CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 December 2011

Habis dah Tentang Dhia ^_^

ramai kot yang menangis tengok episod akhir Tentang Dhia semalam..hehehehe
aku?? nangis dalam hati je..huhuhu pasal mr.hubby ada kang dia menyakat aku nyampah..
dah la semalam 5minit sebelum pukul 5pm aku dah shut down pc..5.02pm dah punch..
ni semua pasal penangan Tentang Dhia la ni..nak balik awal, nak kemas umah nak get ready dok depan tv..jangan ikut perangai buruk saya ok
sampai rumah 5.30pm tak terus ambik dhia pun pasal nak pi pasar malam. balik rumah siap² apa yang patut baru ambik dhia terus pi pasar malam. tu pun mr.hubby ajak pi makan satay Willy kat sungai merab tu..attooiiyyaaii aku ckp la 
"kena mkn cepat² pastu balik rumah cepat² nak tengok Tentang Dhia last arini" boleh pulak dia cakap "alar ayang tengok kat Tonton je la, tak pun kat sana nanti suh je orang tu pasang tv3" 
"alar tak best la kalau tengok kt tonton citer dah basi la, klu tengok kat situ kena duk depan² pasal nanti tak dengar suara. pastu nanti mesti tengok sekerat je pasal nak balik rumah maghrib"

puas berdebat mr.hubby pun mandi aku ni pegi la bersiap² laju..
kuar je toilet mr.hubby ckp "takpe la yang sok je la ek kita pi makan luar"
"yeaaahhhhhh" jerit riang gumbira la..:)

sampai rumah pas gi pasar malam pun dah ngam² 7.30pm, cepat² la bukak tv..
ish geram betul tengok mak zikir tu la..menjadi je lakonan dia kan..rasa nak ganyang je mulut Ku Salmi tu kalau ada depan mata..yang si Zikir pulak apasal la lembab sangat ha..
bak kata mr.hubby orang dah kena bomoh macam tu la..
yang Dhia pulak tabahnya la hai..
masa nenek Zikir bagi Dhia pilihan samada nak bermadu atau bercerai dan Dhia pilih rela bermadu
sedih gila part yang tu..tak dapat aku bayangkan..huhuhu

mulut aku bila dah episod akhir ni pulak bising, sebelum ni mr.hubby yang mulut bising..
pasal dia tak suka tengok citer melayu pasal bagi dia citer melayu semua sama je dah boleh agak apa yang jadi. tapi apa yang dia agak tu betul lak tu..
bila mulut aku bising mesti dia cakap "alar citer melayu camtu la"
bengang je aku dengar

nasib akhirnya Zikir tu sedar jugak..tapi lama tu Dhia memendam perasaan..tabah betol ko Dhia
marah tengok part Zikir dah balik rumah pastu boleh pulak tanya boleh ke dia tido kat bilik sebelah..
soalan ntah pape..ishhhhh rasa nak lempang je zikir masa tu..hahaha..
yang si Ku Salmi pulak pandai mulut cakap bomoh tu syirik, tapi dia tu main bomoh..sengal
rupanya nenek zikir dulu pun bomohkan suami dia ke ayah zikir, part ni aku tak ingat..
tu la kan orang kata pe yang kita buat anak pun turut ikut tak kisah baik ke buruk!

sayu bila last sekali Dhia dan Zikir sehidup semati :)
tapi ending dia tak berapa nak mencabar sangat la..sebab tak tau apa yang jadi pada Ku Salmi tu..
orang jahat memang susah nak matikan..sebab Allah bagi dia peluang untuk bertaubat..
nasib Melly tu dah bertaubat

 kelakar baca kat fb pasal ni..:)

budak kecik ni pun nama dia Dhia jugak Raja Dhia Nur Baiduri :)

Bapa kejam rantai 2 anak dalam tandas



 kesian tengok budak ni

 tak pasal² je kena masuk lokap..terima la akibatnya sanggup buat anak macam tu!

BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin. 


Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.

Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.

Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas. -Metro-



********************************************************************************

apalah kejam sangat bapak budak² ni..kot ye pun budak tu buas jangan la sampai kurung budak² tu dalam tandas yang kotor, busuk kaki pulak dirantai lepastu tak di tinggalkan makanan..

budak² tu baru 6tahun dan 2tahun..kan masih kecik lagi..(2tahun besar dhia tu, ish tak dapat aku bayangkan)..budak umur macam tu memang la lasak tengah nak membesar.

kalau takde orang nak jaga pun, takda duit nak hantar kat taska atau rumah orang..mesti dia ada orang tua atau adik bradik yang boleh dia mintak tolong jaga anak tu masa dia pi kerja. tak pun mintak tolong jiran jaga atau tolong tengok²kan budak² tu..aku rasa zaman skang ni takda la semua orang yang tak ambil peduli hal orang lain. masih ada lagi yang ambil berat.

ishhh..memang sakit ati je aku dengar cerita ni kat Hotfm pagi tadi..lagi tambah sakit ati bila baca paper pastu ada pulak gambar budak² tu..

