CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 April 2012

New Year 2012 at Genting Highland

Cerita ni dah lama draft tapi tak publish lagi...lupa larrr :)


fuuhh punya la lama aku nak update cerita Genting Highland nih..
dah masuk bulan 4 baru la terasa nak update..skang ni aku ada penyakit MALAS tahap max nak bermesra dengan blog..ni tengah rajin google resepi kek yang sedap²..ate nak mengemokkan badan yang sedia ada gemok nih..huhuhu


ok² tak mau melalut jauh²..

1 Januari 2012 pagi² aku dah semangat bangun punya awal macam nak gi kerja. aku kalau excited nak gi mana² memang malam tak lena tido..kul 5am dah jaga..golek² pusing kiri kanan pukul 6am baru betul² bangun masak air, goreng nugget, kejutkan hubby & dhia, mandikan dhia, bagi breakfast baru aku pulak bersiap.

pukul 7.30am dah get ready. tapiii elok je nak keluar ke main road, terpaksa u-turn balik rumah sebab dhia muntah. masa tu memang dhia batuk berkahak..so kalau dia batuk, memang selalu akan muntah sebab kahak tersekat kat kerongkong pastu punya la pekat. abis baju kena muntah..balik rumah tukar baju, mandi skit pastu gerak balik..

tapii lagi sekali dhia muntah, nasib sikit je dapat diselamatkan sebab aku alas dada dia towel. malas nak patah balik rumah aku suruh hubby jalan je la..tu pun dah pukul 8.40am..dah pesan dengan dhia, kalau nak muntah bagi tau..
dhia kalau nak kereta memang tak boleh kasi makan apa² termasuk la biskut, sebab nanti dhia pening pastu muntah. kalau naik kereta suruh je la dhia duduk diam² tak pun baring. dhia ikut ibu la tu asal naik kereta je pening.

jalan pun tak banyak kereta..aman damai je rasanya..myvi pun dah tukar kasut baru jadi kami macam perasan skit..huhuhu..mesti nak tengok ada tak kereta yg pakai rim sama..tapi perangai macam tu tak lama pun 4 ari je..pastu back to normal..wakakkaa

sepanjang jalan dhia tido je..bagus la sebab aku pun nak naik pening dengan jalan bengkang bengkok naik bukit dengan telinga berdenggung..tapi sangat syok sebab kabus tebal gila..elok je sampai kat puncak dhia pun bangun, bangun je terus jerit cakap sejuk.
bila tanya best tak..angguk kepala bukan main laju lagi..

ingat nak parking kat bawah je sebab nak naik cable car..tapi hubby malas pulak dia nak parking atas jugak..tp dlm kepala dok teringat lagi cerita cable car terhempas tu..cari parking pun susah jugak, terpusing² jugak la..tapi parking bawah² memang banyak la..sampai sana lebih kurang 10.30am orang pun takde la ramai bebenor. 

sampai je terus beratur beli tiket, elok lepas kitaorg beli tiket orang punya la ramai teramat beratur. kitaorg beli tiket indoor je RM 30 adult, untuk dhia pulak RM28. kalau beli online lagi murah taw. ikutkan dhia tak payah beli tiket pun takpe, masa kitaorg beratur, budak tu siap² tulis kat kertas berapa tiket nak beli budak tu cakap dhia tak payah beli tiket sebab belum cukup ketinggian yg ditetapkan. tapi bila sampai kaunter, org tu ckp dhia kena beli tiket jugak..malas nak tanya banyak² beli je la.. tapi memang menyesal sangat pun sebab diaorg tak check pun dhia ada gelang ke tak. melayang RM28 tau..huh!

boleh dikatakan semua kitaorg naik, ada 3 benda je kot tak naik..dhia sangat happy

 dhia pening² lalat

 kabus punya la tebal..syoknyaa!!



 kemain perang lagi rambut dhia


 mata tak lepas tengok banyak sangat mainan

 senyum lebar anak ibu
 


outdoor lagi adventure


kabus tebal..sejuk sgt..


 masa kuda belum bergerak..suka la..


 bila dah bergerak..takuttt

 asal lalu je mesti dhia stop nak main game hello kitty

 tapi tak letak token pun..heheee...

 budak takmau dukung, kalau lepas ilang ikut orang..pastu tak reti takut dengan org..bahaya sungguh!


