CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 December 2010

Happy New Year 2011

 Lagi beberapa minit je lagi nak melangkah ke tahun baru 2011.  Rasa kejap je berada di tahun 2010.  Banyak kenangan manis, pahit, payau, kelat semua ada larh..tapi yang paling banyak kenangan manis ar..2010 jugak mengajar aku menjadi lebih matang seiring dengan usia dan mengajar erti kehidupan yang sebenar.  Azam tahun baru?? pe ek?? sudah semestinya menjadi lebih terbaik dari tahun-tahun sebelum nih..mana yang kurang tuh aku akan cuba perbaiki insyaAllah..
macam-macam target yang nk capai tahun 2011 nih antaranya 1st:-nk tukar tempat keje..dah 3thn lebih kt tempat yang sama rasa mcm dah tiba je masa utk buat surat tukar..tp bila nk buat je ada je yg halang. Dan dah 3 bos aku jaga, bos yang ketiga nih mmg baik sesangat, tu yang rs cm sayang je klu nk tinggalkan dia. Takpe lar kena pk betol-betol bia masa yang menentukan. 2nd:- membeli aset yang boleh mendatangkan untung. Banyak lagi sebenarnya tp bia lar aku je yg tau..hehehe..

Moga pe yang korang hajat pun tercapai gak ek..


Bye-ByE 2010 WeLcOmE 2011
::HaNaZman&dHiA::
 
::Moga perjalanan hidup aku and family berjalan dengan lancar, aman, damai dan bahagia.
 


30 December 2010

Syabas Skuad Bola Sepak Negara..

Alhamdulillah akhirnya juara milik kita...sgt heyp and bangga ok..and sgt heyp bila PM umumkan jumaat cuti..yaaahhhoooo!!smlm aku tgk bola sambil layan Dhia..jap kang dia nk tido jap kang nk main..bila time malaysia gol tuh aku tgh dok tidokan Dhia dlm bilik aku dengar ar org blok sebelah tu menjerit aku pun melompat ar gi depan tv..hehehe..sambil-sambil iron baju ingt si kenit tu dah tido tiba2 je ada sebelah aku..ingatkan mimpi ke hapa..angkut ar dia tgk bola skali sampai abis..aku pun xtaw PM bagi cuti jumaat, pagi tadi dgr HotFm, ingtkan arinih cuti, sbb aku tengok jalan nk gi ofis clear je..rupanya jumaat da..berita lanjut baca ar kt bawah nih..petikan dari Harian Metro.

 DETIK KERAMAT...Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.
Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.

CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.


Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.

Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.
Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.


::tiba-tiba jatuh hati dengan kecekapan penjaga gol Khairul Fahmi..hehehe


 

18 December 2010

boring tol ar..klu ari-ari cmni..

atoiyaaiii, bila mood rajin nk menulis dah sampai, *tenet* ni lak wat hal..lembs giler ar..boring tol ar klu ari-ari gini..pe mau bikin..huhh..bila jd cmni ar tu yg malas nk online fb kt umh.. 

arinih mr.hubby kje pagi. Dhia pagi2 mcm biasa dah bangun, membebel jerk kejutkan kitaorg..haishh ingtkan klu cuti dia bangun lambat rupanye tak..skang nih Dhia dah rajin gi skool, kalau time nk ambik dia tu cikgu ros saja acah nk ambik dia, laju je tangan nk gi kt cikgu ros..tapi klu time pepagi nk antar, Dhia nk je gi kat cikgu dia tuh, tp jangan harap ar nk pandang muka aku or nk bye-bye aku..sombong tol..tiap kali klu antar pepagi mmg cmtu ar..tp klu time ambik baru nmpk kereta dah laju je lambai.

petang smlm aku ambik dhia cm biasa, lik kje terus ambik dhia sebab walid keje pagi so tak kisah ar klu ambik dhia terus. klu walid takde memang aku balik umh dulu dah siap mandi bagai baru kuar ambik dhia. sampai je kt taska, nmpk ada budak diri kt pintu grill aku ingtkan sape ar rupanye Dhia...sooo tooommmeeyyy!!balik umh cerita kt walid, walid ckp "apa lar anak sendiri pun tak perasan" hehehe..Serius weh lain benar aku nmpk Dhia dr jauh.cooommeeeyy!!hehehe..cikgu ros dia bukak je grill terus terkedek2 jalan kt aku sambil senyum2..

