CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 February 2011

yaaahooooo!!! it's time to.....

Assalamualaikum,

 yea..yea..arini ari jumaat...:) senyum lebar yer..hehehe taw ar sok dah cuti 2ari..harus lar sukakan..and paling syoknye lagi 3ari je lagi mr.hubby nk lik..tak sabarnye..dhia n ibu rindu sgt walid..sampai dhia demam-demam rindu..ni pun dhia tak elok lagi dari batuk n selsema..sian anak ibu..
 
petang ni pas kerja aku lik umah dulu siap-siap apa yang patut baru ambik dhia dan terus zzaaasss lik kampung..nasib kampung aku tak jauh mana pun 20minit ikut LEKAS sampai lar..harap-harap dhia dapat lar duduk dengan senyap dan pandai bawak diri..owh ye carseat dhia kitaorg dah letak kat tempat duduk belakang..mr.hubby kata bahaya kalau nk letak kt depan..tp aku macam musykil je lar..boleh ke dhia dok sorang2 kat belakang..kalau stakat dari rumah ke taska ok lar dhia dok diam je sebab dekat sangat..sebelum ni dhia dok sebelah driver, so klu aku tengah drive dhia merengkek ke nk mainan ke senang aku capai je..ni dah dok balakang agak susah lar..takpe lar tawakal je lar..

dhia sejak walid takde ni good girl sgt2..tak meragam pun..tido awal, bawak masuk bilik minum susu terus lena..dhia macam paham je pesan walid jgn notty, jgn buat perangai and dengar cakap ibu..
dalam kepala ni dah plan dah aktiviti pe nk wat..sok nk gi giant sebab giant tengah promotion Baby Fair dari 25/02/2011 sampai 27/02/2011 nk beli susu and pampes dhia mmg murah sangat lar..oleh kerana murah kena lar berbelanja dengan berhemah, kena beli 2-3 tin untuk wat stok..bukan senang susu dhia nk dapat murah dengan harga camtu.  pstu nk cari hadiah kawen untuk afina..tak decide lagi nk beli apa..ahad pas kenduri terus lik IE..





21 February 2011

"Ditinggalkan..."

Selamat pagi semua!!

Wah terasa cm cikgu berucap kat murid-murid la pulak..rindu zaman sekolah...:)

Nak tau tak ari jumaat lepas 18/02/2011 kami "ditinggalkan" oleh mr.hubby/walid sampai 28/02/2011 kerana "BERHIDMAT UNTUK NEGARA" la apa lagi..waaa...sangat lama..tak pernah taw selama kawen nih berjauhan lama camni..

Dhia cam tau2 je walid nk gi jauh dan "tinggalkan" dhia lama..dhia manja sgt malam tu peluk je walid, tido pun nk berdukong sambil peluk walid taknak lepas..malam tu pun dhia tak tido lena asyik merenggek je..6.15am dah kena kejutkan dhia sebab 6.30am walid dah kena gerak gi ofis..masa walid nk gi dhia cam nak nangis nak ikut walid ibu pun sama :p..mana boleh sayang, walid gi kerja lar..

aku malas nk drive lik kampung, sebab 27/02/2011 kawan sekolah aku Afina nk kawen so malas ar tiap2 minggu nk balik nanti nak angkut barang lagi dengan berdua je dgn dhia..ikut nasib lar klu mood dhia ok, tenang lar aku drive. klu mood dia tak ok mmg aku jd kelam kelibut dibuatnye..


