CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 December 2012

Kesedapan BUDU tiada tandingan



macam tak percaya je dhia suka makan budu.

alkisahnya begini----->>>>>>

tengah kitaorg main masak-masak sambil borak² kt dapur, budak kecik ni memang jeles kalau nampak ibu walid berdua-duaan tambah pulak kalau gelak bersama mesti dhia akan kacau dan cuba buat kitaorg layan dia je.

tengah sorang masak, sorang potong bawang&sayur, dhia datang naik atas meja pastu wat sepah. bila ckp jangan buat..dia buat jugak..

hubby pun calit la sikit budu kat mulut dhia ingat nak kenakan dhia..

tiba-tiba dhia ckp "eeemmm daaap la alid"

kitaorg pun pelik..hubby calit lagi skali..

"alid nak agi..nak agi"

bertambah pelik la bila sah mmg dhia suka budu.

masa dinner dhia tak mintak lauk lain. 

"nak sup..sup" kalau benda berkuah mmg dhia panggil sup,termasuk la budu

letak budu gaul rata dgn nasi je. 

punya la berselera 4kali tambah tau makan. tu pun aku dah abis makan bawak semua lauk kt dapur, hubby panggil suruh bawak budu kt depan dhia nak tambah lagi.

tu pun kitaorg laki bini 1st time makan budu dgn nasi kawan hubby yg bagi. kalau makan dgn nasi kerabu tu dah biasa sangat dah. baru tau kesedapan budu tu camne.

esok harinya pun dhia mintak budu..huhuhu..botol kecik tu tahan 3hari je. sebab berturut² makan budu. bila wat lauk lain dhia takmau makan. sabo je la!

last week balik kampung, cerita kt dia dhia suka budu, tp stock budu dah abis. kawan tu belikan 2botol budu. memang mintak dia belikan sama jenis.

jemput dhia terus tunjuk kt dia.. "waaaa....dapnyaa (sedapnya)..anyaknyaa (banyaknya)

kemain suka lagi. terus mintak nak makan nasi dan budu.

kt fb kawan kelantan aku ckp dah tukar kod ke?? hhehehehee bila makan budu terus terasa nak tukar kod&poskod :p

entah macam mana tergerak ati nak google BAHAYA TAK BUDU nak tau klik link tu.

memang tak bahaya langsung malah banyak khasiat :)

::pasni kawe kecek klate lor::

17 December 2012

Nasi Itik Wangsa Maju

Dah lama hubby cakap teringin nak nasi itik..leh kata ari² tau dia mengquek..quek..quek..quek kat aku..
selagi tak dapat gitu la dia..mengalahkan org pompuan mengidam.

sebab kesian taktahan moh la kita cari nasi itik tu.

masa dia post kt fb mana lokasi nak cari nasi itik kt KL, aku pun dok google jugak la sebab sebelum tu dia soh aku google tp aku asyik la lupa. bila dia dah post kt fb harus la aku laju² cari en.google.

hasil carian dapat la aku jumpa kt mana lokasi nasi itik ni kat blog akak fauziah

balik rumah punya la dia excited siap tanya kawan kt mana lokasi sebenar. tapi kitaorg tak dapat nak gi cari pun sebab masa tu hubby kerja pagi dan petang kena pegi minggu gaji sebab masa tu dia kerja malam.

tapi aku pulak tak sabar nak gi sebab tgk kt blog akak fauziah ada macam² selain nasi itik. aku bukan makan pun itik tu. kalau benda pelik² ni memang aku taknak cuba langsung. tak tau kenapa. 

kebetulan jumaat lepas hubby kursus dia abis awal. balik kerja aku tak tau nak masak apa, dia pun tak tau nak masak apa jugak. 

pas maghrib laju² anak beranak siap makan kt luar. bila tanya nak makan kt mana hubby ckp tak tau lagi ikut gerak ati..padahal dalam hati aku dah dapat agak dia nak pi cari nasi itik kt Taman Melati tu.

nasi itik punya pasal sanggup menempuh jalan yg agak sesak sampai dhia tertido lena.

kalau baca blog akak fauziah, kedai Papa Z Nasi Ayam tu seberang Stesyen LRT Taman Melati. 

Dua kali pusing mmg takde kedai Papa Z tu..hubby bukak Map, aku bukak lik blog akak fauziah..tp ikutkan memang dah betul dah.