diz week aku rajin masak, ari2 masak taw...tp ada ari yg selang seli masak dgn mr.hubby, klu arinih aku masak, sok dia masak. ada tu satu jenis lauk aku masak, satu jenis lagi mr.hubby yg masak.  camtu ar kitaorg slalu. tapi klu time malas masak tu smpi haaa main order je ar, tak pun beli je kat PM (pasar malam). mlm tadi menu kitaorg udang masak tempoyak (of coz mr.hubby yg masak..smpi menjilat jari), tahu telur goreng sayur (aku ar masak) n tempe goreng kicap+cili api (ni pun aku masak..suka gila makan tempe, ari2 tempe pun takpe). kitaorg masak banyk sebab member mr.hubby kata nk dtg, tp tunggu punya tunggu batang idung pun tak nampak..nan ado!! jadinye pagi tadi before mr.hubby gi keje aku panaskan lar sume lauk pauk tu soh dia bwk gi keje dpt ar member2 ofis dia makan..

arinih dok umh jerk..sok pagi mr.hubby kata nk gi titiwangsa, ala2 picnic gitu..nk main kejar-kejar dengan dhia.  

16 November 2010

Salam Aidil Adha

Takbir raya berkumandang, tp aku masih di rumah berdua dgn dhia..hubby kje ptg lak..sgt syahdu dgr takbir..cmni lar agaknye perasaan org yg xdpt beraya dikampung.  Pagi2 sok pas subuh gerak lik kg aku..alar bukan jauh pun ikut LEKAS 30minit sampai ar..petang lak kne lik IE lik coz sok aku kje..jumaat baru ar cuti..xdpt nk cuti lama..tau2 je ar da ujung2 tahun nih bnyk kje yg kene settle..pehtu department nk kne pindah..brg2 sume xkemas lagi..aduh jenuh nk mengemas nih dah ar fail melambak2..

Selamat Hari Raya Aidil Adha..moga jemaah yang menunaikan haji mendapat haji yang mabrur..insyaAllah..



09 November 2010

Bersarang Semut

Lama xupdate blog, even xde org baca pun xpe lar janji cerita ini utk peninggalan anak cucu nanti..hehehe..bkn sesaja je xmau update blog, kami seberanak xsihat..mula2 dhia yg xsihat, selsema n batuk, then hubby lak,  last skali aku yg kena..bila dhia da ok, aku n hubby xsihat2 dari batuk..kesian kt dhia dia asyik jap elok jap kang kureng lik..la da nk masuk 3minggu dah me n hubby batuk xelok2. Mcm2 ubat dah makan, ubat batuk cap kelapa laut tu dah abis sebotol kiteorg minum, tp xde perubahan pung. Smlm aku try beli ubat batuk cap “Wood” hrp2 ada ar perubahan da xlarat dah. Ni dhia pun baru baik dari demam, tinggal selsema dgn batuk je ar xelok2 lagi..  Sejak antar dhia taska mmg kerap dia xsihat.  Dhia kalau xsihat pun still aktif xreti dok diam, xde lar melepek je..Moga anak ibu cepat sihat yer..

Banyak benda nk story sebenarnye..tp tunggu next entry eh...
 

09 October 2010

Pizza Hut ke Dominos??

Semalam walid Dhia keje ptg, arini lak kena keje pagi..Mula2 mr.hubby nk lik umah sat nk tgk anak dara dan juga mak dara dia nih lar..tp mr.hubby penat sgt so kul 11pm dia call bgtau xbalik ar, sbb pagi2 sok kena ada kt opis ntah ada apa majlis ntah kt Titiwangsa tuh..nk wat cmne kan dah kerja.."BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" aku kena ar redha..walaupun xsuka sebenarnye sbb mr.hubby nih keja shift..time shift ptg paling xbest langsung. Masa mula2 kawen susah gak nk suaikan diri dgn mr.hubby yg keje shift, ms tu paling takot klu mr.hubby keje ptg or malam. ye ar da ar tu 1st time kena tinggal sorang2 di umh sndri dgn baru pindah kt citu. Macam2 jadi sebenarnye kt umh lama sblm pindah umh skng nih..umh skng ni nasib ada guard tu yg xtakot sgt, tp kena beringat gak ar..time xde anak dulu mr.hubby pun kesian nk tinggalkn isteri kesayangan dia ni sorang2 kt umh..boring wooo...dulu slalu ckp "kalau kte da ada anak nnti, abg nk keje je pun xpe ayg xkisah sbb da ada teman main kt umh" tp bila da ada anak lain lak jadinye..nk gak mr.hubby ada sama hehehe..tmbahan pulak Dhia mmg rapat dgn walid dia..