 

29 December 2011

Sesi melawat baby Aish

 Tengahari tadi aku kuar awal skit..alar xde la awal sangat pun 12.30 dah keluar..
nak pi melawat 2nd baby kak betty..dia dah 40 ari berpantang dah..baru la ni aku dapat melawat dia.

kak betty ni dulu sama bahagian dengan aku, pastu dia tukar pulak bahagian..
aku slalu bertiga dengan kak betty and kak ros..kalau pegi mana-mana mesti bertiga..
kira kamcing la..
tapi kak ros dah tukar jabatan dah..kitaorg bertiga pun dah tak berapa rapat cam dulu..means dah tak leh kuar lunch sama-sama..rehat hari jumaat pun dah jarang sangat bersama-sama

anak sulung kak betty, afiq sebaya dengan dhia 2tahun lebih..tapi anak dia dalam bulan 4 kot dhia pulak bulan 10.

tadi masa sampai umah kak betty, afiq demam. bertampal la dahi cool fever pastu muka masam je..tinggi budaknya..klu nak compare dengan dhia memang nampak dhia rendah pastu nampak afiq lagi matang dari dhia. maybe sebab afiq dah ada adik kot tu yg nampak dia jadi abg long tu..

kak betty lak dok cerita afiq meragam buat perangai masa baru lepas bersalin bila dah nampak baby. tapi dia xpernah nak pukul baby atau nak usik baby. yang jadi mangsa kak betty, ayah dengan nenek afiq.

tengah-tengah kak betty cerita pasal afiq, afiq menjerit pandang marah pulak kat kitaorg..takut siott aku pandang muka dia, memang la dia budak lagi tapi terserlah kemarahan dia..huhuhu

sampai deman-deman afiq bila dapat adik. tu aku ckp mungkin afiq tak bersedia lagi la tu nak ada adik. sebab masa kak betty mengandung pun afiq dah buat perangai dah. dia kata tak nak adik.

tapi afiq sayang adik dia tak kasi orang nak pegang adik dia. nasib afiq tengah demam tadi, mama dia cerita pasal dia pun dia wat tak reti je..aku pun mula la berani nak pegang baby pasal tengok afiq wat tak reti je dengan kitaorg..

lepas aku bagi balik baby kat akak betty, si afiq datang kat aku dari belakang. ingat nak buat apa..rupanya dia debik belakang aku. pastu dia debik pulak kak ani dan cubaan nak gigit kak ani..hehehe..kak betty pujuk afiq jangan buat macam tu..pastu dia ok duduk balik tengok tv..agaknya dia marah aku pasal pegang baby la tuh..

bila aku tengok afiq macam tu, kesian sangat..aku rasa dia belum bersedia kot nak ada adik..tiba-tiba aku teringat kat dhia pulak..bersedia ke dhia nak ada adik??
tapi bila aku atau mr.hubby tanya dhia nak adik ke tak?nak baby ke tak? kadang dhia angguk, kadang kejap angguk kejap geleng..pastu gelak..tak paham aku..:)
selalu tengah aku duduk2 tengok tv dhia datang cium² perut aku pastu letak telinga kt perut sambil cakap baby..tau la perut ibu awak ni macam nandung 3bulan nak oooiii..

pape pun tunggu la tahun depan dhia dah 3tahun baru kitaorg proceed kot utk adik dhia..hehehe..kena ajar dhia supaya sayang kat adik dia.
tapi dhia kalu jumpa baby, tak kisah la anak sapa pun memang dhia sayang habis, asyik nak cium je sampai budak tu naik rimas..harap² dhia dengan adik sendiri pun macam tu la ye naakk..

gambar lama sangat masa aku baru masuk kerja, terserlah muka kesucian aku dlm berkerja..hehehe
tudung cream/putih tu tuan tanah, tengah tu kak ros, kuning tu kak betty


ni la rupanya budak yang suka baby tu :) kakak dhia




28 December 2011

Pilihan Opsyen Persaraan 58 atau 60 tahun ???

