CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 April 2011

Krisdayanti: Saya Sudah Hamil 4 Bulan!

JAKARTA, 19 APRIL 2011: Selepas beberapa minggu melangsungkan perkahwinan dengan usahawan kaya raya daripada Timor Leste bernama Raul Lemos, tiba-tiba timbul khabar angin yang mengatakan bahawa penyanyi diva Indonesia, Krisdayanti telah pun hamil 2 bulan.

Khabar angin tersebut didengari daripada kalangan mereka yang rapat dengan Krisdayanti. Biarpun, pada awalnya, Krisdayanti lebih senang untuk berdiam diri, namun akhirnya bekas isteri kepada Anang Hermansyah ini membuat pengakuan yang lebih mengejutkan.

Bahawa dia sebenarnya sudah pun hamil 4 bulan. Pengakuan yang mengejutkan itu telah dibuat menerusi Tabloid Nova. Adik kepada Yunis Shara yang lahir pada 24 Mac 1975 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya itu. Kata Krisdayanti, dia kini sudah pun hamil 17 minggu, "Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini," katanya.

Mengenai tanggapan sering yang bakal dilemparkan masyarakat terhadap kehamilannya itu, Krisdayanti berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Malah, ibu yang bakal memiliki cahayamata ketiga ini mengakui lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari.

"Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak)," katanya.
Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.

Kajol rela mati

macam2 jenis manusia ada kt bumi nih..
yg pompuan nk menyerupai lelaki...
yg laki nk menyerupai pompuan..
Petikan daripada Harian Metro.




KAJOL... tidak mahu lagi membuat persembahan di Kelantan.

KOTA BHARU: “Saya lebih rela mati daripada berubah (menjadi lelaki sejati). Saya bukan sengaja mahu menjadi wanita tapi naluri wanita memang wujud dalam diri saya sejak zaman kanak-kanak lagi.

“Saya tidak mampu untuk berubah dan sampai bila-bila saya akan terus begini,” kata penyanyi mak nyah yang ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Jajahan Tanah Merah kerana kesalahan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo di Tanah Merah, Jumaat lalu.

Mak nyah yang juga penyanyi dikir barat tersohor Kelantan itu ditahan pada kira-kira jam 10 malam 15 April lalu dan kisah penahanannya disiarkan Harian Metro, Isnin lalu.

Dia ditahan dalam Ops Insaf oleh sepasukan anggota penguat kuasa JHEAIK Jajahan Tanah Merah, diketuai Rosli Ismail bersama lima Skuad Amru dan tujuh anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

Semalam, akhbar ini melaporkan Persatuan Dikir Barat Negeri Kelantan (Pendikir) mengesahkan mak nyah yang ditahan itu bukan penyanyi dikir barat, sebaliknya terkenal dengan nyanyian lagu berentak Bollywood.


19 April 2011

Bermula 25 Jun 2011 semua blog yang tak guna akaun Google akan DIHAPUSKAN!

Pagi-pagi sampai ofis terus ada mood nk BW..jalan punya jalan terjumpa entry ni kat whiteymommy. Dari apa yg aku baca kt blog whiteymommy nih mulai 25 Jun 2011 blogger yang tak guna email Google(gmail) masa login blog akan dihapuskan..

Aku pun mengelabah ar coz aku guna email yahoo utk login blog..ye ar kang tak pasal2 ilang lak blog aku nih..sedangkan aku ni pemalas nk update inikan pula nk wat blog baru semula..atleast ada lar tatapan anak cucu cicit aku kelak..huhuhu

ok sesapa nk tau cara2 nk tukar sila baca betul2 k..sebab mula2 aku baca sambil buat mmg tak jadi..kena baca dan paham baru buat k..

1. Create akaun gmail --> bagi sesiapa yg belum ada akaun gmail yer..yg dah ada tu senang skit bleh terus tukar..

2. Sign in blog macam biasa (guna email yahoo-contohnya). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail yang telah di create tadi > klik Invite


3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Akan ada notis "To join this blog as an aouthor, accept the invitation by signing in with your Google Accaount here". Bila dah klik HERE terus dibawa kita ke dashboard blog
.

4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula2 (yahoo)

5. Pergi Settings > Permissions > ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.

6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.

Kalau ada lebih dari satu blog, ulang proses yang sama..

Mula-mula tu takut gak nk remove kan nickname lama, kang tak pasal2 ilangkan blog aku nih..tapi jgn risau bila dah remove nickname yang lama boleh terus login blog guna gmail tu..

TAPI semua blog yg kita follow tuh ilang, kena follow balik guna ID yang baru k..mmg jenuh ar nk follow satu2kan?

