waaahhh mood raya sudah mari.. nak buat kerja pun dah tak tentu arah dah ni. lagu raya sana sini org pasang :)
Berita gembira bila ada diskaun tol. Untung untuk orang yang nak pulang ke kampung jauh-jauh tu. Dan untuk siapa pulang ke kampung kena ikut jugak jadual perjalanan yang pihak PLUS sediakan ni bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Untuk kami yang kampung dua-dua belah teramat la dekat ni takde la masalah sangat.
kampung Hubby kt Banting, sejak ada highway nak ke banting ni aku dah tak pening kepala dah duduk dalam kereta. kalau dulu nak sampai ke banting kena ikut Dengkil makan masa sejam lebih. ni dah ada highway sejam je dah sampai pastu jalan lurus je.
kampung aku lak kat Mantin je. Mantin tu dekat dengan Seremban dan Nilai.
Sejak ada highway LEKAS ni memang lekas sangat la sampai ke Mantin bayar duit tol je la.
tiap-tiap minggu leh balik.
::tak sabar nak cuti raya..jumaat ni dah start cuti..yeaaaa::
0 comments:
Post a Comment