Bila tengok gambar kedai tu sama dgn kedai yg ada sekarang ni tapi nama je lain. tak ingat nama kedai tu apa. kedai tu takde pun ayam dan itik tergantung. orang pun takde.

hubby tak putus asa dia pusing lagi sekali. dah sah² kedai tu dah tak wujud or dah pindah kt tempat lain.

hubby tanya "tarikh post kt blog tu tahun bila?"

"errr May 2011"

"ermmm dah pindah la kot kedainya, kita cari kedai lain la" nada kecewa disitu huhuhu..

meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju sebab kawan hubby bgtau area situ ada kedai nasi itik..

Finally jumpa la kedainya..TAT NASI AYAM..tu pun dua kali pusing sebab tengok tergantung macam semua ayam je..

kali kedua pusing hubby toleh sekali je dia nampak itik tergantung..
aku mana tau rupa itik tu camne..nampak cam semua ayam je..:p

Tat Nasi Ayam ni sederet Restoran Wahab cendol yang famous. tapi kitaorg tak cuba pun cendol tu.lain kali la ek..

duduk je terus tanya nasi itik ada tak..bila dia cakap ada siap tunjuk menu senyum lebar hubby..

dah dapat duck rice terus jadi duck face..hehehee

kami order Nasi Itik, Nasi Ayam Special (nasi&ayam lebih), Jambu Asam Boi, Milo Ais dan Air Suam total RM 24.70

harga ok, makanan pun sedap sangat². konon aku ambik nasi ayam special sebab nak kongsi dengan dhia. tapi minah tu tengah mamai ngantuk tak nak makan nasi pulak. minum susu pun sikit je. paksa jugak makan 2suap pastu dia wat projek besar pulak..adoiyai nasib la dah abis makan, bau semerbak. kat rumah dok makan banyak pisang. lepas bayar terus gi Petronas. nasib ada spare pampers kt dalam kereta.

14 December 2012

Harimau Malaya Tetap Juara Piala Suzuki AFF 2012


iyeeeaaa memang bagi aku Harimau Malaya juara malam tadi
tak kira la Gajah Putih tu menang..

yang penting Harimau Malaya dah berjuang habis-habisan.
nampak sangat pengadil berat sebelah.

tp ada jugak suara sumbang mambang kt fb, twitter dan kt ofis ni ckp HM main ntah pape..
eh korang ni kalau pandai sangat nape tak main bola.
cakap memang semua org pandai..

ish emo lak aku pepagi ni..mana taknya kalau menang kemain puji-puji
kalau kalah cakap macam-macam..

kemon la bagi la sokongan padu!

Selamanya sokong Harimau Malaya!!

13 December 2012

Weekend at S2 Park, Seremban 2

Boring tak kemana, kami berdua balik la Mantin. Walid kerja petang memang tak dapat kemana la kan. daripada duduk je rumah moh la kita balik kampung dhia..

macam biasa asal balik Mantin je mesti tak reti dok umah, kaki mesti nak merayap gi seremban. selalunya pun weekend atok&uwan dhia gi kenduri kawen. klu dok umah je mau gatal sana-sini..hehehee

memang dah plan balik mantin nak bawak dhia gi S2 Park sebab dah lama tak gi situ. ingat nak tengok wayang tp malas la pulak.

mula² gi Jusco Seremban2 nak beli novel je. tp terbeli pulak kasut..tu la pompuankan tak leh tengok benda cantik. tp memang terlupa langsung nak tengok handbag. Handbag kt Jusco sini banyak choice daripada kt Cheras Selatan ni.

tak leh dok lama kt jusco kang ada je benda merepek aku beli..terus laju-laju ke S2 Park.
dari Jusco dekat je nak ke S2 Park tu. petang² mmg ramai org kt situ jogging, bagi makan ikan, main layang-layang.

tengok ikan dan kura-kura yg kelaparan. ni baru sikit kalau dah baling roti kemain ramai kawan² dia datang makan.

budak yang paling happy. kalau bergambar manjang la buat duck face dia tu..tp comel sgt rasa mcm nak tarik² moncong tu..huhuhu


dua org bibik (adik) yg setia ikut kalau gi memana. senang kalau bwk dua org ni leh jaga dhia. nak shopping pun dengan aman dan tenteram je rasanya :p

ibu pun nak try wat duck face jugek..sama-sama nampak comelkan *kenyitmata*


mari makan cepat!!!!

main belon air. pantang nampak mesti kena beli



kalau dah nampak wajib singgah main. kejap pun jadi la. klu langsung tak bagi main mau menangis tp tak meraung la sebab dhia ni pemalu klu nangis depan org. paling tidak pun air mata je meleleh pastu masam je



yg ni pun sama kena main jugak, paling banyak pun 3kali main.