Content kekal..tp klu rasa tak confident, sila buat backup yer kengkawan..ni caranya--->

Login blog > Dashboard > Settings > Blog Tools > Klik pada Export Blog


tutorial nih kredit kpd whiteymommy coz sudi share ilmu nih..

::jgn pelik klu tengok aku baru follow blog korang eh..pstu yg aku prasan pic profile aku ada 2 kali kt followers korang yg lama punya still ada::

12 April 2011

Poliklinik Annur Bandar Tun Hussein Onn

Semalam aku dgn mr.hubby tak kerja sbb dhia demam, batuk n selsema..
biasa ar budak klu tak sihat, merengek je ar..
aku bangun cm biasa 5.30am dah bangun dah..siap2 bagai terus kejut dhia..
bangun2 je terus merengek2, pejam mata..pstu nk peluk aku je..suh minum susu pun xmau..
bila walid nk dukung geleng2 kepala..cm tu ar dhia, klu tak sihat nk melekat je kt aku..
badan dia xde lar panas sgt, biasa2 je..
aku pun bgtau mr.hubby bwk dhia gi annur..ms tu dlm kepala otak ingt annur bangi je..
bagi dhia mkn ubat panadol utk kanak2 tu dgn ubat batuk terus lena balik..
tido xsmpi sejam terus segar bugar cm org sihat tepat kul 8am...
owh tektik tak bagi ibu walid gi kerja ek..bijak2..badan pun xtak hangat dah..cuma batuk selsema je ar..bila walid tnya "dhia tak puas ke cuti duk dgn ibu walid" laju je dhia angguk..
aku pun wat lar bubur nasi utk dhia sbb dhia xselera nk mkn nasi betul..mungkin sakit tekak kot sbb bibir dia merah mungil je..
berselara sungguh dhia makan..tgh aku masak air nk mandikan dhia (dhia mmg mandi air suam lagi sbb klu mandi air sejuk mmg senang ar kena selsema pstu meraung cm kena pukul :p ) mintak susu terus masuk bilik, ingtkan nk baring depan tv..abis susu botol mintak lak susu gantung terus lena smpi kul 12.30pm baru jaga..bila dah jaga mintak makan lagi abis semangkuk, baru nk mandi..

pas zuhur, kitaorg siap2 mr.hubby tnya nk gi klinik mana nih..aku ckp pe kata kita try gi poliklinik annur kt sebelah carrefour bandar tun hussein onn tuh..daripada kita nk ke bangi tu cm jauh skit ar..



leka dhia main kt sini..rs cm nk beli table cmni je utk dhia..:)
 

Mmg dekat ar dgn umh kitaorg..time sampai tu ujan memang dah lebat ar..
xde org pun kt poliklinik tuh..daftar jap terus jumpa doktor..
doktor yg hemsem gak ar..dhia kan pantang jumpa org hensem, mata tak berkelip dok pandang je doktor tu..diam je doktor tu check dia..tapi ms doktor letak mcm batang ais krim dlm mulut dhia nk tgk tekak dia nangis skit..pstu ok balik..
 
doktor cadangkan sedut gas utk cairkan kahak tu..sbb aku bgtau doktor dhia dr kecik mmg berkahak je..doktor kata bkn sebab susu, sbb dhia mmg minum susu mamil dari kecik cuma tukar step je ar..tapi doktor soh gak selang seli minum susu soya Mamil atau Nan Hypoallergenic utk kurangkan kahak tu..dhia bukan asma..dah 2thn nnti klu still ada kahak baru dtg check lagi takut asma pulak kan..

masa sedut gas tu, dhia baik lar sesangat..diam je..nurse tu puji abis ar dhia..ckp dhia baik ar, duk diam je..klu budak lain tu dah menangis dah smpi mak dia xtau nk wat apa...tp lama2 dhia jadi boring..dlm 15minit gak ar dok sedut benda tu..dhia dah start merengek2 skit..tp kitaorg borak2 ar dgn dia..baru diam sat..

lepas je sedut gas tu doc check..kahak dah cair dah..sama ada kahak tu akan keluar dgn muntah atau melalui najis..pstu kitaorg tnye doc pasal kulit kt muka dhia tu mcm panau..doc bgtau tu fungus..sblm ni ada gi klinik biasa, bg cream tp tak jalan gak guna cream tu makin merebak ada ar putih kt pipi dia tu..dah xcun anak dara aku tu ha..doc bagi sabun utk pakai kt muka tapi xleh kena kt mata dgn cream sapu..cream tu kena pakai waktu tido, takut nnti dhia garu pipi dia tu kang tangan terus masuk mulut..skng ni dhia xleh berpeluh dgn panas, klu tak abis merah kulit pipi dia tu pstu dia garu-garu..sbb gatal agaknya..bila berpeluh leher dia jadi naik ruam..kalau balik kampung msti leher dhia ruam2..tp ruam tu senang je nk ilang balik umh 4ari cmtu letak bedak ilang ar..