Dhia ni kalau lama xjumpa walid dia even baru 1ari dia da gelisah dah, tido mlm pun xlena punya ar msti merengek je..mlm tadi nasib xmerengek..sbbnye pagi jumaat tu walid da ckp dgn dia "walid mgkin xlik mlm ni nnti kte jumpa sok petang ek.." kalau da ckp siang2 xlik ke xjumpa ke xpe insyaallah dia paham, yg jd xpaham tu klu xbgtau dia msti ar dia dok cari punya..

6.30am Dhia da bangun dah..klu time ari skolah (taska) tu smpi kena kejut baru bangun, klu time cuti reti lak bangun sendiri ek..tukar pampes bagi susu dia pun main ar..mulut pnye ar bising..abis badan aku kena lenyek..ntah kol bpe dia tido lik taw2 senyap je..kul10 lebeh gak ar baru dia bangun lik. Siang dia xtido sgt, skali je ar tido tu pun kejap je..projek dia klu ari cuti ni pe lagi "mengemas umh" ar..rajin anak dara ibu ni mengemas umah eh..aku kemas mainan dia, cepat2 dia datang punggah balik mainan, siap leh campak2 lagi tu..bila da abis punggah dia main la plak kt tmpt lain..pantang nmpk aku kemas mainan dia, msti dia dtg cepat2..sudahnye rumah aku nih dah cm kapal karam dah..xpe ar budak baru nk membesar tgh ligat nk main..skang Dhia da leh tinggal sorang dah, bukan ar tinggal sorang cmne, cm aku nk gi dapur ke, nk gi toilet ke dia da leh tinggal sorang ar..tp kena bgtaw dia dulu kte nk gi mana, klu xdulu pantang nmpk aku bangun je msti merengek, kena ar angkut dia gi mana2..nk gi toilet pun susah taw..gi pun ujung bln ni Dhia da 1thn da pun msti da paham pe ibu walid dia ckp..jap je rasanye masa berlalu masih terasa n teringat saat lahirkan Dhia..

Mr.hubby smpi umh dlm 7.30pm. kul 7pm cmtu mr.hubby cll soh aku order pizzahut, aku sah2 la xmasak klu tinggal berdua je dgn Dhia kang xpsal2 dia pun sibuk nk menolong kt dapur..anak dara la katakan msti ar kena rajin tlg ibu..but not now sayang tunggu da besar nnti tlg ibu ye..jgn tlg tengok lak mmg nk kene penampar cium!

Ni 1st time aku order Pizzahut. slalu order Dominos je sbbnye dulu penah cll pizza dia kata xantr kt umh aku padahal pizza kt Jusco Cheras Selatan tuh depan umh aku je ek leh lak dia xantr kt umh aku..last 2weeks ktorg pi mkn kt pizza jusco tnye ar ada antar xkt umh ktorg dia kata ada..tu ar arinih mr.hubby soh try cll pizza tuh..aku pun blur nk order per..nasib simpan lagi pamphlet home delivery dia tuh..aku order Hot Pair Deals, chicken soup n garlic bread sumenye RM41.70..tp yg xbestnye..pizza n garlic bread dia sume da sejuk..pehtu rs cm xsedap je cm makan kt kedai..mybe xde aura n suasana deco pizza tu kot..dah ar delivery charge dia rm2..klu Dominos tu RM50 leh dpt macam2 smpi 4-5orang leh makan n dijamin pizza dia panas2 belaka yg paling penting free delivery ok..

ni ar yg ktorg order tu

Dhia punya ar suka makan chicken soup, rsnye separuh gak ar dia makan..dhia bagi ibu je yg makan chicken soup tu, kalau walid dia yg makan menjerit dia xbagi..hahahaha..pas da kekenyangan Dhia makan chicken soup pe lg mula ar nk tido..

::pehni da xmau ar order pizza, baik order dominos..klu tekak ni rasa nk makan pizza baik gi mkn kt kedai dia je bru ada feel::

08 October 2010

Jap je masa berlalu..

