CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 November 2011

My Craft Garden 1st Giveaway

aritu saja jenjalan tengok blog sebab dah boring sangat
pastu terjumpa pulak blog mamaleesyas ni..
mamaleesyas ajak join GA dia.
walaupun dulu aku rajin join GA tapi belum ada rezeki nak menang, pastu jadi malas dah..hehehee
kali ni try la join mana taw ada rezeki pulak kan..


tengok hadiah dia pun buat aku suka sangat..paling suka kotak tisu tu, kalau dapat beg tu pun ok jugak boleh kasi dhia pakai mesti comel :)
Siapa minat boleh la join yerr..klik je kt mana² gambar tu. yang best kalau menang boleh pilih nak  hadiah yang mana.
kalau nak tempah pun boleh juga :)

syarat-syarat pun takde la susah mana pun
  1. Mesti ada blog sendiri atau facebook
  2. Buat satu entry ringkas bertajuk "My Craft Garden 1st Giveaway" dan copy banner giveaway kat atas tu and then link kan ke entry ni ...kalau tak ada blog, war-war kan sahaja tentang giveaway ni di wall FB anda dan kalau boleh tag lah beberapa orang besfren anda ye...
  3. Sila tinggalkan komen beserta dengan email anda supaya senang saya nak hubungi kalau terpilih sebagai pemenang nanti...
  4.  Kena follow ke? hehe...tak kisah, terpulang lah nak follow ke tak....(kalau nak, follow lah seikhlas hati ye...:)
  5. Opps...untuk yang tinggal di Malaysia sahaja ye....( senang nak pos hadiah nanti...;)
  6. Tarikh tutup giveaway adalah pada 17 Disember 2011 tepat jam 12.00 tengah malam...

berkenan sangat dengan crochet dia. 
memang nak tempah pun nak bagi present kt sesorang atau 2orang atau 3orang..hehehehehe..

24 November 2011

Anugerah Lagu Terbaik Yuna Dibatalkan~kesian Yuna~

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.

“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.

Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.



Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.

Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.


Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.

Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.

Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.

“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.

“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya. Metro Online

22 November 2011

sabar pun ada batasnya..

Selagi boleh sabar, kitaorang akan sabar..tp dah lama kot bersabar..dah 2tahun lebih..tp org tu boleh pulak wat muka tak bersalah, muka suci, main sorok2..sampai bila??pusing2 akan jumpa jugak..

Nasib je aritu tak terjumpa dgn ko klu tak memang dah kena soal siasat dgn aku dah..dia mcm leh bau pulak kitaorg kat mana.

Pe yang ko buat ni memang tak fikir masalah dan kesan kat org lain. Pe ko buat ni sikit sebanyak ada kene mengena dgn aku walaupun secara tak langsung. Eh mmg kena mengena la sebab tu suami aku!

Hubby aku ni masih boleh tolak ansur lagi..aku pun tak paham camne dia boleh jadi sesabar mcm tu. Eeeiii rasa nak direct je jumpa terus tp hubby aku nak biar dia je yg settle. So aku hormat keputusan dia

Kalau dari mula dia slow talk cerita pe masalah dia, kitorg akan paham la..kitaorg pun buka la takde hati perut punya orang.ni ko boleh diam wat tak taw je..mcm kitaorg lak ada masalah dgn ko.ko tu yang bermasalah. Tapi dah 2 tahun lebih ko terus ilang, main sorok2.

Ok fine..kat dunia ni ko lepas la seksaan, kat akhirat belum tentu beb!!

Published with Blogger-droid v2.0.1

SYABAS HARIMAU MUDA **akhirnya kalahkan GARUDA

Syabas harimau muda..
Alhamdulillah akhirnya juara milik Malaysia..

aku tengok bola malam tadi sorang-sorang, mr.hubby kerja petang daa..
boring gak tengok sorang² ni..
kalau dia ada sama mesti mulut dia bising..huhuhu

tapi game malam tadi memang buat semua orang sakit jantung di buatnya.
aku macam biasa la hentak² kaki, tepuk² tangan..excited terlebih..hahaha
yang si Dhia pulak dok pelik tengok ibunya tergedix²
pastu kang dhia pun sama tepuk tangan.

kat FB ramai betul orang dok post pasal bola. syok baca!
memang berbaloi betul la Malaysia menang.
teruk betul orang² kat sana tu, dah la tak boleh nak hormat orang kita.
tak sedar diri betul, ingat la sikit Malaysia ni dah banyak bantu rakyat korang kat sini taw!

Dah Malaysia menang tu reti pulak ko diam pastu menangiskan..
masa nyanyi lagu Negaraku xreti pulak ko diam..
 saja je nak dera mental pemain Malaysia..tapi Harimau Muda tak heran lar..