 2nd time naik kuda, dhia yang nak naik..bila kuda gerak terus menjerit wat aksi cowboy..:p

muka masam sebab masih fobia  naik kuda...wakakaka

 bakal pemandu perempuan F1


 last mesti la ibu walid inter frame
 dhia pun nak jugak


 balik singgah sini jap..dhia dah ngantuk malas nak layan ibu..:p




ada kwn aku komen kt FB ckp aku dah kurus siap tanya rahsia bagai..kelakar la pulak

tp kawan skolah aku komen lak tnya aku pregnant ke..adooii lagi kelakar. tu buncit la..
lupa nak tahan nafas..hahahaa


balik singgah Bukit Ampang jap, tapi dhia tido tak sedarkan diri..kitaorg kalau tak tau nak lepak mana mesti datang sini sebab dapat tengok KL..lepak malam pun best

terasa nak gi Genting main outdoor pulak tapi dhia takleh ikut...huhuhu





13 April 2012

Dhia dalam dilema???


 taktau la memang anak pompuan camni perangainya atau dhia boring 
sebab takde kawan..
sekarang ni memang aktiviti dhia main dengan semua bear. 
ada lagi satu bear tu lagi besar dari dhia.

balik school pun dhia akan dokong semua bear siap dodoi sayang.
siap wangi-wangikan, macam mandi, letak bedak, sikatkan, letak losyen pastu kasi susu, 
tepuk-tepuk soh bear semua tido. dhia pun tido sama.
kalau nak gi school siap cium semua bear.

nampak sangat dhia ni penyanyang budaknya. kadang² garang jugak. apa yang ibu walid buat kat dhia mesti dia buat kat bear jugak. kitaorg gelak je tengok dhia jaga bear tu.

tapi bila tanya kat dhia "dhia kakak ke baby?" 
slalu jawapan dhia "baby, baby" sambil sengeh².
kalau tanya "dhia nak adik tak, nak baby tak?"
kadang jawab nak,kalau tanya banyak kali tu dia akan wat tak reti je
pastu dia pulak jadi baby, wat perangai macam baby
merengek², wat nangis tipu² suara macam baby.
siap merangkak² lagi. pastu wat² tak reti cakap, asyik nak berdukung je..

adehh..ke memang camni perangai budak nak dapat adik erk..
atau dhia takut ibu walid dah tak sayang kat dhia bila dah ada adik nanti.
mesti la ibu walid sayang dhia sangat² sama macam adik². dhia jangan risau erk..
erm..entah la..harap kalau dhia ada adik nanti, dhia akan sayang dan jaga adik²


 

10 April 2012

Kids Eat Free Everyday at Pizza Hut

Untung la mak pak skang nak makan pizza takyah bazir duit beli utk anak. Ni pizza hut kasi depa yang tinggi kurang 120cm makan free janji mak pak kena belanja RM20 keatas...bestkan jadi dak kecik ni!



Tu dia, dhia sampai tak tau nak pilih mana satu. Banyak jugak pilihan utk budak-budak ni.. Ibu walid menu cam biasa la takde yang luar biasa..hehehe..



Ni baru skit je sampai. Penuh meja macam-macam hubby order macam 4orang yang makan padahal 2org je. Tp wife dia ni kuat sangat makan..ye la lunch tadi tak makan mau kebulur taw tak!

Dhia pilih spagetti. Ingatkan suka la sebab dhia ni pemakan budaknya. Tapi tak makan pun spagetti tu. Yang tukang perabis ibu walid jugak la..nak wat camnetak elok membazir taw! Dhia makan mushroom soup cicah roti. Lupa pulak sebelum keluar dah minum abis sebotol susu patut la nampak kenyang



Ni la antara menu free untuk kanak-kanak. Air soya tu dhia langsung tak minum.

Pas makan, pi cuci mata lak..



Ni la hasil tangkapan dhia..belasah je la walaupun set tu untuk boy. Murah je total semua RM 15 je
posted from Bloggeroid

09 April 2012

Lawan mata

comel tengok dhia camni..

ni baru sampai rumah dari mantin. Balik berdua je dengan dhia walid kerja..
masa balik mantin dhia macam ni jugak sampai la R&R Beranang paksa jugak dia baring. mula-mula dhia tak mau baring sanggup dia duduk tahan mata ngantuk sampai tersengguk-sengguk. agaknya dah ngantuk sangat baru dhia baring. sampai la mantin tido lena.

masa balik pun camtu jugak. masa tu dhia memang ngantuk sangat-sangat sebab belum tido dahtu lepas makan ubat batuk. aku paksa dhia baring pun dia tak mau. tapi aku borak-borak la dengan dhia sebab risau kang tiba-tiba tersengguk-sengguk kang jatuh kat bawah pulak. suruh sandar kt belakang pun tak nak. nasib la dah ada Lebuhraya Lekas. dari Mantin ke Balakong dalam 40minit je.

 

07 April 2012

Fesyen rambut terbaru abad ini~~sanggul sebelah~~

Ni fesyen rambut dhia semalam jumaat..comel sgt. Teacher dhia mmg rajin ikat rambut dhia. Ari-ari fesyen lain-lain








Tapi budak ni sampai je kat rumah terus cabut getah..pastu kibas2 rambut berdiri depan kipas sambil buat muka paling comel! Tak tahan tengok aksi gedik dhia.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...