makan ke sedap ni daging rusa
aku : bukan daging rusa la kak, daging unta

kak wani dah terdiam dah..
kak wani : daging unta ke hana?
aku : ye la kak wani, kak lin yg bawak. hana pun ingat daging lembu tadi dah makan banyak diaorg ckp daging unta.
kak wani terus tak jadi nak makan lagi 
kak wani: eh kak wani rasa macam nak muntah balik je ni kembang tekak.. 

terus kak wani letak balik rendang yg baru dia isi dlm pinggang. rupanya dah dua kali tambah. aku pulak dok terbahak-bahak gelakkan kak wani.


bila lunch dalam bilik tu, dah takde siapa dah nak makan daging unta tu..semua org dah kembang tekak..hahaaaaahahaa


aku ni jenis kalau tak tau takpe leh makan lagi, tapi kalau dah tau tu rasa semacam pulak. kawan aku cakap takleh nak makan sebab terbayangkan bonggol unta tu..


18 June 2012

Monday..monDay..MONDAY!!!

Selamat pagi kawan-kawan!!

biasa la pagi isnin memang selalu longlai je..nak bangun pun malas..

tapi arini walaupun malas tetap bersemangat sebab bos cuti...yeeaaaa...

bukan suka sangat pun bos cuti, kalau dia cuti aku la paling boring sebab takde kerja dan org lain membuli aku bagi kerja yg sepatutnya bos suruh diaorg wat sendiri..

tapi happy sebab tak payah nak sorok muka yg monyok, muka yg lapanpuluhlapan kali menguap ni..serabai ok..walaupun serabai tetap senyum sampai ke telinga :)

mlm tadi kami anak beranak tido lambat. pukul 12 baru tido. biasanya pukul 10pm dah kena masuk tido. 

bila dah tido lambat, dhia memang susah nak bangun pagi la. nasib minggu ni walid kerja petang, pagi boleh la dukung dhia ke kereta. kalau walid takde memang aku paksa dhia bangun jalan, sebab banyak barang nak bawak. kalau dhia tak bangun jugak selalu aku tinggalkan dhia kejap letak barang dalam kereta dan naik balik dukung dhia.

sampai ofis nak breakfast baru teringat botol air tertinggal dalam bag dhia..aiseeeyymaannn patut la bag dhia berat semacam je..


mau tercekik aku makan meehoon goreng tadi..
aku memang tak boleh minum air filter kt sini tak tau sebab apa. kalau minum mesti sakit perut. tapi tengok org lain ok je.. perut ni memang sensatif laa..manja sangat mcm tuannya

ok la nak sambung kerja. siapkan kerja org yg membuli aku tu laaa...





13 June 2012

Lunch at Atmosphere 360 KL Tower

sebenarnya hubby yg wat surprise anniversary aritu.

kebetulan 30hb tu aku dah bgtau awal² kat bos nak masuk ofis lewat sikit sebab ada urusan peribadi. pagi tu pulak hujan lebat sangat, tunggu punya tunggu pukul 11am baru hujan berhenti. 

bila hujan dah berhenti paksa dhia suruh siap² nak antar gi skolah tp dia tak nak geleng² kepala. dia ingat cuti la tu. aku pun terus la sms bos bgtau ambik cuti je la sebab dah lebih 4jam keluar. dekat sini kalau keluar lebih 4jam memang kena cuti ye. 

bila dah settle urusan aku, hubby ajak gi klinik nak ambik surat refer ke hospital pasal bahu dia yg selalu sakit tu. lama sangat tunggu walid gi klinik sebab org ramai sangat.
dhia dah boring tunggu walid lama sangat

bila dah dpt surat refer ingatkan nak terus gi hospital buat appointment tapi tengok menghala ke KL pulak. bila tanya nak pegi mana, hubby ckp nak gi beli barang. aku pun pelik nak beli barang apanya baru je beli barang dapur. malas nak tanya dia soh ikut je.

tapi bila tengok kereta masuk je kt KL Tower lagi la aku pelik

abang, kenapa kita datang sini?

saja je abg nak bawak ayg dgn dhia dtg sini..

lapar la jom la kita gi makan, watpe bawak gi sini..*pegang perut yg buncit*

kita jalan² sini dulu nanti abg bawak gi makan ye?