Oleh sebab aku malas tak balik kampung, aku soh paksa my 'BFF' Dyla and Afien datang umh temankan aku n dhia..Dyla datang petang sabtu, Afien lak datang pagi ahad..Dhia punya lar suka aunty2 dia datang bukan main manja lagi..asyik nk dokong je dgn diaorg..lupa lar kejap kat walid dia..masa nak tunggu dyla datang petang sabtu tu..dhia dah tak leh dok diam dah, asyik merenggek je pstu tunjuk pintu nk ajak keluar lar tu..bila ambik hp aku, dia tengok gambar walid asyik cium je banyak kali..rindu rupanya..bila walid call, cakap pun sikit2 je..jual mahal lar pulak..


ahad lagi meriah sebab afien sampai..pepagi aku bawak diarog gi beli sarapan, berseri-seri muka dhia dapat keluar umh..owh sekarang anak dara aku nih dah reti mntak keluar umah..kalau weekend dok teperap kat umah je mesti dia merenggek-renggek tunjuk pintu and ambik kasut nak pakai..kalau mr.hubby takde mmg aku tak akan keluar umah lar..tak berani lar nak gi memana berdua je..


tengahari kitaorg main masak-masak..best tol dah lama tak jumpa diaorg..biasa lar kalau jumpa tu memasing harus lar update cerita and gosip-gosip..hehehe..


Afien lik dalam kul 5 lebey, masa afien nk balik dhia nk ikut pulak..nasib aku ambik dia nak..Dyla lak balil 6.30pm..dhia nampak aunty dyla keluar umh nk tutup pintu grill dia menangis meronta-ronta nak ikut..bila aku tutup pintu dah tak nampak muka dyla lagi lar dia menangis..kesian pulak aku nengok..dhia skang ni dah pandai boring ar..nk berkawan..bis tu nak wat camne..ibu&walid lum boleh bagi dhia kawan lagi..sabar yer sayang..

puas pujuk wat susu terus tido, penat main agaknye dahtu kurang tido..kol 9.30pm dhia jaga, aku lak tengah sakit kepala ntah napa dah 2ari sakit kepala makan ubat pun tak jalan gak..aku bukak lappy pasang zikir and tunjuk kt dhia pic walid..senyum-senyum dhia sambil tunjuk pic walid..


pagi tadi dhia merengek sikit je lar..tapi masih boleh control..harap2 sepanjang walid takde ni dhia tak banyak lar ragam and kerenah..aku risau dhia demam je..sebab start ptg semalam badan dia dah hangat-hangat..pastu batuk and selsema.


cepat lar ari jumaat...aku nk balik kampung nih..nanti dhia pun takde lar boring sangat bleh ar dhia bully umie and atok dia..hehheee..sonang kojo den:)


::rindunyee kat abang..lagi 7ari lamanya..penantian sungguh menyiksakan..::



14 February 2011

14 Februari--> Hari Kekasih - Laluan Kemungkaran

 Untuk renungan kita bersama...

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.
 

Menyimpang
Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.

Asal-usul Hari Kekasih
Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.



Artikel iluvislam.com

::bagi aku tak perlu tunggu 14 Februari untuk tunjuk kasih sayang or sambut hari berkasih sayang..ari-ari pun hari kekasih per..tak perlu tunggu 14 Februari maaa....::



10 February 2011

susu VS adik


Salam,
Haa..ambik ko arinih dah 3post dah...ni lar akibat kalau terlebih rajin..(mentang2 bos takde huhuhu)

Ari isnin pepagi lagi aku dah berangin dah..kul 8am dapat msg dr pengetua/guru besar dhia, bgtau soh antar susu dhia..aku pun cepat2 lar tepon mr.hubby soh antar susu..nasib lar mr.hubby keja petang minggu nih kalau tak setengah jam lar nak tunggu aku sampai dari offis ke taska..tak lama tu Kak Su (pengetua dhia) call tnya dapat sms tak..aku pun pe lagi..

Begini lar dialog aku dgn Kak Su..