Dah la malas nak komen lagi pasal diaorang tu..
yang penting team Harimau Muda dah buat sebaik dan sehabis mungkin.
memang nampak tema malaysia main sepenuh kudrat yang ada..


::saya bangga jadi rakyat Malaysia::


20 November 2011

dah macam tepung gomak daa...

Ni la aktiviti dhia kalau dah boring..main bedak sampai habis semua bedak dikerjakan.tak cukup letak kat muka, kat kaki pun disapunya jugak. Kdg2 kat rambut pun letak jugak..haiiyaaa ini budak kecik manyak notty taw..


Kalau walid dia ada mmg jadi mangsa buli dhia la..kena paksa jadi baby. Dia wat walid macam baby, mcm aku siap2kan dia kalau lepas mandi.


Letak minyak yu yee kat perut, bedak kat leher badan & kat muka. Pastu letak minyak rambut walaupun walid takde rambut..kuikuikui..


Kalau walid buat tak reti je kena la marah..garang tol kaklong sorang ni. Kalau jaga adik sok tak tau la macam mana.


Kalau walid takde abis semua bear jadi mangsa. Kelakar tgk gelagat dhia..skang ni asyik menyanyi lagu burung kakak tua je. Suara dah la nyaring sakit telinga ibu. Nak tido pun mulut bising nyanyi. Kalau dah senyap tu confirm dah tidoo..


Published with Blogger-droid v2.0.1

18 November 2011

Syabas Harimau Muda 1 vs Garuda 0

yaahhuuuu!!!!
Syabas Harimau Muda!!
akhirnya harimau berjaya baham si garuda yang angkuh tuh..

suka sangat..nasib kali ni diaorg main ok la jugak berbanding lawan kemboja aritu. main ntah apa²..
rasa aku lar kan masa lawan indonesia semalam boleh je banyak gol tapi oleh sebab kecuaian seorang player dah ilang gol.

smlm tengok mmg debar² jantung ni..ye la penentuan utk semi final..hentak² kaki aku nengok..biasa la pompuan nengok bola harus lar excited lain macam..hehehehe..

paling sakit ati bila nyanyi lagu Negaraku diaorg langsung tak hormat siap BOOOO lagi...
pastu kalau baca surat khabar mcm² lar yang diaorg ni gelarkan player harimau muda ni..

aku masih tak paham kenapa coach malaysia kena kuar dari tepi padang tu??part yang tu aku tak tengok sebab tengok bola kejap² sambil update status kat FB..
mlm tadi mmg ramai org update status bola kat FB :)

apa² pun SYABAS!! tak sabar nak tunggu game akan datang :)


Congrats Yana--->>dapat 5A UPSR, Anugerah Tokoh Pelajar & MUMTAZ

Congratulation Yana (kakak) dapat 5A dalam UPSR, Anugerah Tokoh Pelajar dan MUMTAZ..memang semua orang dah jangka Yana boleh dapat score. masa trial pun yana dah dpt 5A kan..

ingat lagi, masa nak exam pertengahan tahun, masa tu cuti sekolah mr.hubby nak bawak adik dia 2 orang yang kecik ni gi zoo sebab diaorg tak pernah pun pergi. tapi Yana tak nak pun pergi sebab asyik baca buku sampai tertido. padahal exam lagi 3minggu. bila yang dihafal tak dapat ingat mesti Yana akan nangis sebab takut tak boleh jawab. dapat B pun nangis jugak.

 
abang, dhia dan Yana

Lepas ni adik ipar yang last (abang) pulak UPSR. abg jangan nak tengok katun main game sgt ek..nanti along botakkan kepala tu..huhuhu..

adik aku pulak aida (dek non) tahun depan SPM..dek non sila la baca buku yer..jgn nak berFB sgt..klu dapat 5A je pun ada hadiah special menanti. kalau 4A kurang special skit la.. mau ka tak mau?? kalau result teruk ko jadi baby sitter anak buah ko je la pakej makan minum semua ditanggung hahahahaaa..

 dek non yang slalu kena buli dengan anak buah :p


11 November 2011

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak

Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..

Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..

Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..

  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!!  Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.

Wallahua’lam
sayang dhia dan adik²..**eh motif adik² insyaallah akan datang :)





10 November 2011

makcik yang sibuk melampau







Tgk la sorang mokcik ni sibuk betul dia. Dah rupa makcik kantin dah ha..makcik kantin tu gelaran kwn kitaorg..camni la rupa dia..hahaha..
Published with Blogger-droid v2.0.1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...