aku diam je. sampai je aku terus cari toilet. keluar toilet tercari² la kemana pulak hilangnya hubby ni. dah la ramai org kan cuti sekolah.

cari punya cari rupanya dia ada kat kaunter tiket. 

tiket naik atas ke?

ha'ah kita makan kat atas nanti ye..

haaa...betul ke? yeaaaa!!
 
kan abg dah penah ckp nanti abg nak bawak ayg dtg sini makan kat atas ni

i love u abg..*dan dan tu terus iluv u ko..** hahaaa

hubby memang jenis suka wat surprise camtu..
dia tak berani nak berjanji sebab takut tak dapat tunaikan. tp apa yg dia ckp akan dia buat cuma cepat atau lambat je.

eh abg tak kerja ke??bukan kerja petang ke??

ayg cuti, abg pun cuti la jugak. celebrate anniversary kita ni :)

kitaorg sampai kt sana pun dah pukul 2.20pm. Lunch sampai pukul 3.00pm je lepas tu diaorg nak kemas² untuk High Tea 3.30pm.

bergilir² la dengan hubby ambik makanan.dhia cuak sebab tinggi sangat. duduk pulak tepi tingkap. elok jugak dhia cuak duduk diam je kalau tak susah nak makan.

tapi yg paling tak best sekali batery hp pulak time tu nak kong. dan aku tak bawak camera. kata surprise camne nak tau kena bawak camera ke tak. kalau guna handbag lama yg gedabak tu mmg aku angkut kemana saja camera.

hubby ckp "takpe la takde rezeki kita nak simpan kenangan dengan gambar, hanya simpan kenangan dlm memori (kepala) je. lain kali kita dtg lagi"

ada sikit je gambar yg dpt..semua gambar yg tak cantik tu guna hp hubby yg layak di simpan di muzium je..heheheee..mana taknya dhia asyik buat main je hp tu jatuh dah banyak kali dah pastu dah tak lawa..hehehee

 
 kesayangan saya :)
     
 budak gayat takut jatuh..


 dhia yang paling happy

manjang buat peace kalau bergambar

makanan kat situ memang sedap sangat, takde yang sedap. sushi, spaghetti pun ada jugak. mcm² la ada sampai tak tau nak makan mana satu..

staff diaorg semua melayu. layanan pun baik je..murah dengan senyuman.

kan kitaorg sampai sana lambat. kitaorg ambik apa yg rasa nak makan je la. yang dhia makan kek coklat je. lepas tu waiter suruh kitaorg ambik je makanan apa yg rasa nak makan letak atas meja sebab pukul 3pm nak kemas dah.

aku malas nak bangun ambik, suruh hubby pegi ambik. tp kitarog ni jenis mkn sikit je pastu dah kenyang. 

agaknya waiter tu tgk kitaorg tak ambik banyak, dia suruh waiter yg lain letak semua lauk pauk, segala dessert dan segala²nya la dalam mangkuk kecik utk 3org makan dan letak atas meja kitaorg.

hubby pun pelik la "eh kenapa banyak sangat ni?"

takpe encik, encik berdua makan slow². ni nak pusing satu menara nak tengok KL ni makan masa 1jam 30 minit. takpe makan ye.

alahai baiknya diaorg ni..kitaorg dah kenyang sangat dah ni..tapi makan jugak la sikit².

dah puas makan sampai tak larat nak bangun, terus nak balik sebab takde takleh nak posing² sangat ye la camera lupa bawak..memang satu kesilapan la..klu tak dah banyak gambar dah ni..

sebelum balik singgah jap kat tingkat bawah. kt situ semua accessory dan jam jual murah sangat. agaknya diaorg jual murah sebab nak naik keatas tu pun kena bayar dlm rm 35+.
jalan kejap² je beli barang dhia je. 

dah abis pusing terus balik sebab takut jalan jam org balik kerja.
 
posing dulu..ni pakai hp hubby yg dah weng sikit tu yg gambar tak cantik

kalau rasa nak dinner kat sini kena la buat reservation dulu call je Atmosphere 360 sebab dinner selalunya ramai org. yg kitaorg pergi ni lunch tak ramai pun. mungkin sebab pergi dah lambat. 

kat website dia ada tulis harga promosi. kalau tak silap tiap² bulan harga dia lain² ikut promosi.


::nanti kita dating berdua makan kat sini lagi ye bang :) ::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...