Kak Su: Farhana dapat tak sms akak?
Aku : dapat..kejap lagi suami sy hantar..kenapa tak bagi tau pun susu dah habis?
Kak Su: eh Lela (teacher dhia) takde ke bagi tau?
Aku: selalu kalau susu dah nak habis mmg bagi tau..tapi yang ni takde pun bagi tau..kalau bagi tau msti saya bawak..
Kak Su: oooyeke..ni Lela cuti dua hari ni..isnin dengan selasa dia cuti..dia lupa bagitau lar tu..
Aku: takpe lar kak jap lagi sampai lar suami saya tu..nasib suami saya ada kat rumah..kalau suami saya takde setengah jam baru saya sampai sana dr ofis..lain kali kena lar bgtau awal2 bnda2 macam ni..
Kak Su: ye la..dhia minum susu apa farhana?
Aku: mamil..(aku dah malas nk layan dah)
Kak Su: nanti nk beli kat mana susu tu?
Aku: susu dhia tu kt kedai kawasan kita tu tak de jual cuma ada jual kat Speedmart 99 je..
Kak Su: ooo kedai kt depan jalan nak masuk taman tu ye...kalau dah tau kat situ nnti boleh lar beli kat situ kalau dah abis..

Dalam ati aku berkata-kata kalau lar time tu susu mmg dah abis, pstu lupa bagtau..diaorg nk beli kt Speedmart tu nk kena tunggu kedai bukak kul10am..dah lar kengkawan dhia takde minum susu yg sama kalau tak leh ar pinjam nnti ganti ler balik..

Ish aku bab2 anak ni mmg lar cukup ambik berat..setakat ini tak pernah lar lupa kalau diaorg ckp susu dah nk abis ke pampes dah nk abis ke..msti aku bawak punya..sbb bnda2 tu sume mmg kt umh ada siap stock beli banyak2..botol susu sume aku tak pernah ler lupa bawak ari2..ms mula2 hantar dulu diaorg ada tnya botol susu nak tinggal situ ke nk bawak balik ari2..aku nk bawak balik ari2..balik je dari jemput dhia msti aku basuh bersih2 botol susu, botol minum dgn pinggan makan dhia..kat school dhia guna botol MAM yang bawah leh bukak..kalau basuh mmg kena bukak suma n kena cuci part2 tu bersih-bersih..makanan dhia pun slalu aku bawak bekal kecuali kalau tak sempat je lar walaupun kt situ mmg ada sediakan makanan..

aku mmg payah skit nk percaya kt org bab2 kebersihan anak ni..kalau aku balik kampong ke jarang sekali aku soh adik2 aku basuhkan botol susu melainkan dhia tengah meragam..mandikan pun tak pernah soh org lain even mak aku or MIL..masa dalam pantang lepas seminggu aku mandikan dhia sendiri..ms tu mr.hubby dah ajar lar cara-cara nak mandikan bayi nih..(mujur mr.hubby pun ada pengalaman menjaga baby sebab adik2 dia ramai oooo...) mula2 takot jugak..ye lar dengan bayi baru lahir yg lembut lagi dengan aku takde pengalaman..mak aku mmg takot ar nk mandi budak nih..sbb mak aku dulu kitaorg adik beradik sume arwah wan yang bereskan..sebab tu mak aku tak berapa tau sangat..makanan dlm pantang pun aku banyak tanya mak mertua dengan kawan2 ofis..kalau tnya mak aku suma leh makan..hehehe..cuma ms aku balik umh mertua dalam pantang sebab kena berurut tu je lar mak mertua aku yg mandikan dan uruskan dhia..

Semalam jemput dhia, cam biasa teacher Ros yg antar dhia..dhia mmg suka sgt dengan teacher Ros,  aku pun pekenan cara Ros  jaga dhia..lagi pun dhia dah serasi agaknye dengan Ros tu mana taknye dari start antar dhia kat taska 7bulan Ros yang jaga dhia..tp bila dhia dah setahun teacher Lela yang jaga dhia pulak..mula2 aku heran gak napa lar dhia ni cam budak tak siap je petang2 aku jemput dia..dengan comotnye..kalau mkn tu mulut cm tak basuh..rambut tak letak minyak..takde bau wangi pun..kadang2 time aku jemput tu dhia mmg dah “beyak” dah tapi tak basuh..sampai dah kering dah “beyak” dia taw..dah 3kali jugak lar..masa Ros jaga dhia takde pun camtu..mr.hubby soh bgtau diaorg..tapi aku takmau sebab takut nnti kalau aku bagitau terasa ati pulak nnti kang dia babab dhia ke..

