CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 July 2012

Bonus Raya 2012

PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500. (Berita Harian)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah dapat jugak merasa tahun ni duit raya. Setengah bulan gaji pun tetap bersyukur.

Kena beringat untuk menyimpan. Aku dah takde nafsu nak beli apa-apa buat masa ni. Kalau ikut nafsu memang binasa.  

Tapi ada target nak beli rumah. Tapi banyak sangat persoalan dan tanda 
tanya ???


Bonus Raya ----->>> 9 Ogos 2012
Gaji Ogos ------->>> 13 Ogos 2012
Gaji September ------>>> 25 September 2012

perrgghhh nak menunggu gaji September tu sebulan lebih woooo...

Pesanan kepada adik beradik, sanak saudara duit raya adalah seperti biasa dan bukan luar biasa HARAP MAKLUM!! ^_*
 

25 July 2012

Bengang dengan PTPTN

oleh sebab aku tengah bengang + hot dengan PTPTN, entry coti² kat Pulau Lang kena hold dulu.

sebelum ni aku dah bayar skit kat PTPTN ada baki lagi sikit. ni bila dah ada ongkosnya nak bayar abis la. dah takmau tido malam mimpi org kutip duit padahal tido mimpi indah je. pasni tengok iklan PTPTN kat tv tu pun dah tak terasa dah atau terus tukar channel lain..hahaha yg ni betul ok!

19/6/2012 aku pun fax la Borang Permohonan Baki Pinjaman. Janji 7hari bekerja dia akan email atau hantar surat. Tunggu punya tunggu takde pun suratnya. ujung bulan 6 aku call lagi kt nombor Call Center pegawai yg jawab tu cakap masih dalam proses nanti dia akan hantar surat or email. ok la aku tunggu je lagi.

masuk bulan julai, still takde lagi..pastu aku pun dah lupa pasal surat ni sebab aku gi bercuti, dan busy dengan mcm² hal. bila dah teringat ari² check email dan suruh hubby tengok mail box ada tak surat tu. tapi takde jugak. aku try call tapi takde org angkat. 
sebelum bulan puasa memang aku busy dengan kerja, jadi takde masa nak call ari². tiba² aku terpikir kalau aku tak abiskan utang tu mesti kos pentadbiran dia kira untuk bulan julai, sedangkan aku dah mintak dari bulan jun lagi.

aku pun bersunggut la kt hubby, ikutkan dia soh aku bagi nombor PTPTN tu kat dia biar dia je yang tanyakan. tapi aku takmau la biar la aku je call dan dia tolong bayarkan huhuhu..

semalam 24/7 aku call lagi tapi tak dapat jugak ckp dgn customer service. pagi tadi aku call baru dapat cakap. dia bagi aku nombor Unit Lejar Pinjaman. bila aku call unit Lejar dia semak memang dah dapat dah borang yang aku fax tu. dia kata patutnya aku dah dapat dah surat tu dalam tempoh 7hari bekerja. tapi memang aku tak dapat sebrang surat atau email. dan dia soh aku call Bahagian Ujrah pulak sebab pinjaman aku tahun 2004 ujrah yang uruskan.


aku pun call Bhg Ujrah. bagi nama dan i/c diaorg check. 
pegawai tu tanya aku 

"cik memang tak dapat lagi ke surat tu"

"memang tak dapat lagi sebab tu saya telefon"

"sebentar ye cik saya semak"


10minit jugak la aku tunggu. dan dengar la apa yg diaorg runggutkan. yang aku dengar perbualan antara diaorg la "kenapa dia baru call sekarang sedangkan dia dah fax 19/6 ke dia fax 19/7" yang sorang ni jawab pulak "aku dah check memang dia fax 19/6" 


sambil pegawai tu semak agaknya dia tak tutup telefon tu aku dengan boringnya dengar la diaorg cerita lagi "ada org ni marah la bln lepas dia dah bayar abis tapi bln ni ada la baki utang dia" yg sorang ni pulak jwb "siapa suruh dia bayar tanpa mintak surat baki pinjaman memang la dia bayar bukan baki sebenar hutang dia" yang tadi tu jawab pulak "dia mmg taknak bayar baki ni macam mana"


pastu aku dah tak dgr dah. pegawai yang semak aku punya tu namanya Cik Ana. dah nak 15minit aku tunggu baru dia cakap "takpe la bagi saya nombor hp nanti saya call semula" dlm ati dah ckp dah klu dari tadi dia ckp camtu kan senang.


