PUTRAJAYA, 7 Feb (Bernama) -- Berkuatkuasa Isnin, pengguna tempat letak
kereta di kawasan terbuka sekitar Putrajaya Sentral dan yang berbumbung di
Park & Ride, Presint 7, dikenakan bayaran untuk sekali masuk.
kereta di kawasan terbuka sekitar Putrajaya Sentral dan yang berbumbung di
Park & Ride, Presint 7, dikenakan bayaran untuk sekali masuk.
Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam Perbadanan Putrajaya Zaharah
Salamat berkata caj RM2 yang dikenakan di Park & Ride yang beroperasi 24 jam sehari itu untuk tempoh 6 pagi hingga 1 pagi, manakala kenderaan yang
diletak melebihi tempoh itu dikenakan caj tambahan RM5.
Tempoh maksimum kenderaan dibenarkan diletakkan di Park & Ride ialah 14 hari dan pemilik diberi keistimewaan menaiki bas Nadi Putra percuma untuk ke
mana-mana destinasi mengikut tempoh penggunaan tempat letak kereta, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Caj RM1 setiap jam atau sebahagian daripadanya pula dikenakan kepada
pengguna yang meletakkan kenderaan di Putrajaya Sentral dari 8 pagi hingga 6
petang.
Bagaimanapun pemilik kenderaan ini tidak akan mendapat keistimewaan untuk
menaiki bas percuma sebagaimana pengguna Park & Ride.
-- BERNAMA
::nasib lar kt ofis aku nih memang parking senang, tak payah lar nak pening-pening kepala nak berebut parking..walaupun kat putrajaya nih dah ada bas percuma untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan masalah parking tapi tak ramai yang pilih utk naik bas. kalau bujang ok lar naik bas..kalau yang dah kawen ada anak tu susah skit ar nk antar anak gi sekolah/taska..tengahari nk menjemput anak-anak...lebih susah lagi kalau orang cam aku nih yang dok luar putrajaya..::
0 comments:
Post a Comment