Masa : Tengah Malam Jumaat hujan rintik-rintik
Menu : Siapkan Order Crepe Durian
Sedang aku tengah buat kulit crepe durian, si anak kecil main masak² di atas meja belakang si ibu.
Si anak memang suka duduk dapur kalau ibu ada di dapur. Walid tgh kusyuk tengok tv.
Si anak memang suka berlakon dgn bear. konon bear tu anak dia dan dia adalah mama kepada bear. masa tu tengah berlakon nak bagi bear makan ubat.
Ibu membiarkan anak bermain sendirian asalkan tak kacau ibu tengah buat kerja.
tiba-tiba........jeng..jeng..jeng..
Dhia : abang angan (jgn) acau (kacau) adik..
aku pusing tgk dhia..
Dhia : angan (jgn) laaa..iissshhh..
Ibu : dhia kenapa??
Dhia : abang ni acau (kacau) bebear..
Ibu : abang mana pulak ni dhia???
Dhia : tu bakang (belakang) ibu tu... sambil tangan tunjuk blkang aku
Ibu : mana? berpusing tgk belakang
Dhia : tu laaa..ibu tak ampak (nampak) ke? tangan tunjuk lagi kat belakang ibu
Aku pun pusing lagi sekali..memang sah la takde apa²kan.
Ibu : ish dhia ni..mana ada abang..dah tak nak kawan dgn dia..soh dia main jauh².
Dhia senggeh² je la..
Terus aku soh dhia main dengan walid kt depan. meremang jugak la segala bulu yg ado..hahaha
terus aku tutup pintu dapur. masa tu dah kul 11.30pm hujan renyai² lak tu..
penah sekali ari sabtu, tinggal berdua dgn dhia, walid kerja pagi..aku kt dapur tengah masak lunch dhia main kt hall..
dengar dia main kejar-kejar sambil jerit-jerit..bila tanya main dengan siapa. dia jawab kawan kejar.
selalu klu aku dengar dhia main mcm dgn "seseorang" aku akan panggil dhia.
memang budak peringkat umur cam dhia tu mmg berperangai macam tu ke ek?? imaginasi or mmg ada benda nak "berkawan"
risau lak aku..sbb dari kecik lagi dhia ni mmg mudah benda nak "berkawan" sampai boleh demam.
budak kuat berangan ni..sekarang kena panggil dia kakak..bear jadi adik
hahahaa apa² je la
0 comments:
Post a Comment