CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 July 2013

perempuan tak reti pasal kereta

pagi-pagi dah buat aku cuak..
semalam elok lalu depan UPM tengok kt meter ada signal benda alah ni.
tapi aku confuse pulak selalu mmg gambar ni ada ke?? padahal baru 2ari tak drive terus tak reti bawak kereta..over sungguh!
 
sambil drive asyik la jeling kat menatang ni..dlm ati berdoa supaya selamat aku sampai kt ofis.
iolls ni jenis pompuan reti bawak kereta dan isi minyak je...eh lupa isi angin tayar pun reti jugak tp jarang² sangat buat. selalu pun hubby jugak yg buat.

minyak tinggal 2bar pun aku dah mengelabah cuak, ini kan pulak keluar benda pelik² ni.

dah la umah ke ofis jauh, hubby kerja lain jalan. klu tetiba kereta tersadai tepi jalan minyak habis ke rosak ke siapa nak tolong aku. aku memang jenis tak percaya org yg tak kenal. macam² fikir tu yg manjang la cuak je..kehkehkeh..

aku memula ingat tu signal battery. sampai ofis terus mati enjin pastu start balik. elok je boleh start. eh ni bukan tanda battery ni.

pagi² orang kt ofis pun suam² kuku je. yg lelaki langsung tak nampak batang idung. aku tanya jugak la kat akak² ni. diaorg pun sama macam aku mana le tau.

buat la keje mcm biasa..dah lupa dah pasal signal tu. pukul 10 tengah belek² telefon baru teringat balik..terus whatsapp hubby, dia tak reply la pulak..call tak angkat. aku call ofis, rupanya dia ada meeting..aduss bila aku memerlukan, dia lak gi meeting.

whatsapp kaklong, dia cakap minyak hitam. yg adik aku lagi la ngeng dia cakap tu tanda haus sebab puasa, buka nanti ok la tu..

aku tanpa PAP ofis ni dia pun haram tak tau..adeehh!! pastu aku gi tunjuk kat "mamat sentap" dia cakap tu tanda check enjin sbb kereta dia pernah kena camtu.

12.30 dah mintak keluar awal. mula² gi bengkel presint 16 sebelah petronas tu dia cakap memang kena gi perodua. terus la gi perodua presint diplomatik. kecik sangat perodua kt sana. aku tunjuk la gambar kt mamat perodua tu "kereta saya keluar benda ni" sambil senyum nk gelak dia ckp "ooo tu kena check enjin tu, cik bawak kereta ke? deerrr mesti la aku bawak kereta.

tapi sekarang tgh lunch hour, pukul 2 baru dia soh aku datang balik..dah tu  kalau walk in mmg lambat sbb ramai orang.

balik ofis solat, siapkan kerja pukul 2.30pm terus balik umah gi perodua balakong.
bos pun suruh gi perodua kt umah je sbb belum tentu nanti dia repair cepat.

nasib hubby kerja malam, tp kesian dia la tak dapat rehat dah kena teman aku gi perodua. mula² aku nak gi sendiri je sebab alah dekat je dgn umah, tapi dia tak bagi pulak.

balik rumah tukar baju terus zaas gi perodua. hubby bawak motor takut kang lama pulak diaorg repair sampai ke esok pagi senang la boleh merempit je. 

rupanya hos enjin tu dah reput berlubang katanya, so diaorg tampal je dulu dengan tape..sebab boleh diselamatkan lagi. tapi kalau terjadi lagi memang 
kena tukar satu set. diaorg tampal tu free je.. 

dapat la aku belajar benda baru pasal kereta..huhuhuhu

11 July 2013

Release tension..ho.ho.holiday at Pulau Langkawi

fuuuhhh cerita berhabuk dah setahun berlalu baru nak tepek kat blog..padahal dah lama simpan dalam draf.
ni kes berkobar² nak update gak sbb 2014 nak gi Langkawi lagi..
yabedabeduuuu!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari kejadian adalah 9 Julai - 11 Julai 2012.

Flight kitaorg pukul 7.45pm sebenarnyakan masa booking bulan September tahun lepas memang aku tak perasan yang aku click flight malam. ku pikirkan pagi dah seminggu baru tergerak ati nak tengok balik. sekali tengok eh apsal PM macam tak percaya lagi tengok lagi sekali sah la memang flight malam..

adoiyaii..ni semua sebab nak kejar tambang 0sen tu la.. masa dapat tau tambang 0sen tu tanya hubby ok tak gi tarikh sekian. tapi dia soh balik rumah dulu cerita. aku takut nak main booking je dah la hubby susah nak dapat cuti. kang tak pasal2 melayang je $$.  bila balik rumah, hubby pun ok je sebab lambat lagi nak fly. 

esok sampai ofis terus aku bukak airasia. tapi tarikh yang nak tu dah sold pulak. biasa la kalau harga murah mesti berduyun-duyun org dah beli. cari punya cari dapat la tarikh 9 julai 2012. 