aku sangat-sangat tak tau nak buat keputusan 
sama ada nak pilih bersara 58tahun atau 60tahun..
dah penat dah nak fikir laaa...
tapi yang pasti memang aku pilih ambik SBPA..
 aku memang jenis susah nak buat keputusan kot..
sebab takut tersalah buat keputusan..
sebab tu aku ni jenis klu nak beli barang ke, nak wat keputusan ke mesti tanya orang sekeliling atau tanya mr.hubby..selalunya mr.hubby la
tapi last sekali aku yang decide nak pilih mana..
bagi aku mcm rasa kepuasan bila dah tanya orang..

pasal opsyen persaraan ni ramai yang kata
"ambik je la pencen 6otahun, kalau dah tak larat nnti start umo 55thn dah leh pencen"
tapi ada jugak yang cakap
"kalau ambik pencen kekal yang 55/56/58 tahun tu kalau tiba² nak pencen awal, duit pencen tu tak dapat selagi tak capai umo pilihan persaraan kita"

ni dah 28hb, lagi dua hari je lagi kena hantar borang opsyen persaraan tu..
borang tu pun aku tak tulis apa lagi..

last sekali nnti aku nak tanya pendapat bos aku la..
aku suka ckp dengan bos sebab dia banyak ajar aku erti sabar, erti muhasabah, erti kehidupan dan macam² lagi la..gi pun bos aku tak pernah memburukkan orang apatah lagi bersangka buruk dengan orang walaupun orang buat jahat dengan dia..
bagi aku hati bos aku ni baik sgt..

tapi aku rasa aku akan pilih 60 tahun..
mula² dulu terfikir dan terlepas cakap, sampai ke umo 60thn, larat lagi ke..
bila aku terfikir sejenak..kata² adalah suatu doa
sampai ke tak aku kerja sampai 60thn tu semua kerja Allah, dah tertulis dah perjalanan hidup aku ni..

apa yang perlu aku buat skang ni berdoa supaya aku dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan kekuatan serta dapat menjalankan tanggungjawab kepadaNya, kpd keluarga, kepada negara..ceewaahhh!! mudah-mudahan :)







27 December 2011

kecewa dgn Jcard Member Day

Sangat2 kecewa+bengang betul la. Aku sampai mintak balik awal sejam semata2 nak gi Jusco. Kul 4pm dah gerak dari ofis. Sampai sana dlm 4.20pm. Masa masuk tu ok je..psl tgk kereta yang keluar pun banyak. Lepastu ada pulak org tlg bagikan tiket RELA pun ramai yang jaga.

Sampai je kat parking atas mula kereta tak bergerak langsung. Ada la nak dekat 10minit..peerrgghh! Guard yg jaga tu soh kitaorg turun bwh balik..termasuk aku ada la 4biji kereta yg follow.dlm ati dah berkata dah "mesti dia soh parking bawah ni". Sebab guard tu tak kata apa pun  soh kitaorg turun.

Smpi je bwh tgk kereta depan aku ni hulur tiket pastu keluar...aiikkkss pelik lak aku. Aku trus cakap

"saya nak parking la,taknak keluar" "parking dah penuh la kak"

"habis tu kenapa byk je kereta masuk ni?"

"tak tau la kak, kt depan tu ada polis jaga sy pun tak tau kenapa dia bagi masuk. Arini Jcard member kak, tu yg penuh"

"sebab tu la sy dtg..ggrrrr..lain kali kalau penuh jgn kasi org masuk"

"minta maaf ye kak"

Masa budak tu ckp ada polis jaga depan tu aku rasa cam cuak lak sebab dah 4ari lesen aku mati..hehehehe..trus cepat2 pakai seatbelt balik..hahhaha..rupanya org RELA je yang jaga daa...

Tapi aku tetap kucewa..sampai umh mr.hubby pelik tgk aku sampai awl.pas aku story mory dia leh pulak ckp "takpe la" aku pun tanya la "kenapa pulak takpe" dia diam je malas nak layan la tu..tp aku frust jap je..bila pikir2 balik anggap je la takde rezeki.lain kali pun ada jugak..pasni klu aku taw ada Jcard day aku akan apply cuti :)

Published with Blogger-droid v2.0.2

J card Members Day at JUSCO Cheras Selatan





Hari ni J Card Member kat Jusco Cheras Selatan..
since last week aku dah perasan dah ada banner kt Jusco..
nape lar dia tak buat 26hb..kan public holiday dah semestinya aku cuti..
adooii..aku dah lama gila tak gi Jcard Members Day ni..dah lupa sale dia macam mana..
Balik kerja petang ni nak terus pergi la kot..tapi aku pun tak tau nak beli apa sebenarnya.
Ingat nak beli kasut&handbag tapi macam biasa la aku ni jenis cerewet kot, susah nak memilih lebih-lebih lagi kasut, handbag dan baju.