Pejam celik, pejam celik jap je da sampi ari jumaat...hehehehe..ari yg ditunggu2 oleh sume orang..sudah semestinye sok cuti 2ari..yeeehooo!! sgt seronok ok..bila ari isnin nnti mula ar bermalas-malasan nk bangun awal..



arini pun ari terakhir dalam bulan Syawal..ada gak jemputan open house arinih..tengok lar ek klu sempat leh ar datang..

Anak Lebih Cerdas Dibimbing Ayah

Sumber: Email

Sebuah kesimpulan hasil penelitian terbaru di Amerika menunjukkan bahawa sang anak yang dibimbing hingga dewasa oleh ayahnya, kecerdasannya akan sedikit lebih tinggi. Mereka akan memperoleh prestasi yang lebih baik di sekolah, dan lebih mudah berhasil di masyarakat.
 
Setelah ahli menelitinya berpendapat, bahawa ayah mempunyai karakter yang lebih keras dalam segi mendidik anak. Dalam hal membina watak atau mutu pada anak, dan mengembangkan bakat-bakat dalam segi apa saja, dalam benak ayah umumnya mempunyai rencana. Harus bagaimana, dan prasyarat apa saja yang diperlukan, adalah lebih jelas dan terarah, sedangkan ibu agak kurang dalam segi-segi tersebut. Majoriti ibu mempunyai harapan yang agak tinggi terhadap anak, namun dalam pendidikan secara nyata, ibu acap kali menunjukkan rancangan yang semu.

Dilihat dari isi pendidikan, dalam penyampaian wawasan pengetahuan, dan dari segi wawasan pengetahuan umumnya pengetahuan seorang ayah lebih luas dibanding ibu, lagi pula dalam sejarah, ilmu bumi, dan filsafat, sang ayah selalu lebih luas  dibanding ibu.

Oleh sebab itu, yang semakin banyak diceritakan sang ayah pada anak adalah kisah tentang sejarah, adat istiadat berbagai daerah, tokoh pahlawan dan lain sebagainya. Sebaliknya seorang ibu, biasanya hanya menceritakan kisah dongeng pada si anak, dan mengenai cerita yang berkaitan tentang sejarah, ilmu bumi dan filsafat agak kurang diceritakan, dan ini dalam membuka medan penglihatan maupun pengetahuan secara luas pada anak akan kurang baik. 

Dalam membimbing kebiasaan hidup sehari-hari, ayah mendidik anak harus mandiri dan tegas, memiliki mental yang berani dan jiwa petualangan. Mereka (sang ayah) menyuruh si anak turut serta memperbaiki peralatan elektronik rumah yang simple,dan menyuruh si anak agar berani belajar naik basikal, membawa mereka mendaki gunung, lomba lari. 

Sedangkan ibu selalu hanya berfikir melindungi si anak, dan ketika si anak mengikuti beberapa program yang mengandung risiko serta suatu hal yang rumit, mereka (sang ibu) selalu merasa cemas atau khawatir si anak tidak hati-hati akan mengalami kemalangan, atau kepenatan. 

Disimak dari pola pendidikan, umumnya ayah akan mendorong semangat si anak untuk berpfkir dan mengerjakannya sendiri, sedangkan ibu lebih suka membantu si anak mengerjakan hal yang dapat mereka kerjakan sendiri. Tuntutan irasional yang dikemukakan ayah terhadap si anak, umumnya lebih keras dalam bersikap, sedangkan ibu acap kali lemah lembut. 

Apabila ayah membawa si anak berjalan-jalan, benda seperti makanan ringan jarang dilihat, sebaliknya kalau sang ibu membawa si anak jalan-jalan, yang sering dilihat ialah makanan ringan.



::slalunye mmg ibu bersifat penyelamat::


07 October 2010

Perasmian Pembukaan

Salam,

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim dengan ini saya merasmikan pembukaan blog ini...weeehhhoooo....ececeh cm nk rasmi pe plak kan..actually blog ni da wat lama  tak lama gak ar..tp tak tulis pape lagi pung coz malas masa tak mengizinkan..n tgh terkial2 nk godek2 blog nih..almaklum ar tak brape reti baru berjinak2 dgn dunia blog nih so agak lembss skit ar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...