CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 September 2011

Anak dara ke??mak dara??

alkisah yang berlaku semalam 29/9/2011
lokasi kejadian masa tengah tunggu lif kat office nak balik..

mula-mula senyum-senyum dulu..

B : tinggal mana?
Aku : Balakong..*sambil senyum..aku kan suka senyum*
B : oooo...jauh jugak yer..
Aku : ermm..jauh ke..takde la sangat sebab dah biasa
B : tinggal dengan family ke?
Aku : tinggal sendiri..

B macam terkujat skit

Aku : ye la tinggal sendiri dgn family saya..
B : awk dah kawen ke??
Aku : dah lar..ada anak dah pun..
B : laaa..saya ingatkan anak dara..single mingel lagi...hahahhaa

aku gelak je lar..si B ni pun keluar dari lif..klu aku ikut keluar skali mesti ada byk dia nak puji aku kan...

hahaha..tersenyum je la aku sambil jalan ke kereta..

yang si B ni pulak office mate aku..tapi bahagian lain..rasanya masa aku mengandung dia ada lar..mungkin tak perasan kot..

ke sebab badan aku dah kembali langsing macam anak dara :p sebab baju2 lama zaman aku belum kawen pun aku dah muat pakai dah..sebelum ni aku tak muat pun pakai lebih-lebih lagi tang punggung n perut..

suke-suke...kembang lar kejap..terus gems balik sebab dah kena puji pastu kembang..hahahhaa



Kuasa Seorang Lelaki

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita
dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang
yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan
diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan
tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke
neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan
dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau
juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah
S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka
dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!



28 September 2011

Rasa nak sambung belajar lar..


perasaan nak sambung belajar dah lama dah ada..
memang membuak2 sangat..
tapi keputusan belum ada lagi..

aku masih minat lagi nak mengadap buku-buku..
tapi tu lar banyak benda nak kena ambik kira..

mampu ke aku??
layak ke aku??
dapat ke nak bahagikan masa utk diri sendiri, suami, anak2 dgn kerja??

kalau nak sambung pun aku rasa ambik PJJ je la kot..
tengok orang lain berjaya aku pun nak berjaya jugak..

aku ni cuma takat Diploma je..zaman skang ni orang dah tak pandang dah Diploma..
nak jugak yang tinggi skit..:)

adoii semua benda rasa nak buat..
nak bisness coklat..
nak bisness baju budak..
semua aku minat..

takpe lar tak dapat kejar sekarang, bila2 boleh kejar..janji dah pasang niat..
cuma cepat atau lambat je lar..

tengok ada je orang yang dah berumur pun masih further study. kalau mereka2 boleh mesti aku pun bolehkan..

insyaallah suatu hari nanti..semoga Allah s.w.t memudahkan perjalanan aku..amin..


20 September 2011

Selamat Hari Raya 1432H

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!!
huhuhuhu..aku lar blogger yang paling lambat update pasal raya..takpe lar ni masih mood raya lagi syawal pun belum lagi habis..

raya tahun ni of course lar giliran umah aku lak...hehehe..
tapi kitaorg tak pernah lar gaduh-gaduh nak balik raya mana, pasal dua2 kampung tak jauh mana pung..Mantin dan Banting..jap je dah sampai..

lagipun dua2 kampung ada keistimewaan tersendiri..kalau Banting meriah sgt malam raya tuh, pagi raya pun meriah gah..kat sana ramai adik beradik 9orang..dengar cam ramai je kan..tapi rasa xramai pun..jadi kecoh lar rumah kalau semua ada..kat Mantin lak adik beradik 5orang je tak terasa ramai pun..suam2 kuku jugak..

kat Mantin slalu malam raya dah relax dah tinggal nak iron baju je..sebab semua persiapan pasang langsir ke tukar kusyen ke biasa seminggu before raya dah settle, sbb kitaorg tak ramai tenaga kerahan tu yang kena wat awal2.pastu pagi raya tunggu adik beradik mama datang raya..klu tak dok umah je tengok tv..kat Banting lak sehari sebelum raya tu kopek kerang, sampai malam masih wat rendang, rebus ketupat..pasang langsir main mercun mcm2 lagi lar..kat Banting ramai tenaga kerahan so mmg malam raya semua benda buat pun tak jadi hal..pastu mlm raya mesti round kampung tgk rumah2 orang pasang pelita..cantik..