10minit pastu baru dia call aku.


ptptn: saya dah terima pada 20/6/12 dan saya call banyak kali tapi tak angkat

me : bila awak call saya?


ptptn : 20hb la saya call

me : call sekali je?

ptpn : 4kali saya call

me : awk call satu hari tu je ke, lain hari tak cuba lagi

ptptn : ha'ah call sehari tu je, sebab sy banyak lagi kerja nak buat

me : ni private number, takde pulak saya dpt miss call nombor ni dan kalau sekali mungkin sy tak perasan, tp awak ckp dah call 4 kali tak mungkin sy tak perasan. sebab tu waktu bekerja hp memang sentiasa dengan saya.

ptptn : oh ni private number ye

me : iye yg keluar kt hp sy ni private number 

ptptn : saya call tu sebab nak tanya alamat email yg betul sebab saya hantar email tapi tak lepas. sebab bila fax alamat email tu saya tak perasan i atau L

aku dah macam nak marah tapi tahan je la..bulan puasa katakan..

me : boleh bgtau saya berapa baki hutang saya?

ptptn : saya kena kira semula sebab yg ada ni hanya setakat 30 jun.

me : jadi baki saya utk julai ni bertambah la kos pentadbiran? sedangkan saya mintak tu dari bulan 6 lagi.

ptptn : iye cik baki utk bulan ni bertambah. tapi tak banyak pun dalam berapa je.

me: tak banyak pun tetap duit (suara aku sikit tinggi, sikit je)

terus terdiam dia.

3minit aku diam, nak cool down dan berfikir.

me : ok la mcm ni boleh hantar email tu harini jugak

ptptn : ok boleh, cik bg saya email, nnti bila saya dah email saya call cik balik.

aku pun bagi la email ofis dan gmail.

tak lama lepas tu dia call balik tanya dah dapat  belum. aku terus check email dah dapat pun.

kena bayar sebelum 31hb ni. dia suruh aku gi bayar kat Ibu Pejabat PTPTN atau One Stop Center kt KL Sentral kalau aku bayar kat bank takut proses bank ke PTPTN makan masa. kena tanya hubby bila dia free leh bawak aku gi sana. 

teringat kisah dulu, baru abis belajar memang aku lambat dapat kerja. hampir setahun tanam anggur kat rumah, lepas tu kerja jadi Customer Service kedai Menjahit Epal kat Terminal 1 Seremban, beberapa bulan je aku pastu berhenti kerja sambilan pulak kat Perangkaan Seremban. yang kat perangkaan ni kerja sampai dapat kerja tetap Setiausaha.

PTPTN pulak kena bayar lepas 6bln abis belajar. bila aku dah kerja customer service tu gaji ciput, bayar je la tiap bulan rm50 daripada tak bayarkan. tapi beberapa kali je aku bayar sebab masa tu mana reti CIMBcliks ke Maybank2u ke. kena bayar kt kaunter bank.
bila dah macam tu slalu la lupa nak bayar. 

bila dah dapat kerja tetap pun aku bayar jugak. tau² je aku dapat surat suruh bayar habis dalam tempoh 14hari dari tarikh surat kalau tidak kena masuk mahkamah.

dapat je surat tu aku rasa nak nangis bila baca perkataan MAHKAMAH tu. dah la dapat surat tu pun lambat dah lepas pun tempoh 14hari tu. tapi aku tak bagi tau mama papa pun benda ni. kalau aku bagitau pun diaorg tak leh nak tolong dan aku tak akan menyusahkan diaorg.

memang takut masa tu tapi aku biarkan je..lama2 aku lupa pasal surat mahkamah tu. tunggu punya tunggu takde pulak surat suh aku gi mahkamah.

memang kejam la klu betul aku kena gi mahkamah. lain la aku tak bayar langsung, aku bayar walaupun jumlah tu kurang dari sepatutnya aku bayar.

bila jadi macam ni mula la aku menyumpah seranah kat PTPTN hantar surat saman kemain laju lagi, ni kita nak bayar punya la susah macam la kita ni nak meminjam pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...