CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 March 2012

Jumpa orang tak betul petang tadi

Petang td masa nak jemput dhia, kena ikut jln lain sebab jalan biasa tu tutup diorg pasang pelamin. Aku pun belok ikut lorong sebelah masjid. Dari simpang lagi dah nmpk ada mat motor ni berhenti tgh jln dok borak dgn akak depan umah. Aku mmg bawak slow la sbb kawasan perumahan. Mat motor tu nampak kereta aku trus dia gerak.

Dia depan skit dari aku. Tp selang beberapa rumah dia mcm nak berhenti so aku pun lalu je la sampai tak perasan ada bonggol. Bunyik cam terhentak skit sbb bonggol tu tajam. Tiba2 mat motor tu sebelah kiri aku dok ckp ntah apa aku tak dengar pasal aku tgk menyanyi. Terus dia laju sikit ke depan kereta aku sambil nampak mulut memaki aku. Tp aku wat donno je aku pandang sekilas terus belok ikut short cut. Masa nak keluar lorong short cut tu mat mat motor tu lalu lagi maki2 lagi. Aku wat takreti je la sebab tak rasa aku salah pun.

Mat motor tu blah ikut jalan yg aku nak masuk. Tapi dia dah jauh kedepan. Aku pun tak sedap ati tak terus gi taska dhia, aku belok tempat lain. Aku tgk dari cermin mat motor tu ada kat blakang tp jauh la dia pandang je tp dia tak follow aku.

Aku dah tekad kalau dia ikut aku lagi mmg terus balik umah soh guard tu tahan mat motor tu. Elok je aku nak belok mat motor tu tiba2 dpn kereta aku cam tadi la dok maki2 segala bodoh babi semua keluar. Aku slow kereta hp dah kat tangan aku pandang je muka mat motor tu. Bila aku berhenti kereta dia blah camtu je. Kalau dia berhenti mmg aku snap gambar dia, dpt nombor motor pun jadi la. Tapi dia tak follow aku lagi.

Aku pun bwk perlahan je la ikut lorong lain pulak dok terpandang2 jugak. Klu mat motor tu ada mmg aku terus balik umah. Tapi takde! Nak turun dari kereta jemput dhia pun aku tertengok2 kot tiba2 mat motor tu dtg. Tapi takde terus angkut dhia masuk kereta.

Niat tak nak gi pasar malam sebab rasa takut lagi tiba2 mat motor yg gila tu serang aku. Tapi dhia dah merenggek2 nak gi pasal malam. Aku pun rasa macam mat motor gila tu takde. berani la gi pasar malam. Tapi mata melilau la pandang kot2 mat motor gila tu tiba2 ada pulak. Alhamdulillah selamat kami pulang ke rumah..

Sampai aku update blog ni aku tak paham nape mat motor gila tu maki aku..
-sebab aku masuk jln yg dia borak kat tengah jalan dengan akak tu ke? Kira mcm aku potong la dia tengah borak! Dah sape soh ko borak tengah jalan! Jalan tu ko punya ke??duit ko ke?? (tahap geram dah tu) kot klu nak borak pun cuba ketepi skit motor ko bukan besar!!

-ke sebab aku tak perasan ada bonggol so kereta mcm berdentum skit. Kira macam ko terkezut la. Masa tu mat motor gila tu sebelah aku. Ke ko jenis melatah mmg jenis mencarut berlarutan!

-atau mat motor gila tu rasa Aku impit dia ke kanan kot. Sebab masa sebelum lalu bonggol tu mat motor gila tu mcm nak parking pastu tiba2 dia sebelah aku. Jalan tu muat 2 kereta la stakat motor kecik tu mmg muat sgt2. Atau mungkin dia nak jln tu dia sorang je yg lalu kot.

-mat motor gila tu terus ikut aku, dan terus memaki mungkin sebab aku tak pandang dia masa dia maki2 tu. Last sekali aku pandang dia dok maki2 baru dia tak ikut aku. Mungkin dia rasa puas hati..

-atau masa mula2 dua sebelah aku tu tengah aku menyanyi dia ingat aku ckp ntah pape pasal dia kot. Sorry la aku menyanyi la takde sebab aku nak ikut perangai ko yg suka maki org tak tentu pasal!

Ish mmg pelik la budak tu.mmg budak sangat mcm umur belasan thn ke 20thn. Pastu muka pelik! Mcm tak betul! Maklum la orang skang ni banyak sakit MENTAL!

Balik rumah terus call hubby bgtau. Hubby kata lain kali ambik nombor motor dia. Tapi aku ni klu drive susah nak fokus. Lebih lagi nak mengingat..hehehe..

Harap pasni tak jumpa org MENTAL camtu..SeRAm!!
posted from Bloggeroid

21 March 2012

saya dah pandai buat peace

budak comel ni dah pandai buat peace..
sebelum ni kalau suruh buat peace manjang la tunjuk 5jari..huhuhu
skang ni kalau suruh posing jari mesti nak buat peace


 suka sangat buat peace letak kat mata..rasa nak gigit2 je cuping telinga kecilmu..hahaaa

ni basikal baru dhia..murah sangat beli dekat Seremban. kalau kat sini mau seratus setengah. rupanya kat seremban tu barang budak sangat la murah. pasni dah taw kedai mana nak beli.

dhia dah taw nak kayuh sebab sebelum ni dhia drift guna basikal 3roda, sampai handle basikal tu patah la dikerjakannya. budak ni drift ganas tau siap tayar sebelah terangkat tu.

bila dah ada basikal besar ni pun bawak laju jugak siap wat u-turn maut punya..aku lak nengok siap jerit² "dhia bawak slow² boleh tak, nnti jatuh kang" dhia mcm biasa la sengih² ckp "mana de"


























20 March 2012

Majlis Silaturrahim

ok cerita ni dah basi dah..tp tak de la basi sangat.
ada lagi cerita yg dah basi berkulat aku dok peram kat draft..huhuhu
ntah bila nak publish ntah..

Office aku ni sebenarnya nak wat Dinner kt PICC tapi org² kat sini tak sporting langsung termasuk la aku..:p diaorg tak mau pegi sebab kena bayar dan buat malam.
aku macam biasa la tak dapat pergi sebab malam..bayaran tu tak kisah lar kan..

sambutan yang tak berapa nak hangat sangat, diaorg tukar la buat Lunch..
tetap kena bayar jugak la tapi tak banyak mcm Dinner tu.
buat dekat sangat² tak payah naik bus ke..jalan kaki dah sampai..hahaha..nun kt B1 tu ha..
tunggu punya tunggu 5 Mac 2012 baru dapat makan² dan mengeratkan silaturrahim antara kita semua..walaupuuunn dot..dot..dot..

mcm biasa la kan kalau ada pape event mesti semua PA yang vogue lagi hot kena jadi Penyambut Tetamu VVIP
dah tu siap ada tema la pulak kena pakai Biru..adeh..bab mengikut tema ni yg kau lemah taw. baju biru ada 2helai je kot..satu tu tak lawa, satu lagi tu masa majlis hari raya dah pakai..rasa mcm tak mau pakai je lagi

kalau dah pompuan tu mesti la dlm kepala nak beli baju baru. tapi bila dah ckp dgn hubby dia tak mau bawak gi beli, dia soh pakai baju yg ada..teerrruuukkk tau!!
dah la masa taw kena pkai kaler Biru tu diaorg kasi taw jumaat dah nak balik ok.kalau bagitau pagitu ke boleh la lunch time gi cari baju. dah tu minggu tu balik banting.
so ingat kalau balik banting leh la ajak adik ipar teman aku beli baju. errmm tak dapat der..

ni masa majlis hari raya tahun lepas punya..

ni masa Majlis Silaturrahim..kan baju sama tudung je lain :)

semua geng PA tapi yg jejaka takde pulak..tapi ada sorang je bukan PA sesat yg tudung pink belah kiri tu..:p


baju kami serupa tapi tak samakan..

dah la aku duduk kat pintu dok menyambut org dtg dgn Liza. jenuh dok senyum je pastu org dok ckp "eh baju korang sama la" penat la dok ckp "ha'ah mmg sama kitaorg dah janji dah mlm tadi" tiap kali org masuk cakap benda camtu..adeehh letih mak nak menjawabnya.

tapi aku dgn liza ni mmg rapat la gi pun dia PA bhg sebelah je dgn bhg aku ni. kadang² baju ari² pakai pun leh sama kaler..mmg sehati sejawa betul la..huahuahua!!

eh kejap² gambar tahun lepas tu aku nmpk kurus skit la..tp napa gambar last ni aku nmpk ada sedikit lebaq tang punggunq tu..rs mcm dah kecik skit..
owh mungkin salah pose agaknya..hahahaa nak sedap ati punya pasal!


10 March 2012

Mengemas baju tak terpakai dan boleh pakai

Petang tadi dah tak tau nak buat apa. Nak buat kek pun rasa cam malas je. Padahal barang semua dah ada. Td hubby call pun tanya dah buat cake ke. Dia hantu kek coklat.

Tengah dok boring tak tau nak watpe tv pun citer tak best je. Aku selongkar la baju2 dalam beg dan dlm box. Eh rupanya banyak pulak baju masa zaman anak dara zaman belum kawen lagi dalam tu. Tengok memang muat la sebab sebelum ni pun ada beberapa baju lama yg aku dah muat pakai.

Mana baju yg besar yang dah tak pakai asingkan letak dlm bag nnti balik mantin leh kasi adik pakai. Gi pun aritu hubby dah bising cakap banyak baju tak pakai tapi still nak beli baju lagi. Hubby kata kalau baju tak nak pakai tu bagi je kat orang.. Eleh mentang2 la masa hubby cakap tu dia tengah dok mengemas baju2 yang dia tak mau pakai nak bagi kat orang susah katanya.

Saja je aku simpan baju2 tu slalu dok try muat ke tak muat. Sumber inspirasi la..huhuhu

Lama gila ok aku nak muat pakai baju2 lama tu. Dhia dah setahun lebih baru muat sebelum tu punggung aku ni besaq. Pas bis pantang je memang badan naik dengan perut buncis tambah pulak pungguq lebaq. Orang kata kalau breastfeeding badan leh kurus tp tidak bagi aku. Sebab dhia ni suka minum susu sambil baring. Kadang lepas je aku makan mesti dhia nak minum susu.

Bila dhia dah kurang brestfeeding baru la aku kurangkan makan.kat office pun memang aku tak sesuai makan makanan kat cafe.kalau makan selalunya aku akan sakit perut. Slalu pagi aku beli siap2 kuew tiaw ke meehoon goreng ke wat bekal nasi goreng utk breakfast. Lunch kat office makan kuih 3biji atau makan roti je tu pun dah kenyang.balik umah masak la mkn nasi.

Slalu org kat office aku tanya "nape hana tak makan?hana diet ye?tak payah la diet badan tu dah kurus" bukan nak diet sgt tp sebab makan kat office memang aku tak sesuai. Kalau makan mesti sakit perut. Kadang kalau dah terpaksa tu takde pilihan makan jugak la tapi pastu berlari la kat toilet.

Skang ni berat belum dapat berat asal masa sebelum preggy 48kg. Dah nak bersalin berat 63kg skang ni baru 54kg.

Masa hubby call td tanya wat apa aku ckp la mengemas baju jumpa banyak baju dah leh pakai. Boleh pulak dia ckp pasni berbulan la takyah beli baju baru..amboii kemainkan ckp cmtu..biasa la pompuan mesti la suka bab membeli baju ni. Ada baju pun ckp jugak takde baju..hehehe..
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...