Hampir 10 bln nak menunggu. kalau mengandung dah bersalin dah. kalau ada ank pulak, anak dah pandai berjalan dah..huhuhu..penantian sungguh menyiksakan. tapi takpe la total 3beranak RM171 sahaja. tapi harga tu tak ambik luggage masa pergi konon nak bawak beg naik atas flight je tapi 2hari sebelum fly tengok bag kitaorg besar.

tambah 15kg = RM 25
masa balik terlebih berat pulak kena tambah RM50

so total tiket flight pergi balik utk kami sekeluarga RM 216

ikutkan kalau aku dah beli luggage siap² dah jimat skit dah..

Dhia macam tau² je aku dah beli tiket flight. tiap kali nampak mesti dia jerit "huuyooo kapal tebangg" bila tanya nak naik tak, laju je angguk.
nasib la memang nak bawak dhia sekali, takde la kempunan anak ibu ni..huhuhu..

pagi tu dhia memang nak gi taska. dari malam tadi lagi dia ckp nak school. semangat dhia pagi-pagi dah bangun. dah dhia pun nak gi school aku dengan hubby pun apa lagi gi la tengok movie Spiderman. tengok kat Mines je malangnya kat Mines takde lak 3D. kononnya dah boring gi Jusco Cheras Selatan tu yang gi Mines tapi nanadoo 3D tak canggih tul la Mines ni.

abis movie pukul 3pm terus ambik dhia, balik rumah siap2. aku punya la siap laju-laju sebab nak ke Mantin dulu mintak tolong papa hantarkan ke LCCT tapi hubby punya la lenggang kangkung. katanya relax la sempat lagi sebab dah check in.

gerak dari rumah pun lepas asar baru ke Mantin. sampai Mantin papa lak lengang kangkung tak siap lagi tak solat lagi..adoiyaii..

aku dah membebel dah ni, sebab takut jem kat Nilai tu orang balik kerja. memang masin mulut aku ni, sah memang jem gila kat nilai. tak bergerak tau, nak patah balik ikut Nilai lama pun tak boleh. Asyik la jeling jam dah 6lebih. aku dah wat cuak dah dengan dhia wat perangai tak reti dok diam. boring punya pasal sebab kereta tak gerak².

aku pun tak paham apesal jem teruk padahal takde kemalangan pape pun. lepas je jem aku ckp kt hubby "bang bawak la laju sikit ni bawak cam kura-kura" dia pun apa lagi pecut la.

sampai je LCCT terus checkin luggage tapi org beratur punya la panjang. gate dah nak tutup ni..hubby pegi kat kaunter yg tutup tapi ada staff kt situ mintak tolong diaorg checkin luggage. settle terus ke gate, bila scan barang tak lepas sebab hubby bawak tools mcgyver dia tu..mmg gi mana² dia bawak. aku lupa langsung soh dia letak kt dlm bag tak pun tinggalkan sebab kelam kabut punya pasal. 2hari sebelum tu mmg aku dah bgtau. tp biasa la masing² lupa.

dah terjadi drama dengan pegawai kastam tu..lama gila kot drama tu..Puan kastam tu memang baik la tp staff dia sangat la kurang sopan bahasanya..aku dah malas nak dengar apa hubby merayu kt Puan Kastam tu. muka aku dah masam je dok kt tepi, dengan dhia excited terlebih berlari ke sana kesini.

drama tak abis lagi sampai nama dah kena panggil dah..tengok puan tu cakap "saya tak boleh tolong simpankan barang awk ni" pastu mamat kastam ni pulak ckp "kalau mcm ni kita rampas je puan, tak boleh buat apa pun." Puan kastam ni sangat la baik dan lembut je orangnya. tengok nama dah kena panggil 2kali aku pun pegi la ckp kat puan ni, "Puan tolong la last called ni, mintak tolong sangat puan" muka kena la wat muka kesian..hehehehe

Puan tu pun lembut ati agaknya "awk ambik nombor saya ni, pastu awk tembak hp saya (miscalled)" nanti dah balik telefon saya.. terima kasih sangat² la Puan Kastam yang baik ati tu.

abis drama tu berlari la 3beranak. lajunya toksah citer la, dah lama aku tak lari begitu laju..:p

dalam flight baru lega..aku pun mula la menyakat hubby..