punya ar banyak ubat dhia dpt..ubat antibiotik, demam, selsema, batuk/asma, ubt alahan, cream gatal dan sabun..semua skali RM88 je..sgt murah..
kitarog punya lar terkejut cm tak percaya je murah cmtu..dgn sevice yg tip top, ubt yg banyak..sbb ms dhia baby kitaorg penah gi annur bangi dlm kul 9.30pm..ubat dpt 3 je..antibiotik, demam, selsema tu je dah nk dekat dua ratus..

ms dhia sedut gas tu aku borak dgn nurse.."ni sama ke dengan annur bangi tu", "sama je, ubat yang sama, doktor pun yg sama..", "owh senang ar cmtu dtg sini je lagipun xde la ramai sgt.."

aku bgtau mr.hubby psni klu dhia xsihat kita bwk gi sini je lar..

Sesapa yg duk area berdekatan sila lar berkunjung kt Poliklinik Annur Bandar Tun Hussein Onn taw..nurse dgn doktor yg sangat mesra alam..hehehehe




::Keboringan::Kemalasan::Kesakitan::

Hari-hari yang aku lalui sejak kebelakangan ni agak bz..bukan bizi body eh..bz wt kerja ok..tp kan aku makin rs bosan, boring, n xde semangat je nk wat kerja..ntah lar napa..dpt bos baik tp aku lak wt perangai cmni..ms dpt bos teruk sgt dulu aku leh je hadap dia penuh semangat..

Mungkin aku perlu berhijrah..mengikut jejak langkah kengkawan yang lain..tapi aku perlu berani melangkah ar..pape yg akan berlaku pasni, ye ar aku ni PA, nasib PA nih bergantung dgn bos..klu dpt bos yg sgt tak ok yg asyik nak marah je..aku gak yg kena hadap ari2..

Bos aku yg 1st dulu laki dah kawen ada 3org ank..aku jaga dia nk dekat 2thn..dia ok, banyak mengajar aku, tapi dia suka sergah org..tiba2 je tinggi suara, tp bukan marah lar..pstu suka lar panggil aku dgn dari jauh dengan menjerit..tapi bab2 cuti nih mmg dia xkisah pun..balik awal pun sgt lar xkisah..ms aku bujang dulu mmg aku balik lmbt skit ar..lmbt dlm setengah jam je kot..walaupun xde kerja..ms tu aku berulang dr Mantin ke Putrajaya..jauh gak ar..bila aku dah kawen aku duk Balakong, pun aku balik lmbt tp kadang2 je ar..tu pun klu betul2 ada kerja je ar..sbb ms tu bos aku dah pandai bg aku kerja..ms mula2 masuk kerja dulu, dia xreti nk bagi aku kerja..ms aku mula2 kawen aku balik lmbt, bos aku tnye "eh napa awk xbalik lagi nih, dah pukul 5.15 nih.." aku jwb ar "ada kerja skit lagi ni, jap lagi balik ar"  bos aku jwb balik "tak baik taw biar suami tunggu isteri, dah dah gi balik..kerja tu esok leh sambung.." aku pun menyengeh je ar..mcm xcaya je dia ckp cmtu..


ms dia kena tukar ke admin, aku rs xbest tol..balik dr meeting dgn bos besar dia terus bgtau aku dia dpt arahan tukar ke bhg admin..aku lar terkial2 ntah pe nasib psni..dpt tau lak bakal bos baru aku tuh dari Jabatan yg sama bangunan dgn tmpt aku kerja nih..ramai lar gi risik2 ttg bos baru aku nih..byk yg -ve je diaorg citer..aku dah cuak giler dah..tp pape pun xleh percaya sgt ckp2 diaorg nih


Bos aku yg 2nd ni pulak...ala2 lembut gitu..xkawen lagi umo dah 30++..sgt cerewet...diaorg kata hensem, tp bagi aku biasa jerk..time tu aku dah mengandung..dah ar dia xsuka org mengandung, xsuka org cuti, mcm2 lar yg dia xsuka..bg dia semua org salah, dia je betul..aku mmg tension giler jaga dia..mmg dia xbagi aku kerja..semua benda dia nk wat, klu kita tlg wat pun dia akan ubah semua balik..paling aku xsuka dia suka mengata and gosip2..abis gosip2 kt ofis dia taw, pstu dok cerita kt aku...ayt pertama klu dia nk gosip msti dia ckp "u kenal tak si polan...dia tu teruk taw..." tp bila dpn org tu punya lar baik pijak semut pun xmati..bos2 bhg lain mmg tergugat ar dgn kehadiran dia..