Penah gak lar hint2 tanya kt Lela tu “dhia ni tak pakai minyak rambut ke”..(sebab rambut tu takde bau pun minyak yg aku bgtu..tp dia ckp letak..bila tnya “kenapa mulut dhia comot je”..”dah basuh dah tadi kak, tapi dhia ni tak reti dok diam” aku diam je ar..nama pun budak mmg ar takreti dok diam..kalau dah basuh mulut tu takkan ar rupa cam tak basuh je..

Ni dah 3 ari teacher Ros yang jaga dhia mmg aku suka sgt ar...dhia pun bertambah suka lar...kalau nk balik tu siap “bye..bye” lagi..pstu asyik tergelak dengan senyum je..kalau dengan teacher Lela dia jangan harap dhia nk bye..kadang2 tak pandang pun..sibuk dok intai teacher Ros dia kat dalam..

Ros bagitau semalam dhia suka dengan baby..ada baby baru masuk..dhia main cak-cak dengan baby tu..siap usik2..aku risau je dhia geram ke nk gigit ke baby tu tapi Ros kata takde pulak dhia geram ke hapa elok je dia main2 dengan baby..owh penyanyang rupanye anak aku nih..msti ar kan like mother like daughter ar..hehehe..dhia paling suka jmpa baby msti dia akan cium banyak kali..so sweeettt lar anak ibu nih..:)

Aku tnye dhia “dhia nak adik ke?” Ros ckp “ha dhia mintak mintak ibu adik”...tersengih2 dhia...hehehhe...balik je umh terus call mr.hubby bg tau..dia pun gelak sakan lar..boleh pulak mr.hubby ckp “dhia cam dah bersedia je nk adik..sebabkan kt umh dia macam boring je main sorang2..tapi kalau nk bagi dia adik pun kesian, tak bagi adik pun kesian kt dhia..sebab kurang kasih sayang nnti...dhia kan manja sangat..” lega aku bila mr.hubby ckp cmtu..sbb aku lum nk lagi tambah..sebab bia dhia besar 3thn ke..tambah pulak dhia ni jenis manja sesangat..tp kadang2 kesian jugak sbb dia cam boring tau klu kt umh sorang2..kalau dah rezeki nk bagi  wat masa skang ni aku tak penah tolak pun..:)

dhia minum susu ni..dari step 1 sampai step 3



basuh botol msti guna benda alah nih baru bersih..bukan guna sabun pinggan mangkuk ye puan-puan..:)


botol MAM yang sangat best..(eh macam aku lak yg isap botol heheh..)
Dhia yang mungkin nak adik..ni lar pic yg aku letak kt dekstop ms mengandungkan dhia..ada skit sama lar tang mata itam yang bolat besar...

saya pemandu berhemah


hye uolls...
isnin lepas dpt email dr myeg.com.my bg tau keta aku takde kena saman pun so leh renew roadtax..sy kan pemandu berhemah hehehe..kalau rasa2 terbawak keta laju skit je msti aku check..mana tau kena saman ke..stakat ni belum lagi penah menghabiskan duit pi bayaq saman..:) sebenarnya aku pun dah lupa roadtax keta aku mati bila..bila dpt email tu baru ar teringat..cepat2 tepon org insurance soh kira berapa kena bayar..




::daripada duit tu gi bayar saman lebih baik gi shoppingkan...atleast nampak gak lar barangnye..huhuhu::


10 Tip Kecantikan...

Salam semua,
haa harini Dr. tak bertauliah nk kongsikan tips kecantikan..ni pun ada sorang kawan yg email kt aku..empunya badan pun bukan ler cantik sgt pun tp manis tu ada lar..hehehee..so mari lar kita beramai-ramai mencubanya...