baby tua kelaparan padahal tak lapar pun, minah ni kan propa lebih. 
gaya mesti over..hahaha 
dah la rasmikan baby chair utk Aqil&Qalef.

mula-mula dhia duduk je kerusi biasa tu pastu uwan la ckp "ala kesiannya dhia duduk mcm tu dudukan dalam baby chair tu"  dhia taknak pun duduk, tp dah uwan&atok ckp byk kali mula la gedik dia sampai tiap kali makan nak duduk dalam baby chair.

pagi ari ahad dah kena balik Balakong sebab nak siapkan Crepe Durian kawan order.


05 December 2012

Atmosphere 360 KL TOWER

sejak dua menjak, tiga menjak ni aku tgk ramai yg singgah blog ni search pasal Restaurant Atmosphere kt KL Tower ni..

bila tengok ramai yang search pasal restaurant ni, aku pun jadi teringin nak makan kt sini lagi.. pleaasee abg bawak dinner pulak eh...heheheee 

dulu gi lunch kat sana kali ni nak try gi dinner lak. tp harga dinner mahal la sebab dpt tengok pemandangan kota metropolitan waktu malam..cantiknyaaa dah tu ada alunan muzik piano dan org menyanyi..waahh lagi la romantik..

tapi..tapi..tapi..harga utk budak mahal sangat la..tak sesuai bawak dhia, RM138 kalau dhia besar dah makan banyak ok la nak bawak..

ni makan nasi lemak seringgit pun lum tentu abis..huhuhu..rugi manyak wooo..

nanti kita dating dinner kt sini ek..*kenyitmata* dlm ati tak sanggup nak tinggalkan dhia..
ibu mithali mcm ni la dok memikirkan anak je *matakeatastangandibahu*



 
 



makanan kt sana memang sedap sangat-sangat, semua sedap..layanan pun bagus.

ms kitaorg dtg lunch dah hampir nak masuk High Tea so waiter yg baik dan pemurah dengan senyuman tu hidangkan semua makanan yg ada atas meja..padahal kt situ buffet.

bayangkan penuh meja. padahal masa tu dah kenyang sangat². tapi dah diaorg ambilkan kena la jamah jugak semua. 

nasib dhia behave sangat sebab gayat dengan ketinggian. kalau dia tak takot mau dia merayau.
 
Atmosphere 360 ada wat promosi untuk krismas dan new year boleh la celebrate new year kat atas KL Tower tu..

utk kitaorg ni tak mampu la nak bayar RM 498 utk dinner dan tengok bunga api kat atas
KL Tower tu.. tengok kt Bukit Ampang cukup la..huhuhu..

korang kena rajin² tengok FB dan website Atmosphere sebab kadang² ada promosi.



 

03 December 2012

Jaga-jaga Jangan Pandang Belakang

Lokasi : Dapur Masterchef Impian
Masa : Tengah Malam Jumaat hujan rintik-rintik air bergelora
Menu : Siapkan Order Crepe Durian

Sedang aku tengah buat kulit crepe durian, si anak kecil main masak² di atas meja belakang si ibu.

Si anak memang suka duduk dapur kalau ibu ada di dapur. Walid tgh kusyuk tengok tv.

Si anak memang suka berlakon dgn bear. konon bear tu anak dia dan dia adalah mama kepada bear. masa tu tengah berlakon nak bagi bear makan ubat.

Ibu membiarkan anak bermain sendirian asalkan tak kacau ibu tengah buat kerja.

tiba-tiba........jeng..jeng..jeng..

Dhia : abang angan (jgn) acau (kacau) adik..

aku pusing tgk dhia..

Dhia : angan (jgn) laaa..iissshhh..

Ibu : dhia kenapa??

Dhia : abang ni acau (kacau) bebear..

Ibu : abang mana pulak ni dhia???

Dhia : tu bakang (belakang) ibu tu... sambil tangan tunjuk blkang aku

Ibu : mana? berpusing tgk belakang

Dhia : tu laaa..ibu tak ampak (nampak) ke? tangan tunjuk lagi kat belakang ibu

Aku pun pusing lagi sekali..memang sah la takde apa²kan.

Ibu : ish dhia ni..mana ada abang..dah tak nak kawan dgn dia..soh dia main jauh².

Dhia senggeh² je la..

