CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 September 2011

Kuasa Seorang Lelaki

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita
dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja.
Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang
yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan
diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan
tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke
neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan
dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau
juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah
S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka
dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...