this year mr.hubby kena kerja time raya..raya ke 4 (jumaat) baru cuti..
nasib this year raya tengah2 minggu sambung lak cuti hari merdeka..dapat lar cuti free sehari..aku ambik cuti 3 ari je..

ahad petang 28/8/2011 balik Banting jap berbuka kat sana. tahun ni adik2 ipar semua kerja masa 1st raya diaorg pun ramai cuti raya ke 4. Banting sunyi lar 1st raya tu sebab 3 orang cucu semua beraya kt kampung lagi satu..

pas berbuka kat Banting terus balik Mantin..sejam dah sampai dah..

sehari sebelum raya, mama buat rendang kerbau..aku xsuka kerbau..benda tak pernah cuba makan mmg aku tak akan makan..walaupun ramai kata sodap..lain la klu aku tak taw then termakan..hahahhaa

tugas aku wat topping chocolate cake. biskut raya mama tak buat banyak pun dalam 3jenis je kot..sebabnya aku tak  balik tolong mama buat..biasa la aku kan orang kuat dalam bab buat kek dgn biskut ni..hahahhaa..aku lak dok menyebukkan diri buat coklat..syukur alhamdulillah ramai yang tempah..tapi aku tak berani nak ambik byk tempahan sebab baru je mula pandai..

dah buat untuk jual tu kena lar buat untuk bagi kat kampung Mantin, Banting, makcik pakcik, adik bradik..

1st raya (selasa 30/8/11) - duk umah je..ingat nak balik kuala pilah tapi dah petang cuaca panas sangat, masing2 pun tido lar sajo..ptg baru lar pak ngah datang..

mr.hubby kerja petang 1st raya, jadi sempat lar beraya dengan dia..tapi yang kelakarnya aku terlupa nak salam raya dengan mr.hubby..dok salam dgn yang lain2 pastu posing2 pas makan duduk baca paper baru teringat 

"eh bang kita tak salam raya lagi lar"
"ayg lar lupa"
"eleh yang abg pun lupa gak kan..."terus hulur tangan cakap ape yang patut

aduh baru anak sorang dah lupa nih..tu lar dok posing sgt kan..hahaha aku ni mmg pantang nmpk camera mesti lupa diri punya..

malam gi raya umah mak akak ipar..dekat je sebelah taman je..pastu belanja bday boy(abg ipar) dgn bday girl (kak long) kat ice room Nilai. 

MY FAMILY semua ada..best!! budak laki sorang tu anak buah akak ipar

kami berdua :p

kami bertiga..budak yang xsuka bergambar

 tgk lar tu muka dhia takde perasaan

manja atuk

 2nd raya (rabu 31/8/11) - pagi2 dah kejutkan dhia and damia soh bangun mandi siap2 nak gi raya kat Rembau. 5 buah umah kot kitaorg konvoi 2kereta..mr.hubby takder aku tumpang lar kaklong.

best beraya kat rembau..sedara mara pun peramah ya amat..pastu dapat lar makan makanan yang tak pernah dengar LOMPAP..1st time dengar dan raya ya ampppuunnnn sedap bangat..LOMPAP ni ialah daging, cara makan dia cicah dengan kicap (ala mcm kicap cicah ikan tu). dapat makan LOMPAP kat umah pakwe dengan makwe..

kenyang giler..nasib gi umah pakwe dgn makwe umah yang last sekali..sampai tak bernafas aku dibuatnya..habis musnah diet aku taw..

 nak ikat rambut dhia pun bersilat dibuatnya

tengok muka masam je..tak cukup tido..pagi2 dah kena bangun. baju ni dari 
 makan Lontong punya la sedap tak toleh kiri kanan dah

 seronok main basikal sampai tak ingat nak makan kat umah pakwe&makwe

kawan baik vs kawan gaduh

3rd raya (khamis 1/9/11) -  kaklong dah balik Johor, pasal abg haris dah keja..bila damia balik dhia pun boring lar takde kawan nak main dan gaduh..budak dua orang tu bila baik siap pimpin tangan lagi bila gaduh tu siap menjerit2 lagi..poning kepala aku..alar budakkan gaduh jap je pastu baik balik..berebut nak dekat atuk lar nak dekat ummie aida dia lar..macam2 diaorg buat nak tarik perhatian..kelakar tengok gelagat diaorg..hahaha

mr.hubby sampai Mantin dalam pukul 11am..pas bangun tido kul 2pm terus ckp "ingatkan nak ajak gi Port Dickson, tapi macam tak sempat pulak" terus aku cakap " eh sempat je..baru kul brapa ni..bukan jauh pun" terus kejut dhia bagi tau adik2 aida and ain soh siap cepat2..