Terus aku soh dhia main dengan walid kt depan. meremang jugak la segala bulu yg ado..hahaha

terus aku tutup pintu dapur. masa tu dah kul 11.30pm hujan renyai² lak tu..

penah sekali ari sabtu, tinggal berdua dgn dhia, walid kerja pagi..aku kt dapur tengah masak lunch dhia main kt hall..

dengar dia main kejar-kejar sambil jerit-jerit..bila tanya main dengan siapa. dia jawab kawan kejar. 

selalu klu aku dengar dhia main mcm dgn "seseorang" aku akan panggil dhia.

memang budak peringkat umur cam dhia tu mmg berperangai macam tu ke ek?? imaginasi or mmg ada benda nak "berkawan"

risau lak aku..sbb dari kecik lagi dhia ni mmg mudah benda nak "berkawan" sampai boleh demam.

budak kuat berangan ni..sekarang kena panggil dia kakak..bear jadi adik 
hahahaa apa² je la

27 November 2012

Bila budak kecik pregnant??

 Dhia nak adik tp ibu tak pregnant lagi lambat sangat, so bak sini dhia yg pregnant :p
huuwwaaa....  ~_~


bijak sungguh la budak kecik ni. mana dia tengok entah la.
letak bola dalam baju pastu ckp "bu adik bu adik" sambil usap² perut bola.

gelak sakan aku tengok gelagat dhia ni..pastu posing paksa ibu ambik gambar
layankan aja la..oh minah ni kaki bergambar. buat apa saja skit2 suruh tangkap gambar klu tak layan kena marah..huhuhu garang benar awak ni.

Bila aku baring, dhia suka baring letak telinga kt perut dan gelak² bila perut aku berbunyi dia cakap "adik bunyi" hahhaaaa...

nampak tak dhia sebenarnya nak adik sangat..tp datang mood tak berapa baik sangat sebut je nak baby ke tak? laju je geleng buat muka garang dan cakap jerit taknak..

ibu awak ni dhia confuse kadang² awk nak adik kadang² taknak..

tapi weolls percaya klu ada adik betul² dhia akan sayang sepenuh hati. sebab klu jumpa baby dhia suka sangat dan cium banyak kali.
 

22 November 2012

Benda alah apa nii??



dah banyak kali perasan apasal la keluar box tu. bila click Yes or No mesti terus pegi website dia.

Persoalan, macam mana nak buang benda alah tu??

19 November 2012

Anak Bapak


 kesayanganku :)

dhia mmg anak walid..boleh dikatakan banyak ikut walid.
kadang² tido pun sytle sama diaorg ni..klu walid tangan angkat sebelah,kaki peluk bantal dhia pun sama. sempat jugak la snap pic tunjuk kt diaorg..huhuhu

makan,minum, duduk jgn ckp lagi la sama. kalau duduk ke baring sambil minum susu mesti kaki bersilang mcm senang ati.

cakap dlm telefon pun sama gaya mesti lebih.

tang garang tu ikut ibu la kot..hahaha..pandai ajuk ckp org ni..klu ibu marah dia marah balik. garang camne pun tetap tak takut dengan ibu. takot dgn walid je tu pun tau klu walid betul² marah or main².

suka tolong kt dapur. klu kita masak nak tumbuk bawang ke mesti dhia nak tolong tumbukkan. tp takde la kasi tumbuk bawang tu kang menangis pulak. kasi tumbuk bawang putih je. 

kalau ibu buat kek mesti nak tolong jugak dan tak menyabar nak tunggu hasil kek menggebu. besar sikit leh tolong ibu buat kek betul² ye..:)

tang kuat berjalan tu ikut ibu la..:) 

sekarang ni klu berjalan berdua mmg senang nak handle dhia. dulu terasa susahnya  la nak jalan berdua. skang ni asal walid kerja je weekend mesti dhia ajak gi Jusco pastu ajak beli air Chatime. bukan nak membeli sangat pun kat Jusco tu,kalau weekend dok umah je boleh buat aku sakit kepala..(alasan org kaki jln mmg camtu..huhuhu) tp klu dah jalan ke sana mana mungkin xbeli pape ^_^

 

23 October 2012

Budak bertuah niiii....

Tengok la gaya budak bertuah ni..ada je benda dia nak buat..
kuat menyakat ibu pulak tu..kadang² sampai ibu pun tak tahan kena sakat dek anak ni..

tengok la tu seluar ibu pun dia sarung pastu posing soh ambik gambar.
tang bergambar, berposing tu memang ikut ibu la..hehehehee tp masa zaman bujang je gila bergambar dah kawen ni dah kurang dah mengedix 
depan camera :D
tapi tang menyakat ikut walid..

huwaaa...ibu sorang je takde siapa nak backup kalau kena buli dgn 
duaorg kesayangan ni :(

03 October 2012

Rajin ke dapur


dhia sekarang ni memang suka kalau aku buat kek
dia rajin menolong, kalau masak pun macam tu jugak
dia pun sibuk kat dapur nak tolong
 tapi ada jugak tolong menyibuk sampai geram dibuatnya

sekarang ni kalau hantar gi school dhia mintak nak gi kedai beli muffin utk breakfast
hari² dia singgah warung makcik tu. 1st day aku beli 3biji muffin je
balik tanya teacher, abis dia makan..

2nd day aku beli 6biji, pun abis jugak. siap aku pesan lagi nanti kalau kawan nak bagi tau
tapi teacher dia cakap dia tak bagi kawan pun sebab abis dia makan.

dah ari² asyik nak gi beli muffin je. kalau aku lambat pun menangis2 nak gi beli jugak.

kat rumah memang lengkap bahan nak wat muffin coklat, ari sabtu bangun je pagi dhia ajak wat kek..tapi masa tu tengah malas. ingat nak tunggu dhia tido baru buat.

tengahari dhia tido aku pun gi la dapur mulakan operasi..dah siap bancuh tau² dhia bangun kata nak tolong. aku mintak dhia tolong letak chips more dalam muffin tu. 

biasa la dhia yang hantu coklat ni..satu chipsmore letak kat muffin, 4biji masuk mulut..selang seli dia wat camtu..

bila tengah kukus, tak sabar asyik tanya "bu nak kek, nak kek"

bila dah siap tanya nak ke tak..tapi tak nak pulak nak bawak gi school.
dapat banyak jugak muffin sebab aku guna cup yang kecik

3hari jugak la dhia bawak bekal muffin..2nd day tu teacher bgtau, dia tanya dhia ibu beli ke buat, dhia cakap buat. kali ni dhia bagi kat bff dia qaseh..sebab dia tanya ibu buat tu yg kasi kawan. kalau beli dapat sikit nanti tak cukup..huhuhu



05 September 2012

Virus terbaru menyerang

aku diserang virus yang sangat-sangat dahsyat. sampai doktor, pawang, bomoh, bidan, dan sewaktu dengannya tak tau apa punca penyakit aku ni..

aku macam menjadi orang lain, bukan diri aku! susah nak terangkan la! tapi hanya aku sorang je yang tau apa virus ni. tapi ramai tak percaya.

harap tak lama lagi aku sembuh dari virus ni..doakan aku tau.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



 
sebenarnyakan virus yang melanda diri aku ni ialah virus MALAS TERAMAT NAK UPDATE BLOG...hahahahaaaaa..Lu Kena Beb!!

banyak gila entry tertangguh tapi sebab MALAS yang tahap max ni apa pun tak jalan. semua benda la aku malas. padahal kat ofis dah tak busy pun lepas raya lagi aku boring meja clean n clear je. 

harap penyakit MALAS ni akan sembuh tak lama lagi..:)

14 August 2012

Dhia dah beraya dulu

anak dara kitaorg ni dah tak sabar nak beraya.
kalau cuti biasanya dhia akan bangun sahur. dalam pukul 11am baru 
berbuka mintak susu..huhuhu..
tapi bila tanya "dhia puasa tak harini?" 
"puace la bu"

kitaorg beli baju raya sebelum puasa. beli je baju kurung suruh dhia pakai. tapi minah ni ketot, baju kena la aku jahit supaya pendek skit. bila dah siap jahit, hari-hari tanya "mana baju raya ya" hari-hari nak pegang pastu siap puji sendiri "antikkan baju ya"

kalau ibu walid tak jawab cantik mesti dhia marah..huhuhu..macam² dhia ni tau

setiap kali nak keluar rumah mesti dhia tak sabar nak pakai kasut raya. 
bila kitaorg suruh simpan dulu pakai raya nanti mula la merajuk la buat perangai la.
Dhia ni jenis tak menyabar kalau dapat benda baru.

balik petang semalam, tau² je dhia dah wat catwalk pakai kasut raya..
dah tu empatpolempat kali tanya "antik tak, antik tak"

mlm td pulak tengah aku dok tengok tv, dhia wat projek sorang² dlm bilik. dengar dia tutup pintu, aku pun pi la tinjau sebab minah ni kalau sorang² ada la benda dia nak buat

rupanya dia dah pakai baju kurung kakak damia (cousin) dia kasi tahun lepas. tahun lepas baju tu tak muat lagi. ni baru muat pakai tapi tang kain sendat teramat sebab dhia ni perut, montot dan peha mantop..huhuhu kakak damia dia keding je.

