CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

01 January 2012

Kasut baru Myvi



sempena dengan New Year ni Myvi dah dapat kasut baru pada 31/12/2011..
wah kelaas ko Myvi, untung la dapat kasut baru..aku ni tak beli² kasut baru lagi..
hahaha..tu la sapa suruh cerewet sangat bab pilih kasut :p

sebenarnya tak rancang pun nak tukar kasut baru Myvi, sebenarnya nak service je pun..
cuti 3hari new year kitaorg tak decide pun gi mana..aku dah banyak kali ckp dgn Hubby bagitau aku awal kalau dia dapat cuti. tapi mamat tu bagitau aku 4hari sebelum dia dapat cuti. aku pun memang tak pikir apa² pun nak pi berjalan mana pasal mula² harapan dia nak cuti new year ni amat la tipis. aku pun dah pasrah kalau dia tak dapat cuti mcm tahun² sudah.

bila dah dia pun cuti aku tanya la nak gi mana ni? dia pun taktau nak pi mana. bila aku cadang nak pi genting dia cakap tengok la dulu. banyak sebenarnya tempat yang aku cadang nak pi, aku soh dia pilih sendiri..so aku pun malas nak tanya banyak kali biar la dia pilih. tapi yang penting aku cakap nak tengok bunga api live depan mata..akhirnya dapat jugak :)

sebenarnya Hubby tak cakap pun nak gi genting, dia senyap je! konon la tuh nak wat surprise. Hubby mmg suka buat surprise² ni :)
30hb balik kerja aku tanya lagi nak gi mana cuti ni..dia still cakap tak tau! haiisshh!! dlm ati aku berkata² "last la aku tanya nak gi mana".

ari sabtu Dhia bangun awal pulak 7.30am dah bangun, minum susu sambil golek². aku masih bermalasan..nasib cuti peod pukul 8am baru aku bangun nak mandikan dhia. Hubby soh cepat² siap kita gi genting..aku wat sambil lewa je..dia tengok aku wat benda slow² je. dia tanya la nak gi ke tak..aku senggih je..Hubby mandikan dhia, aku kemas rumah.

tapi Hubby ckp kena service kereta dengan tukar tayar dulu. memang tayar tu ok lagi belum botak pun, tapi takkan nak tunggu botak licin baru tukar pulakkan.

semua kedai tayar area rumah memang mahal gila, stakat nak service ok la. Hubby ajak gi kedai tayar kat Kampar, Klang..nun jauh pulak..sebab situ memang murah sangat la banding dengan sini. tapi masalahnya hubby ckp lepas service+tukar tayar gi genting lepastu stay tengok bunga api..aku pulak tak setuju sebab macam kelam kabut sangat. lepastu nanti penat.

Hubby pun cari la kat Mudah, cari punya cari hubby jumpa la kedai service kereta dan tayar kat area Ampang. memang situ bagi harga sama dengan Rawang dan Klang. daripada nak membazir masa,bazir duit tol, bazir duit minyak nak ke Klang baik gi kat Ampang je.
Tengok rim situ banyak pilihan dan harga sangat murah.

tengok jam dah pukul 10am, aku soh mr.hubby mandi cepat nanti pukul berapa pulak nak sampai Genting tu. pas hubby mandi baru dia cakap "arini kita gi service kereta je la, mlm tengok bunga api, sok kita gi Geting"..aku ok je..lagi senang.

jalan dekat Zoo Negara tu punya la jem teramat, tersengguk² dibuatnya. nak cari kedai tayar tu pun satu  hal jugak area situ memang jem, setengah jam jugak la kitaorg nak sampai ke kedai tu. padahal dah nampak dah kedai tu depan tu je ha. rasa mcm nak jalan kaki je.

sampai je kedai, terus kitaorg pilih² kasut baru untuk Myvi. 3 jenis rim kitaorg suruh orang tu pasangkan kat Myvi nak tengok mana yang sesuai..hubby soh aku yang pilih, dia takot nnti klu aku terjumpa rim yang cantik nanti aku menyesal..ada pulak camtu..finally kitaorg setuju nak yang satu ni..memang lawa la bagi kitaorg..hehehe

dah pilih, hubby soh pulak cina tu service, tengok apa yang patut kena tukar..kereta pun dah lama tak service..bila cina tu bukak je tayar, apa namanya ntah yang pasang spring tayar.aku dah lupa nama dia..dua² belah kena tukar.aku suruh cina tu buat kira² dulu kang takut terlebih budget kitaorg pulak..kira punya kira..tawar punya tawar..rim+tayar+benda yang tukar kat spring tayar tu+service semua masih lagi under budget..so lega ok!

masa cina tu terangkan kat Hubby aku pun menyibuk nak tau jugak..aku ni dah la reti bawak kereta je, nak bukak tang mana enjin pun tak reti, isi angin tayar pun sekali je penah buat..sebab tu kalau kereta dah lama tak service aku jadi takut nak bawak. ye la kang tersangkut tepi jalan camne. kalau time hubby tak kerja ok la, dibuatnya dia outstation atau dia kerja ke naya aku!

sejam aku lepak kat kedai tu, Dhia pun ok je tak nangis ke takut ke dengan bunyi bising mesin tapi aku pulak yang boring. so aku bawak Dhia pergi mall sebelah je dengan kedai tayar tu. bawak Dhia main kat situ lepas tu jalan² dalam tu ada The Store. Dhia paw ibu air susu Dutch Lady, biskut pastu mainan..minah sorang ni kalau jalan skang bukan main eksyen tak mau pengang tangan kita langsung. setengah jam lepak kat mall, gi balik kat kedai tayar tu.


 suka dapat bawak bus..sebelum tu naik truck tapi sebab truck tu goyang kasar sangat menjerit² Dhia takut..naik kejap je terus naik kereta polis kat sebelah tu..kereta polis dengan bus goyang tak kasar Dhia siap geleng² kepala, bye² orang lalu lalang..hehehe


masa tu dah siap service dah tinggal nak buat balancing je..tu pun makan masa lama jugak..dah wat balancing cina tu gi test kereta pulak sebab tukar rim dengan tayar memang kena test. nak dekat 20 minit kitaorg dok menunggu. dengan Dhia dah tak menahan nak susu. beg susu dalam kereta pulak tu. Dhia pun dah mengantuk sangat, tak boleh sabar dah.






tengah buat balancing..Dhia menjerit tengok kereta naik tinggi..huhuhu 







mulut bising nak susu..paw ibu torchlight gambar angry bird

 
kasut lama Myvi..baru setahun lebih guna..bye² sobsobsob..

masuk kereta laju² Hubby buat susu, abis sebotol tapi minah ni tak tido pun..mata segar bugar balik..nak gerak balik Hubby sakat aku soh aku lambai kat kasut lama, takut aku sedih katanya..hampeh!! balik terus tapaw McD je. sampai rumah pukul 4pm. Kalau jadi gi Genting ntah pukul berapa nak sampai.

kasut baru Myvi, nanti baru kasi tunjuk yee..kasi sorok dulu..huhuhu

 
Published with Blogger-droid v2.0.2

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...