Malam tadi dah ckp dengan mr.Hubby balik kerja nak terus gi Jusco, so hubby la kena jemput dhia petang ni. harap tak hujan la..klu hujan gigit jari la aku tak dapat pergi.
aku lagi suka klu nak beli barang sendiri gi sorang-sorang..bukan apa, kalau bawak 2org tu aku jadi mcm kelam kabut sikit nak memilih..ye la aku ni kalau belek barang punya la lama sangat.kdg² kalau belek sikit punya lama pun aku tak beli taw.

yang dhia pulak memang ikut perangai walid, jenis tak suka lama-lama..nape la anak dara ibu ni tak ikut perangai ibu haa..klu ikut perangai ibu yang suka shopping walaupun sekadar window shopping dan suka shopping mall alangkah bestnya..

tapi aku perasan dhia ni pencinta alam macam walid..dhia suka tengok bukit-bukau, suka yang hijau-hijau mcm pokok, tempat yang mendamaikan. kalau balik mantin lalu tol RM 1 sungai long tu kan lalu kiri kanan ada batu, dhia mesti jerit² cakap batu cantik..kalau lalu kampung pun dhia suka sebab keliling ada pokok². kalau lalu highway nampak sangat muka dhia boring..

::nampaknya ibu kena cari geng lain la, dhia dah geng dengan walid..huhuhu::

26 December 2011

Balik umah atok, habiskan bedak wan





Budak dhia ni mmg minah suka main bedak. Pantang nampak bedak habis dia buat main.

Balik Mantin, dhia tanya atok mana bedak. Yang atok pulak dengan cucu punya la sporting pe yang cucu nak dia bagi je pulak. Cuba kalo kitaorg dulu memang manjang kena tempik je huhuhu..tu la kan org kata klu dengan ank garang dengan cucu mesti baik punya..

Sampai habis bedak wan dhia wat main. Boleh pulak dhia ni gi jilat bedak tu..gggrrr wat aku geram je!

Published with Blogger-droid v2.0.2

20 December 2011

Style baru Hip Hop versi Dhia

tengok je la gelagat dhia ni..
manjang buat aku tergelak je..ada je benda yang dia nak buat..
paling pantang kalau nampak seluar yang tak belipat lagi mesti dia pun sibuk je nak pakai..
ada penah skali tu aku baru angkat kain dijemuran dia peginya ambik sepentot aku pastu dia pi sarungnya..dah macam superwomen la pulak..tergelak² sakan aku tgk dhia ni..=)


masa ni mr.hubby tgk mandi, dhia gi wat projek sorang² dalam bilik..aku pun malas nak gi tengok pasal dhia memang suka main atas katil bilik sebelah tu sebab katil situ rendah je.
pas mr.hubby abis je mandi tgk dhia dah sarung dah seluar tu, jalan sambil kepit kat pinggan tak kasi seluar jatuh. yang tali pinggan tu mr.hubby yang pakaikan..

bila dah siap dhia pun terkedek² jalan kt aku sambil lidah terjelir² malu..hehehe
terus dia posing soh tangkap gambar..aksi² yang dhia buat tu dia tiru walid, apa yang walid buat, dhia pun tiru..skang ni suka sangat dhia bergambar..pantang nampak camera mesti posing dengan kepala senget dia tu..

13 December 2011

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Jadual pembayaran gaji bagi 2012 lintang pukang sikit
paling awal gila bulan November lar..deepavali larr..
adush kena banyak berjimat ni kalu tak sesak nafas dibuatnya..
mula² aku tengok macam "eh ok je kot gaji bulan 12 ni xde la teruk sgt cam tahun ni" 
tapi setelah ditelek diteliti sebetul-betulnya
ada la beberapa bulan tu awal.
biasanya kalau gaji awal mesti pada perayaan

 klik image utk lagi besar punyaa..

kena belajar berjimat cermat, aku ni dah la boros..tp tak tau boros apa
maybe boros beli benda bukan-bukan..

so azam tahun baru nanti salah satunya dah tak mau boros-boros k..



07 December 2011

Siapakah Ustazah Pilihan Anda??




Aku tak pernah la pulak tengok Ustazah Pilihan kat Astro Oasis tu..

Tapi klu Imam Muda memang aku tengok la...dasaaarr org pompuankan harus la ada nafsu kat laki..hahahaha..

Tp aku ada ustazah pilihan sendiri..

Ni la ustazah pilihan iolls :)

-
-

-


-


-


-


-


-

 saya malu laaa...


taaaddaa...saya la ustazah pilihan ibu&walid :)




 comelkan saya :)




Published with Blogger-droid v2.0.1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...