Salam semua,
haa harini Dr. tak bertauliah nk kongsikan tips kecantikan..ni pun ada sorang kawan yg email kt aku..empunya badan pun bukan ler cantik sgt pun tp manis tu ada lar..hehehee..so mari lar kita beramai-ramai mencubanya...
10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua
1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?. (aku lar manusia yg paling kurang sgt minum air masak/suam..kalau makan tu tak minum air pun takpe..sehari pun sebotol air mineral kecik tu belum tentu boleh abis..patut ler kulit den ni ha tak cantik2..kalau bab2 minum air ni aku selalu kena bising dgn mr.hubby)
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. (part yg paling malas nk wat..rasanya last aku bersenam masa induksi ke BTN ntah tu pun 3tahun lepas..heheh sgt teruknye..mr.hubby slalu ckp kalau nk soh aku bersenam senang je ajak jln2 kt shopping mall msti aku jalan laju je..tu je lar cara dia bleh ajak aku bersenam dgn cara jalan-jalan..)
3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan??? (sah-sah lar aku tak merokok..tang ni dah pass dah..hehehe..)
4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. (dah jadi ibu nih msti lar tido tak cukup..ni pun nasib baik lar dhia masih lagi breastfeeding, takde lar tengah mlm bangun nk wat susu..aku lak jenis kalau dah terjaga punya lar ssh nk tido)
5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih. (gi keja je mekap tu pun pakai basic&nipis je..tak brapa suka sgt mekap nih..mr.hubby pun tak suka sgt aku mekap tetebal dia suka natural je..kalau jenjalan pun pakai bedak n lipstick skit je)
6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata. (mkn mmg dah terlebih cukup dah..perut ni kalau sehari tak makan nasi pun dah kempis..tp kalau sekali makan terus perut ni buncis..jenis perut aku nih kecik kot tu yg kalau makan terus perut timbul..fast food mmg suka sesangat tp skang dah kurang dah makan..)
7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan. (takde kelapangan lar pulak nk gi facial..mmg teringin jugak nih..baru je last week mandi bunga..best gak ek..wangi je...)
8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. (ada masa2 tertentu kt ofis yg membuatkan aku stress sgt2..mmg tak dpt dielak)
9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! (kalau ada mslh mmg org yg akn tengok aku tau yg aku sedang ada mslh..mmg xreti nk sorok tol ar..skng ni aku mmg tengah meningkatkan keyakinan diri sendiri..aku ni terlampau merendah diri sgt kot..ermmm)
10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. (ketawa aku paling suka..kadang2 tak henti..kalau tengok keletah dhia mmg aku ketawa je memanjang..)
Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari! --->wah pandainye aku ckp..hehehe...so pas ni kena lar cuba tips kat atas nih..SeLaMat MeNcUbA..
10 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment