CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 August 2011

jalan-jalan sebelum raya

memandangkan harini jumaat pastu kat ofis pun ramai yang dah cuti, aku pun dah tak de mood nak buat kerja dari semalam lagi mana taknya sana sini orang dok pasang lagu raya..makanya boleh la aku mengemas blog yang dah berhabuk nih..hehehe..rumah pun tak berkemas lagi ha..mlm kang lepas dhia tido baru boleh buat operasi mengemas :)

petang semalam sebelum berbuka mr.hubby ajak pi ofis dia lepas berbuka dalam pukul 8.00pm. aku pun pelik la terus tanya "nak buat apa" "ada lar..lepas tu kita gi jenjalan tgk baju ke"

si kecik ni pantang kita cakap jalan mmg laju je la..bila tengok aku siap je dia pun cepat2 cari kasut n pakai..pastu dah tak menyabar nak keluar..

OTW gi ofis aku pun tanya la-->>

me: abg nak bawak jenjalan mana??

hubby : tengok la jalan TAR ke

me : apa jalan TAR (dlm hati dah melonjak suka dah nih). bang last kita pergi raya 2thn lepaskan masa ayg mengandungkan dhia kan..*konon nak mengambarkan dah lama tak pi jalan TAR..hehehe

hubby : ha'ah kan..

me : kalau kita pi malam raya mesti bestkan bang, semua murah2..ni kalau kita nak pi arini jalan tak jem ke??

hubby : rasanya tak kot sebab ramai dah balik kampung, takpe la nnti sampi ofis abg tnya kwn abg ok..

me : abg ingt arini ari jumaat ke?

hubby : tak la tau arini ari kamis..nape tanya camtu?

me: takde la ingtkan abg lupa sok ayg kerja ye la tiba2 ajak jln mlm2 gi KL lak tu..abgkan tak suka jem..hehehehehe

hubby : abg tau la..saja je mmg nak ajak ayang pung...

aku yang dok kat belakang senyum je la..hehehe ye la bukan senang nak tunggu mr.hubby ajak aku jenjalan ok..slalu aku yang paksa rela soh dia bawak jln :)

tapi si minah kecik ni, masuk kereta je terus tido..mmg habit dia mcm tu la..ikut aku la tuh :p

sampai ofis mr.hubby, lepak jap kat situ dlm 20 minit..niat nak gi jalan TAR tak jadi sebab mmg jln jem gile..dari sogo pun dah nampak kereta tak bergerak. kalau nak gi boleh tapi kena parking jauh..dengan dhia yang tido malas la nak redah lautan orang ramai. kalau berdua je pergi takpe aku rela..klu bawak anak ni aku jadi malas dan rimas, kesian kat dhia je nanti..

so kitaorg pi je la uptown cheras. sampai sana dalam kul 9.45pm..ingatkan uptown dah tutup pasal gelap je..rupanya diaorg baru nak letak barang..lampu pun tak pasang lagi..kitaorg jalan slow dalam gelap2 tu..

gelap2 pun ramai dah org kat situ..dhia mula2 tido, tak lama lepas tu terus jaga..jaga2 je terus menjerit ckp boboiboy sebab nampak tshirt boboiboy..dhia nak sgt tshirt tu tapi takde size dhia..nasib tak mengamuk kat situ jugak..

kitaorg jalan kejap je sebab org dah ramai dah..dhia pun dah mengantuk sgt..takde benda sgt yang dibeli..

sampai rumah pun dalam pukul 10.30am. saja je la sebelum tido ckp, "bang nnti kita pi mall yang dulu kita pernah dating tu ye" "ok nnti kita pi pe" dlm hati yeaaa....
sebab mall dekat area cheras tu aku tak ingat pe nama dia..dulu masa zaman bercinta 5 tahun lepas ada la 2kali pi sana tgk movie n shopping. tapi tak lama lepas tu mall tu mcm nak tutup dah. semalam lalu situ tengok dah meriah semacam je, tempat pun dah cantik.

kitaorg selalu atleast sebulan atau 2 bln sekali mesti ada hari dating kami berdua. harus la ambik cuti sehari dan dhia kena la gi school. baru la dating namanya. sebabnya mr.hubby kerja shift, masa utk berdua tu mmg terhad sgt..kdg2 ssh nak jumpa..kalau mr.hubby kerja petang, tengah malam baru balik..aku dah tido dah..kalau nak borak apa2 pun pagi tu je la sebelum aku gi kerja..kalau kerja malam pulak, dpt borak jap je la lepas aku lik kerja pastu kul 10.30pm dia dah nak gi kerja..paling best kalau dia normal shift kerja pagi..sabtu ahad pulak belum tentu dapat cuti..kalau weekend dia tak cuti pun mesti mr.hubby akan spend time dgn dhia.

habis nak spend time together dgn ibu dhia kena la masing2 ambik cuti..klu dating mesti kitaorg buat aktiviti masa bercinta dulu, tgk movie..gi tempat2 masa dating dulu..konon mcm nak mengigati zaman percintaan la..pastu keluar lar cerita dolu2..kalau keluar cerita dolu2 aku agak shy2 cat skit..hahahaha..

tp ada segelintir kwn ofis aku yg tak paham keadaan kami, bila tau je aku cuti pi dating berdua mesti dia ckp "kesian dhia, ko cuti pun kena antar taska" aku malas la nak ckp pape..laki ko kerja office hour boleh la ko ckp mcm tu, balik kerja je jumpa, gi kerja pun jumpa..yang aku ni masa berdua tu terhad sangat..pe citer sampi ko ckp kat laki ko, soh laki ko keluar rumah sbb ko dah muak tgk muka laki kot tiap masa ada kat umh..tu lagi berdosa..tu ko tak kisah lak kan...*mula la emo aku sampai*

bg aku masa berdua tu penting jugak..dato' fadilah kamsah pun ada ckp lebih kurang mcm ni la "suami isteri harus buat aktiviti berdua bersama, tak salah kalau buat aktiviti masa sebelum kawen, tak kan sebelum kawen boleh dating2, tapi dah kawen dah ada anak sampai takde masa berdua, sibuk uruskan anak sampai suami/isteri terabai" lebih kurang macam tu la..

::hak dan pendapat masing-masing..janji korang happy, aku pun happy::

Rambut Raya Dhia

Assalamualaikum & Selamat Pagi.....
seronok pagi ni jalan tak jem pung..tapi balik petang semalam jem punya la dahsyat kat depan hospital serdang tu..niat di hati nak ikut tol rm1 kat sungai ramal tu sebab biasa kalau lalu situ tak jem kalau lalu UPM mmg jem teruk la..tapi semalam terbalik pulak nak ke tol dah jem..

balik je terus jemput dhia sebab hari nak hujan..
tengok2 rambut dhia penuh tocang cikgu dia buatkan...alahai comel sgt..nampak penuh muka anak ibu nih..
tanya cikgu dia "senang pulak buat ikatkan rambut dhia"
"senang je, dia kalau ikat rambut mmg duduk diam je"
"amboi kat sekolah senang je ye kalau kat rumah teleng sana teleng sini"
cikgu dia gelak je..


siap posing bila ckp nak tangkap gambar rambut cantik

tengah kusyuk tgk tv..suka tgk tv depan2

anak dara ni pantang kalau cakap cantik mesti pastu dia ulang je tanya kita
antikkkkk????antiikkkkk??
kalau kita takbalas cakap cantik selagi tula dia ckp antikkk sambil pegang rambut..

mlm raya aku nak ikat rambut dhia mcm ni la, sure pagi raya nnti jadi kerinting...hehehehe..
sronok ada anak dara rambut panjang, mcm2 style aku buat..tp kalau tiba dia tak suka baru ikat habis dia cabutkan pastu kusut-kusutkan rambut..


::anak ibu mmg cantik la sayang...::


25 August 2011

HomeMade Choc

Alhamdulillah jualan choc aku memberangsangkan..
ni 1st time aku buat choc n terus berani nak jual kt kawan2 ofis..
aku tak ambik banyak pun tempahan almaklum la masih takut2 lagi..

semalam baru aku bagi kat semua tempahan, lepas tu mula la ramai yang tanya "hana nak tempah lagi boleh tak..?" "hana kenapa buat choc tak bagi tau kami pun.."
siap ada yang nak order lagi pulak tuh..aku pun buat sample tak banyak&aku bagi kat org2 tertentu je..kang aku bagi kat semua orang ka
t ofis ni confirm banyak yang nak order.

aduhh..kalau ikutkan hati mmg nak je aku buatkan utk diaorg, tp silap aku gak edar choc kt diaorg lambat benar. kalau aku bagi diorg ari isn
in sempat la aku buat lagi utk sesiapa yang order. lagi pun aku tgh dok buat choc utk bagi mama, MIL & makcik2. takpe la sesiapa yang nak order aku bukak tempahan 6 September 2011.
sample
yang dah siap sikit

asal aku buat je mesti lar 2 org ni dtg menyelit..yg dak kecik tu slalu la ulang alik ke dapur mintak choc..yg mr.hubby lak dok mintak balance2 choc yang cair tu nak makan..siap letak kt aiskrim la, letak kat biskut la..lepas tu tengah malam mesti buat projek makan choc aku..pagi nak sahur tengok2 ada kesan bahan bukti..haaa..kantoi tu la dah makan tak reti nak buang elok2..

pasni nak wat semua jenis yang dah belajar..mane taw leh wat side income lak kan :)

24 August 2011

12 Ogos 2011 atuk kembali padaNya

Salam, Pada 12 Ramadhan 1432H, 12 Ogos 2011 (Jumaat) satu-satunya atuk aku masih ada pergi buat selamanya pada 1pm. arwah atuk masa tu duduk kat rumah maklang izan dia PJ. Kaklong call aku pukul 1pm lebih.masa tu aku tgh shopping kt putrajaya ada warehouse sale..masa kaklong call tu aku tak dapat nak angkat sebab tangan penuh dengan barang. aku ingatkan dia call nak tambah pesanan brg utk baby dia..mula2 aku malas nak return call ingat sampai office baru nak call..tapi ati aku tak sedap, masa nak bayar aku terus call..terus aku masa terkedu bila kaklong kata atuk dah meniggal. aku pun terus lar call mr.hubby, tp tak angkat..banyak kali jugak aku call dia tapi camtu jugak la... aku send sms bg tau..pas sms call lagi banyak kali..bila mr.hubby call aku balik aku macam nak marah "nape tak angkat call"..dia kata "abg gi sembahyang jumaat la"...aku lupa hari jumaat.

lepas bayar balik ofis, aku terus kemas2 barang..call bos bagitau aku nak balik atuk meninggal..masa bawak kereta dah tak ingat apa dah pikir nak sampai cepat kat rumah nak ambik dhia..

mama call bagitau dia dtg umah aku dulu past
u gerak sama2..kul 3.30pm jugak la mama papa sampai..papa kata kebumi malam tunggu mak ngah dari kedah sampai..aku tepon adik aku ain dia ada kat shah alam, nak gi ke tak nak..kitaorg pun jemput la si ain, dengan hujan punya la lebat, dengan traffic jam lagi, dengan dhia tak henti2 makan biskut cokalat sampai termuntah tak jugak sampai2..

kitaorg sampai PJ dalam pukul 5pm..kaklong
otw dari johor berdua je dengan damia..sampai2 je belum ramai lagi org..adik beradik papa semua ada dengan saudara terdekat.

bila masuk je dlm, tgk sekujur tubuh dhia terus nak gi kat onyang dia..semua org berkumpul pakteh bukak kain tutup wajah jenazah..dhia peluk je aku kuat2 dia macam memahami pulak..bila pakteh tutup balik kain tu, dhia tunjuk2 onyang sambil ckp "kak..kak.."(soh bukak)..org makin ramai aku pun beralih la
duduk dekat dapur, dhia pulak asyik ajak nak duduk dkt onyang..

maklang cerita pukul 1pm nak kejutkan a
tuk utk suap makan, tp atuk tak bergerak..kami semua dah tau atuk akan pergi dalam masa terdekat ni..kami semua redha..tapi atuk je tak tau penyakit atuk yang sebenarnya..panjang umur atuk 91tahun hidup..alhamdulillah atuk pergi dengan tenang..

bersyukur sgt masa family day kat rumah atuk di Tanjung Keling 28 May 2011 semua ada..tengok atuk masa tu pun happy je..lebih2 lagi tengok cicit dia Damia n Dhia..atuk cuba nak dokong dhia tapi tak larat, sbb
dhia debab..pastu dhia nak duduk kat riba atuk pun atuk tak larat..

Dalam kenangan

atuk buat peace tapi aku pulak tak tangkap betul..

seronok atuk tgk cicit


Al-Fatihah..

Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

14 August 2011

Online biz saya ::Princess Baiduri Boutique::

Entry baru sila scroll down ye..
Assalamualaikum dan selamat pagi uolsss..wah lama tol tak update blog ni..skang ni aku membizi kat blog lagi satu..ada benda nk update tp masa lak takde..

sejak kebelakangan nih aku membizi dgn Princess Baiduri Boutique dah lama sebenarnya terpikir nk wat bisness online. tapi tak tercapai akalku nk wat bisness pe..ntah cmne tiba2 je terpikir nk menjual baju budak..dok tanya mr.hubby sama ada dia setuju ke tak..bila dia ckp ok je terus ar aku senyum sampai ketelinga. gi pun aku ni suka sgt baju budak..gi jenjalan memana mesti akan singgah tengok baju budak tak kira lar kat mana pun pstu mesti beli punya.

meh sini aku cerita sejarah terciptanya Princess Baiduri Boutique. pas mr.hubby ckp ok je..aku pun dok ligat lar cari nama pe yg sesuai..tanya gak pendapat kaklong. Pikir punya pikir, cari punya cari dapat lar nama Princess Baiduri Boutique ni.. Nama ni dapat sempena nama anak dara kitaorg..Raja Dhia Nur Baiduri..akhirnya 13 Julai 2011 terciptanya Princess Baiduri Boutique.

memula terpikir nk wat sorang je..pastu kaklong pun nk join skali..aku no hal je..gi pun pape hal aku slalu refer kt dia..dah dua org ni senang skit..tapi tu lar org takde pengalaman dalam bidang ni aku rasa agak susah..sebab tak nampak jalan yg lurus lagi..skang ni masih jalan yang bengkang bengkok..kdg2 aku dah rasa putus asa dah padahal tak sampai sebulan lagi bisness online ni..

mula lar aku mencari motivasi sana sini..dapatkan tips2 org yang berjaya..klu diaorg boleh napa aku tak bolehkan..skang ni dah takleh pandang belakang dah tapi sekali sekala kena toleh gak belakang utk kesedaran..

klu korang free singgah2 lar lawat blog bisness aku ni ye..bagi support taw..:) ni antara koleksi yg ada kt Princess Baiduri Boutique.




nak tgk koleksi lain, nk tau harga, macam mana nak order sila lar klik http://princessbaiduriboutique.blogspot.com/

blog tu masih lagi peringkat permulaan, masih lagi newborn..byk yang perlu penambahbaikkan..

skang ni aku tgh ligat mencari pemborong..klu ada kengkawan yang tau jgn malu jgn segan bagi tau eh..mana tau dgn pertolongan korang ni sedikit sebanyak leh menolong aku yang serba kekurangan nih..ceewwaaahhh!!

::usaha tangga kejayaan..jadi kena usaha lebih keras lagi..caiyookk..caiyookk..::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...