berpeluh² dhia nak pakai kain..kesian nak kasi pakai kain tu nnti senak pulak perut tu.
tapi dhia nak jugak pakai. bila dah pakai suruh pulak ibu tangkap gambar tak menyabar belum ambik camera dah posing².
dahtu asyik nak salam siap cakap "camat ari raya" hahaha sungguh comel la kamu ni

tengok la kemain lagi posing². tiba² terasa cepat sangat dhia ni membesar lar..
ramai geram tengok pic yang tengah² tu.

bila dah habis sesi bergambar, nak suruh bukak balik kemain la susah. ada ke nak bawak tido taknak tukar baju. puas la pujuk mcm² cakap baru nak tukar.

thn ni dhia excited nak pakai baju kurung maybe sebab dah besar. klu dulu tak suka sgt.
dah la aritu beli baju kurung selai je yg banyak dress lar.nampaknya kena cari lagi selai la baju kurung.

Diskaun Tol dan Jadual Perjalanan Hari Raya Aidilfitri 2012





waaahhh mood raya sudah mari.. nak buat kerja pun dah tak tentu arah dah ni. lagu raya sana sini org pasang :)

Berita gembira bila ada diskaun tol. Untung untuk orang yang nak pulang ke kampung jauh-jauh tu. Dan untuk siapa pulang ke kampung kena ikut jugak jadual perjalanan yang pihak PLUS sediakan ni bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Untuk kami yang kampung dua-dua belah teramat la dekat ni takde la masalah sangat. 

kampung Hubby kt Banting, sejak ada highway nak ke banting ni aku dah tak pening kepala dah duduk dalam kereta. kalau dulu nak sampai ke banting kena ikut Dengkil makan masa sejam lebih. ni dah ada highway sejam je dah sampai pastu jalan lurus je.

kampung aku lak kat Mantin je. Mantin tu dekat dengan Seremban dan Nilai.
Sejak ada highway LEKAS ni memang lekas sangat la sampai ke Mantin bayar duit tol je la.
tiap-tiap minggu leh balik.


::tak sabar nak cuti raya..jumaat ni dah start cuti..yeaaaa::

01 August 2012

Kena dera ~~masak kepala sembilang~~

Sensitif sungguh tajuk..kemain kena dera lagi...hahahaha..tp memang betul pun kena dera sebab paksaan.

Semalam hubby tanya boleh tak tolong masak asam pedas ikan sembilang utk berbuka petang nanti.
Aku pun ok je la. Nanti balik umah takyah fenin kepala nk masak apa utk dia.

Sampai je umah, tengok hubby tgh mengemas umah alihkan  tv dan sofa. Aku pun terus mandi &solat.

Dah selesai semua, masuk ke dapur nak mula masak. Nampak kat singki "eh amende yg besar sgt ni" ckp dlm ati je la. Skali aku bukak plastik terus menjerit "aaaabbbggg besarnya kepala ikan ni" tercampak ikan tu dlm singki.

Laki aku bantai gelak. "apsal abg gi beli kepala ikan sembilang ni besar sangat?eee geli la"

"Takde apa la yang, masak je macam biasa"

Errr masalahnya 1st time aku masak ikan ni. Biasa tgk dah masak dan kecik je ok la. Ni bapak punya besar..

  Besarkan..bagi aku yg mmg tak makan dan geli memang nampak besar sgt

 Tengok tang bibir dia lagi la aku geli..hahahaaa
Laki aku ckp "ok la tu bibir mcm justin bieber"

Banyak kali proses nak membasuh ikan ni terbantut. Geli sangat la nak pegangnya..bila nak pegang je nampak misai dia terus lari kedepan..

Masuk balik ke dapur terbalikkan ikan tu guna sudu nampak lak bibir dia camtu bertambah geli dibuatnya.

Paksa jugak hubby basuhkan ikan ni bersih2. Kalau tak tolong tak mau masak...ceeehhh main ugut2 lak kan..siapa suruh dia kenakan aku.huhuhu

Memang cabaran betul la. Bila nak masuk dlm periuk lagi satu hal. Camne pulak aku nak pegang ni. Geli punya pasal aku pegang tang misai dia. Tu pun banyak kali jatuh sebab berat sgt.

Bila dah berjaya masak, ikan tu dah tukar rupa dah kecut skit baru la aku tak geli sangat nak tengok. 

 
Taraa dah siap pun asam pedas ikan sembilang..rupanya mmg tak cantik tapi rasanya perrgghhh sedap..hahahaaa..aku ambik kuah je. Dhia punya la suka sampai 3kali tambah nasi.

Pasni kalau soh masak lagi ikan sembilang ni tak tu la camne. Hubby ckp "takpe la belajar pelan2, nnti sama mcm mak boleh masak tp tak makan"
posted from Bloggeroid

26 July 2012

Bonus Raya 2012

PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500. (Berita Harian)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah dapat jugak merasa tahun ni duit raya. Setengah bulan gaji pun tetap bersyukur.

Kena beringat untuk menyimpan. Aku dah takde nafsu nak beli apa-apa buat masa ni. Kalau ikut nafsu memang binasa.  

Tapi ada target nak beli rumah. Tapi banyak sangat persoalan dan tanda 
tanya ???


Bonus Raya ----->>> 9 Ogos 2012
Gaji Ogos ------->>> 13 Ogos 2012
Gaji September ------>>> 25 September 2012

perrgghhh nak menunggu gaji September tu sebulan lebih woooo...

Pesanan kepada adik beradik, sanak saudara duit raya adalah seperti biasa dan bukan luar biasa HARAP MAKLUM!! ^_*
 

25 July 2012

Bengang dengan PTPTN

oleh sebab aku tengah bengang + hot dengan PTPTN, entry coti² kat Pulau Lang kena hold dulu.

sebelum ni aku dah bayar skit kat PTPTN ada baki lagi sikit. ni bila dah ada ongkosnya nak bayar abis la. dah takmau tido malam mimpi org kutip duit padahal tido mimpi indah je. pasni tengok iklan PTPTN kat tv tu pun dah tak terasa dah atau terus tukar channel lain..hahaha yg ni betul ok!

19/6/2012 aku pun fax la Borang Permohonan Baki Pinjaman. Janji 7hari bekerja dia akan email atau hantar surat. Tunggu punya tunggu takde pun suratnya. ujung bulan 6 aku call lagi kt nombor Call Center pegawai yg jawab tu cakap masih dalam proses nanti dia akan hantar surat or email. ok la aku tunggu je lagi.

masuk bulan julai, still takde lagi..pastu aku pun dah lupa pasal surat ni sebab aku gi bercuti, dan busy dengan mcm² hal. bila dah teringat ari² check email dan suruh hubby tengok mail box ada tak surat tu. tapi takde jugak. aku try call tapi takde org angkat. 
sebelum bulan puasa memang aku busy dengan kerja, jadi takde masa nak call ari². tiba² aku terpikir kalau aku tak abiskan utang tu mesti kos pentadbiran dia kira untuk bulan julai, sedangkan aku dah mintak dari bulan jun lagi.

aku pun bersunggut la kt hubby, ikutkan dia soh aku bagi nombor PTPTN tu kat dia biar dia je yang tanyakan. tapi aku takmau la biar la aku je call dan dia tolong bayarkan huhuhu..

semalam 24/7 aku call lagi tapi tak dapat jugak ckp dgn customer service. pagi tadi aku call baru dapat cakap. dia bagi aku nombor Unit Lejar Pinjaman. bila aku call unit Lejar dia semak memang dah dapat dah borang yang aku fax tu. dia kata patutnya aku dah dapat dah surat tu dalam tempoh 7hari bekerja. tapi memang aku tak dapat sebrang surat atau email. dan dia soh aku call Bahagian Ujrah pulak sebab pinjaman aku tahun 2004 ujrah yang uruskan.


aku pun call Bhg Ujrah. bagi nama dan i/c diaorg check. 
pegawai tu tanya aku 

"cik memang tak dapat lagi ke surat tu"

"memang tak dapat lagi sebab tu saya telefon"

"sebentar ye cik saya semak"


10minit jugak la aku tunggu. dan dengar la apa yg diaorg runggutkan. yang aku dengar perbualan antara diaorg la "kenapa dia baru call sekarang sedangkan dia dah fax 19/6 ke dia fax 19/7" yang sorang ni jawab pulak "aku dah check memang dia fax 19/6" 


sambil pegawai tu semak agaknya dia tak tutup telefon tu aku dengan boringnya dengar la diaorg cerita lagi "ada org ni marah la bln lepas dia dah bayar abis tapi bln ni ada la baki utang dia" yg sorang ni pulak jwb "siapa suruh dia bayar tanpa mintak surat baki pinjaman memang la dia bayar bukan baki sebenar hutang dia" yang tadi tu jawab pulak "dia mmg taknak bayar baki ni macam mana"


pastu aku dah tak dgr dah. pegawai yang semak aku punya tu namanya Cik Ana. dah nak 15minit aku tunggu baru dia cakap "takpe la bagi saya nombor hp nanti saya call semula" dlm ati dah ckp dah klu dari tadi dia ckp camtu kan senang.