me : apa la abg ni, tak pandai merayu, memujuk. tgk ayang ckp sekali je puan tu dah cair

hubby : eleh..ye la...abg ni bukan pencinta wanita sayang, cintakan ayg sorang je. tu pasal la tak pandai mengayat

me : fffuuhhh tak nah mengaku la tu..pasni takmau dah drama² lagi tau. wat org tension je dah la sampai lambat, pastu drama pulak..macam² tau abg ni

hubby : ok pasni taknak dah drama²..sorry sayang

dhia mmg excited dlm flight. sorang flight attendant ni pulak hensem, dari kat bawah lagi dia dok usik² dhia..yg pompuan² pun suka usik dhia, ckp "awk ni comel la" pastu dhia yg pantang dipuji ni tersenyum simpul je la..

si hensem tu bagi dhia air milo free..baiknya la awk ni..huhuhu

sampai airport langkawi, terus cari kereta sewa..ambik myvi je la. bukan nak shopping sakan pun. dapat la RM 140 utk 3H2M tu pun aku dah mintak kurang sbb sampai sana dah malam rugi kat situ. klu tak silap harga RM 160 kot.

tersalah jalan jugak la nak ke Rumah Peranginan Langkawi, sebab malam tu yang tersalah jalan. check in dulu kt rumah peranginan mandikan Dhia keluar balik cari makan. Aku ambik bilik standard je tapi punya la besar..ada tambahan katil single. kalau family ada 2-3 anak pun ok duduk bilik tu. katil memang besar dan selesa.


 si kecik yang 1st time naik flight..yang si besar dah 30thn baru merasa naik flight semula


nak keluar makan

lepas makan terus balik, suruh dhia tido puas² esok nak jalan². bangun esok pagi dhia mula batuk dan selsema. badan pun panas sikit. dhia ni sensatif sejuk sangat dan panas sangat. hujan lebat tak berhenti lagi. pukul 11am baru la hujan berhenti. siap-siap cari breakfast tengok map dan blur tak tau nak kemana dulu. nak naik cable car pun tak dapat sebab cuaca hujan renyai-renyai dan angin.

memang silap la pegi langkawi masa tu. sebab tengah musim ujan..alar kitaorg mana tau. kitaorg pun tak tau nak kemana. aku last pegi langkawi 4thn lepas tu pun gi outstation 2hari dapat shopping je pun masa tu.

cuaca pulak lepas hujan panas terik, dhia pun kurang sihat. takde la jalan sangat, gi shopping beli coklat, beli bag, kain batik tu je. dhia pun tak nak keluar dari kereta, dia nak rehat je. so aku sorang je la gi memborong coklat. biasa la orang pompuan kalau shopping memang lupa segalanya. tau2 bakul dah penuh je.

rambang mata tengok pinggang mangkuk..niat mmg nak beli tapi terencat pulak..xtau sebab apa ntah..sebab memikirkan kat rumah mana nak letak.fffuuuhhh!!

harga coklat dah mahal tau. tak macam 4thn lepas aku pegi. baru ambik sikit dah rm300++ kena jugak la ambik banyak sebab ramai kot nak kena bagi.

kain batik pun diaorg tak nak kasi kurang pun walaupun seringgit..aku beli banyak tu..pegi kedai mana² pun harga sama je..sakit ati aku!! ke aku tak pandai membodek mintak kurang..tu pun iye jugak..klu aku tanya sekali dia tak kasi kurang, terus aku bayar je.

lepas tu gi kedai minyak gamat, dan terus ke Dataran Lang.. wajib pegi sebab Helang dah cantik. panasnya toksah cakap la..gi posing² je kat situ pastu tapau MCD terus balik hotel tido..

petang pegi Underwater world dan lepak pantai cenang..
malam pegi makan kat Restoran Nelayan..memang sedap dan murah..

balik makan terus tido..mcm tak reti sangat pulak nak pusing mana sbb malam kat sana macam takde benda je.


senget-senget dhia tangkapkan..mmg camera dhia je nak pegang.pastu jenuh nak delete

soh ibu posing :)

walid pulak mangsa posing :)

last day pun ujan jugak..bangun bagi rasa lemau lak ai sbb ujan je dah tu sejuk terlampau. flight lambat lak tu 3.55pm tapi pukul 12 dah kena checkout. 

pagi tu ingatkan nak checkout lambat tapi tak boleh pulak sbb bilik penuh.

pukul 10am baru checkout cari breakfast. kat sana kebanyakkannya pagi makan nasi.
tengah ujan renyai-renyai langit pun dah cerah mesti jap lagi hujan berhenti.