10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?. (aku lar manusia yg paling kurang sgt minum air masak/suam..kalau makan tu tak minum air pun takpe..sehari pun sebotol air mineral kecik tu belum tentu boleh abis..patut ler kulit den ni ha tak cantik2..kalau bab2 minum air ni aku selalu kena bising dgn mr.hubby)


2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. (part yg paling malas nk wat..rasanya last aku bersenam masa induksi ke BTN ntah tu pun 3tahun lepas..heheh sgt teruknye..mr.hubby slalu ckp kalau nk soh aku bersenam senang je ajak jln2 kt shopping mall msti aku jalan laju je..tu je lar cara dia bleh ajak aku bersenam dgn cara jalan-jalan..)

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan??? (sah-sah lar aku tak merokok..tang ni dah pass dah..hehehe..)

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. (dah jadi ibu nih msti lar tido tak cukup..ni pun nasib baik lar dhia masih lagi breastfeeding, takde lar tengah mlm bangun nk wat susu..aku lak jenis kalau dah terjaga punya lar ssh nk tido)

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih. (gi keja je mekap tu pun pakai basic&nipis je..tak brapa suka sgt mekap nih..mr.hubby pun tak suka sgt aku mekap tetebal dia suka natural je..kalau jenjalan pun pakai bedak n lipstick skit je)

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata. (mkn mmg dah terlebih cukup dah..perut ni kalau sehari tak makan nasi pun dah kempis..tp kalau sekali makan terus perut ni buncis..jenis perut aku nih kecik kot tu yg kalau makan terus perut timbul..fast food mmg suka sesangat tp skang dah kurang dah makan..)

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan. (takde kelapangan lar pulak nk gi facial..mmg teringin jugak nih..baru je last week mandi bunga..best gak ek..wangi je...)

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. (ada masa2 tertentu kt ofis yg membuatkan aku stress sgt2..mmg tak dpt dielak)

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! (kalau ada mslh mmg org yg akn tengok aku tau yg aku sedang ada mslh..mmg xreti nk sorok tol ar..skng ni aku mmg tengah meningkatkan keyakinan diri sendiri..aku ni terlampau merendah diri sgt kot..ermmm)

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. (ketawa aku paling suka..kadang2 tak henti..kalau tengok keletah dhia mmg aku ketawa je memanjang..)

Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari! --->wah pandainye aku ckp..hehehe...so pas ni kena lar cuba tips kat atas nih..SeLaMat MeNcUbA..






08 February 2011

Tempat Letak Kereta Berbayar Mulai Isnin Di Putrajaya Sentral Dan Park & Ride

PUTRAJAYA, 7 Feb (Bernama) -- Berkuatkuasa Isnin, pengguna tempat letak
kereta di kawasan terbuka sekitar Putrajaya Sentral dan yang berbumbung di
Park & Ride, Presint 7, dikenakan bayaran untuk sekali masuk.

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya Zaharah
Salamat berkata caj RM2 yang dikenakan di Park & Ride yang beroperasi 24 jam sehari itu untuk tempoh 6 pagi hingga 1 pagi, manakala kenderaan yang
diletak melebihi tempoh itu dikenakan caj tambahan RM5.

Tempoh maksimum kenderaan dibenarkan diletakkan di Park & Ride ialah 14 hari dan pemilik diberi keistimewaan menaiki bas Nadi Putra percuma untuk ke
mana-mana destinasi mengikut tempoh penggunaan tempat letak kereta, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Caj RM1 setiap jam atau sebahagian daripadanya pula dikenakan kepada
pengguna yang meletakkan kenderaan di Putrajaya Sentral dari 8 pagi hingga 6
petang.

Bagaimanapun pemilik kenderaan ini tidak akan mendapat keistimewaan untuk
menaiki bas percuma sebagaimana pengguna Park & Ride.

-- BERNAMA

::nasib lar kt ofis aku nih memang parking senang, tak payah lar nak pening-pening kepala nak berebut parking..walaupun kat putrajaya nih dah ada bas percuma untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan masalah parking tapi tak ramai yang pilih utk naik bas. kalau bujang ok lar naik bas..kalau yang dah kawen ada anak tu susah skit ar nk antar anak gi sekolah/taska..tengahari nk menjemput anak-anak...lebih susah lagi kalau orang cam aku nih yang dok luar putrajaya..::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...