10minit pastu baru dia call aku.


ptptn: saya dah terima pada 20/6/12 dan saya call banyak kali tapi tak angkat

me : bila awak call saya?


ptptn : 20hb la saya call

me : call sekali je?

ptpn : 4kali saya call

me : awk call satu hari tu je ke, lain hari tak cuba lagi

ptptn : ha'ah call sehari tu je, sebab sy banyak lagi kerja nak buat

me : ni private number, takde pulak saya dpt miss call nombor ni dan kalau sekali mungkin sy tak perasan, tp awak ckp dah call 4 kali tak mungkin sy tak perasan. sebab tu waktu bekerja hp memang sentiasa dengan saya.

ptptn : oh ni private number ye

me : iye yg keluar kt hp sy ni private number 

ptptn : saya call tu sebab nak tanya alamat email yg betul sebab saya hantar email tapi tak lepas. sebab bila fax alamat email tu saya tak perasan i atau L

aku dah macam nak marah tapi tahan je la..bulan puasa katakan..

me : boleh bgtau saya berapa baki hutang saya?

ptptn : saya kena kira semula sebab yg ada ni hanya setakat 30 jun.

me : jadi baki saya utk julai ni bertambah la kos pentadbiran? sedangkan saya mintak tu dari bulan 6 lagi.

ptptn : iye cik baki utk bulan ni bertambah. tapi tak banyak pun dalam berapa je.

me: tak banyak pun tetap duit (suara aku sikit tinggi, sikit je)

terus terdiam dia.

3minit aku diam, nak cool down dan berfikir.

me : ok la mcm ni boleh hantar email tu harini jugak

ptptn : ok boleh, cik bg saya email, nnti bila saya dah email saya call cik balik.

aku pun bagi la email ofis dan gmail.

tak lama lepas tu dia call balik tanya dah dapat  belum. aku terus check email dah dapat pun.

kena bayar sebelum 31hb ni. dia suruh aku gi bayar kat Ibu Pejabat PTPTN atau One Stop Center kt KL Sentral kalau aku bayar kat bank takut proses bank ke PTPTN makan masa. kena tanya hubby bila dia free leh bawak aku gi sana. 

teringat kisah dulu, baru abis belajar memang aku lambat dapat kerja. hampir setahun tanam anggur kat rumah, lepas tu kerja jadi Customer Service kedai Menjahit Epal kat Terminal 1 Seremban, beberapa bulan je aku pastu berhenti kerja sambilan pulak kat Perangkaan Seremban. yang kat perangkaan ni kerja sampai dapat kerja tetap Setiausaha.

PTPTN pulak kena bayar lepas 6bln abis belajar. bila aku dah kerja customer service tu gaji ciput, bayar je la tiap bulan rm50 daripada tak bayarkan. tapi beberapa kali je aku bayar sebab masa tu mana reti CIMBcliks ke Maybank2u ke. kena bayar kt kaunter bank.
bila dah macam tu slalu la lupa nak bayar. 

bila dah dapat kerja tetap pun aku bayar jugak. tau² je aku dapat surat suruh bayar habis dalam tempoh 14hari dari tarikh surat kalau tidak kena masuk mahkamah.

dapat je surat tu aku rasa nak nangis bila baca perkataan MAHKAMAH tu. dah la dapat surat tu pun lambat dah lepas pun tempoh 14hari tu. tapi aku tak bagi tau mama papa pun benda ni. kalau aku bagitau pun diaorg tak leh nak tolong dan aku tak akan menyusahkan diaorg.

memang takut masa tu tapi aku biarkan je..lama2 aku lupa pasal surat mahkamah tu. tunggu punya tunggu takde pulak surat suh aku gi mahkamah.

memang kejam la klu betul aku kena gi mahkamah. lain la aku tak bayar langsung, aku bayar walaupun jumlah tu kurang dari sepatutnya aku bayar.

bila jadi macam ni mula la aku menyumpah seranah kat PTPTN hantar surat saman kemain laju lagi, ni kita nak bayar punya la susah macam la kita ni nak meminjam pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...