tengah makan, ada sorang brother ni datang. rupanya dia agent cari pelancong. dia bagi harga murah sangat. katanya ambik untung rm20 je lepas duit minyak dan duit makan utk arini. yela musim ujan mana nak ada org sangat.

tawar punya tawar dpt la harga RM120 klu tak silap utk satu boat kalau beli kat kaunter RM250. kitaorg ambik pakej yg 1jam tu je sbb nak ambik yg 4jam tu tak sempat kang ada yang terlepas flight.

dapat la pusing pulau, tengok helang makan, gua kelawar dan tengok ikan. jadi la daripada datang sana tak dapat gi tempat² camtu. ikutkan hati nak gi tasik dayang bunting, beras terbakar tapi takde rezeki ke sana. macam kena datang Langkawi lagi je nak pegi semua tempat yang tak pergi tu.

kitaorg follow brother tu gi Agro Park. sampai sana brother tu yg uruskan semua kt kaunter. lepas selesai brother tu balik dia soh tunggu nanti ada org bawak naik boat..
15 minit lepas brother tu balik takde pulak org datang kt kitaorg soh naik boat. aku macam tak sedap ati je..terfikir "eh kena tipu ke?"

hubby gi kat kaunter, tapi diaorg pun mcm blur..ahh sudah..
call brother tu tak angkat pulak.

tak lama tu baru la ada org datang ajak naik boat..fuuhh lega..tak baik aku buruk sangka kat brother tu.

tengok harga sebenar..mahal tau..lebih elok beli dari agent dapat murah tak pun share naik satu boat kalau tak silap dapat harga seorang rm25-rm35 sekepala.

dhia excited dapat naik boat..
ibu pun excited sebenarnya..hehehee


fish farm..dapat la kenal, tengok dan pegang



gua kelawar



cer tengok betul² macam rupa kingkong

sejam lebih jugak pusing² pulau. 
selesai je terus gi airport. makan kat airport je la.




balik tiba² beg beranak lagi satu..hehehe
beli beg sebab nak letak segala jenis coklat,kain batik, minyak gamat, dan lain². tapi coklat la paling banyak.
masa beli tiket balik ambik luggage 20kg je tapi sebab berat terlebih 0.2kg je pun kena tambah RM50.

kalau beli online murah je..lain kali dah tau dah balik kena ambik berat lebih skit utk luggage.


dhia tengah becok borak dengan walid

dhia tak abis² cakap seronok naik boat. siap cakap taknak balik sebab tak puas..hehehe
bukan anak je tak nak balik ibu walid pun kalau boleh nak stay lagi. tapi nak buat camno kono jugak la balik..insyaAllah ada rezeki kita datang lagi yea :)

~ lepas ni kalau pergi lagi kena ambik berat lebih mengelakkan kena tambah duit kat kaunter.
 
~ nak pergi kena tau keadaan cuaca kat sana macam mana. diaorg cakap memang bulan 7 keatas kat langkawi musim hujan.
 
~ nak beli tiket flight jangan terburu-buru nanti jadi macam aku tersalah pilih ingatkan flight pagi rupanya malam, dah rugi satu hari kat sana.
 
~ gi Langkawi 3hari2malam memang tak puas.maybe sebab 1st day tu kitaorg smpi dah malam. lepas ni gi lebih hari sikit.
 
~ nak beli coklat pun kena tengok betul² ada yang harga sama je dekat sini, so tak payah nak berat-berat bawak balik coklat sedangkan kilang coklat tu kt balakong je.
 
~ utk kakitangan kerajaan patut ambik rumah peranginan dah la murah untuk bilik standard RM55 je semalam. sangat berbaloi sebab besar. tapi kena booking awal la sebab ada 15 unit je. dah jimat duit hotel dah kan..
 
~ kalau nak island hopping atau nak buat apa² aktiviti beli dari agent dapat murah dari beli kat kaunter.
 
~ kalau sewa kereta pun kena pandai cari dan pandai tawar. ada yang mahal harga sama je musim cuti sekolah. patutnya harga bukan cuti sekolah mmg murah je.
 
~ isi minyak tak payah banyak² RM20 pun cukup sbb pulau langkawi ni bukan besar pun. masa dapat kereta mmg tinggal satu bar minyak baru je jalan lampu minyak dah kelip² mmg kena terus isi minyak.
 
memang best la Langkawi..sebab kitaorg mmg suka bercuti kat pantai, laut, sungai.

rasa nak duduk sana pun ada..hehehee...makan murah, beli kereta pun murah, banyak tempat best&cantik dan barang pun murah.

gambar tak banyak sebab yang lain² kt hp hubby malas nak copy. kat camera dapat sikit je sbb dhia conquer camera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...