terasa rindu sgt kat PD, situ lar tempat aku belajar dulu..lepak kat Dataran Teluk Kemang. makan KFC, dhia naik kuda, main kereta..pusing2 kat situ..6.30pm gerak lik umah..nama kuda tu Puteri, dia tengah pregnant..dia jalan slow sangat..dhia eksyen taw naik puteri..ye la Raja tunggang Puteri..muka tak senyum langsung tapi dok la flying kiss..muaahh kiri...muahhh kanan..hahahha

 muka bangun tido..happy sebab nak gi jalan yeaaa!!!

sampai je terus paw walid


Raja tunggang Puteri


kat mantin manja dgn ummie aida..siap peluk

Dhia suka taw buat mata mcm tu..


jumaat 2/9/2011 - petang baru gerak lik Banting..balik Banting mr.hubby berharap ada rendang kerang, aku lak berharap dapat makan ketupat sebab mlm sebelum raya tu kitaorg balik aku tgk ayah mertua tgh buat ketupat..tapi malangnya rendang kerang dgn ketupat dah habis..aku pun takde lar tanya mak..kang klu tanya confirm diaorg buatkan..sebab penah raya 2tahun lepas kot aku nak makan lontong, pastu laki aku pi cakap dgn mak, sampai2 je Banting tgk ada lontong..

malam gi jap beraya kat umah sepupu kat dalam kawasan situ jugak..gi jap je, sbb diaorg pun tgk sibuk kemas umah..

sabtu 3/9/2011 - sepupu mr.hubby bertunang kat umah nenek..bertunang lak dengan orang Nilai..tunggu punya la lama diaorg nak sampai..katanya jauh, perjalanan Nilai ke Banting nak dekat 2jam..mr.hubby ckp lar kat tunang sepupu tu umah mak mertua dia kat mantin tapi rasanya perjalanan sejam je kot..huhuhu..orang xbiasa jalan mesti rasa jauh, nnti dah lama2 biasa lar tu..

pas majlis selesai kitaorg konvoi 2 kereta dgn mak abah gi raya umah sedara kat kawasan kampung..4 buah rumah jugak lar..penat tapi syok sangat..tiap rumah mesti tangkap gambar..dapat pulak adik ipar aku yang gemar bergambar jadi aku pun jadi giler posing lar..

malam mr.hubby gi kuar dgn kengkawan kampung, aku lepak umah gosip2 dengan adik bradik sambil tengok cerita hantu ape ntah pastu kopek kerang.. 

 terkujat sebab dlm kereta tido pastu sampai tgk ramai org

 
kat banting manja dengan paksu

separuh dari sepupu

cantik pelamin dia..jeles taw :p

pengantin tak berapa nak baru:)


suka tgk pic nih..sweet..

raya kat umah sape ntah lupe..klu dgn paksu senyum sokmo melekat je berdua

cuba buat peace tapi tak jadi..huhuhu

ahad 4/9/2011 - petang baru balik Balakong..dapat jugak merasa rendang kerang..bila sampai umah aku post kat FB tulis "masih lagi tak dapat makan ketupat" pastu adik ipar reply "larr nak makan ketupat ke nape tak cakap"
malu lar nak cakap..masa bulan puasa arituh aku pos kt FB cakap nak makan bubur lambuk, adik ipar sorang ni pulak reply "baru aritu mak buatkan bubur lambuk..nnti akak nak balik bagitau ye"
bila bulan puasa balik berbuka tengok mak buat bubur lambuk..sedap sgt..pe lagi 3kali tambah aku makan..hahahahaa buruk pun buruk lar janji aku dapat makan..tapi tetap makan dengan sopan okeeyyyy!!

isnin 5/9/11 - aku masih cuti..saja apply cuti ari isnin sebab nak berdating dgn mr.hubby..dhia kena gi school sbb dia dah rindu dgn kwn2 dia..bila tanya nak gi school tak dia angguk jugekkk..gi pun dah lama tak gi, takut nanti masa hantar nangis..

tengok wayang cerita Hantu Bonceng kat Mines..syok wooo cerita tu..gelak je..pastu teringin nak makan Johnny's kat Mines lak takde..jalan2 jap kt Mines terus gi Jusco..kul 4.30pm terus cabut ambik dhia..

 gambar wajib..hahaha

cuti yang panjang dengan aktiviti yang best..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...