BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam
kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru
dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di
sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar
tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia
mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15
sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke
kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang
kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
**Hey sakit betul ati nih hari-hari tengok berita orang bunuh bayi..bodoh sgt..pendek akal..tau nak sedap je pastu bila mengandung, lahirkan senang2 je nak bunuh..kalau dah taw tak mau mengandung, tak mau ada baby yang ko gi beromen tu watpe..memang tak belajar sains betul lar..agaknya time cikgu ajar sains bab persenyawaan tu mesti budak ni tido..tu lar mak bapak soh gi sekolah belajar ko gi wat benda tak senonoh pulak..merengkok la ko dalam penjara tu..**
~mood : sakit ati pagi-pagi~
0 comments:
Post a Comment