Org mengandung biasa lar kerap gi klinik ar hospital ar..kdg2 tiba2 je tak sihat..ms mula2 mengandungkan jarang gi checkup..klu ada checkup pun aku akan mohon cuti awal giler..klu aku nk EL atau cuti sesaja mmg aku pk banyak kali ar..bos aku tu dpn kita dia ok sgt, tp suka ckp belakang taw..pstu telinga lintah..cmtu ar pe'el klu org lelaki tp perangai kalah pompuan..tp teruk2 dia ni pun ada baiknye jugak..dia ni suka gi holiday oversea, setahun tu ada lar 3kali dia pi holiday..ari raya, tahun baru cina dgn krismas msti dia pi holiday kt oversea..pstu dia klu pi mana2 tak kira ar pi holiday ke pi outstation ke msti tak lupa beli pape gift utk aku dgn staff yg lain..utk aku msti dia bagi lain dr org lain..nasib aku baik cuma jaga dia setahun lebih jeh..pstu dia kena tukar ke admin, bos aku yg 1st tu tukar bhg lain lak..


3rd Bos aku nih, pompuan..mula2 takut giler ar dpt bos pompuan, sbb angin pompuan nih lain skit kan..tp alhamdulillah bos aku ni sgt2 baik orgnye..lemah lembut dan Islamic orgnye..menjaga kebajikan staff..bulan puasa msti dia ajak kitaorg berjemaah solat zuhur dgn dia..slalunye bhg aku nih bulan puasa bru tak bizi cm bulan2 lain..aku sgt selesa dgn dia..bila dah ada anak ni mmg kerap ar ku EL tiba2 je anak tak sihat ar..kang arini tgk dhia sihat je, bangun sok pagi dah demam..budak kan kita tak leh jangka bila dia nk demam ke..nasib ar bos aku ni memahami sgt sbb dia pun ada anak..cuti aku ni mmg dihabiskan utk dhia je ar..tp kadang2 kesian jugak kt dia, bila aku takde terkial2 ar dia nk cair fail ke..bila jaga dia, baru ar aku terasa menjadi PA yg sejati..ceeewwaahhh..slama nih aku tak berapa sejati..huhuhu...sbb dia byk soh aku wat kerja PA yg sebenar2..kerja2 yg bukan PA harus buat dia soh org lain wat..sbb bagi dia PA ni bekerja utk bos, apa yg bos arahkan..tapi kt tmpt aku nih, PA wat kerja PT..tp aku xkisah pun..lagi best ada kerja dr xde kerja sbb dah terbiasa..ha lagi satu ramai ckp muka aku dgn bos ada iras..cm adik dgn kakak..hehehe


Skang nih aku terpikir2, nk tinggalkan dia ke tak..ramai org ckp tunggu lar dulu, bila dpt bos baik cm dia ni aku lak nk tukar..ms dpt bos teruk dulu xmau tukar..aku penah jugak wat2 tnya kt bos aku, yg aku nk tukar..dia soh aku tunggu dulu sbb dia pun baru lagi kt sini, dia perlukan aku sgt nk bantu dia..tp bila aku tunggu lama2 nnti dia lak tinggalkan aku..jarang ar bos nk bawak PA bila bos tu tukar..ujung thn kot baru aku mohon tukar..kena pk banyak kali..aku perlukan penghijrahan..aku ni jenis cpt boring ar..nasib ar bertukar bos klu tak mau aku dah muak jumpa n jaga org yg sama je..lagi satu, kt sini aku jaga bos bahagian (SUB) so slalu ar jmpa ramai org..agk2 aku boring duk sorang dlm bilik aku gi ar lepak borak2 dgn akak2 PT nih..aku tak dpt bayangkan klu aku jaga bos besar yg duduk berdua je dgn bos..xbergaul dgn org lain..ish xmau aku..bleh jadi tension aku cmni..


::motip aku cerita pasal ex2 bos ni sbb tiba2 teringat perangai dan keletah bekas bos2 aku nih..mcm2 ragam::




06 April 2011

Juling mata gara-gara Gegar Ben Ashaari

Perggghhhh...arini mata aku penat sungguh..
ni semua gara-gara abg ben ar nih..
semalam kul 4.15pm aku terus terjah nk join segmen 
nasib ler sempat..slalunye bila aku nk join je dah tarikh tutup..
pas daftar kt Gegar 1Ribu Blog, nama aku tersenarai dlm Kumpulan Bonus peserta no.117
dari pagi aku bukak blog terus rasa cm nk join satu contest yg abg ben wat berdasarkan pendaftaran Gegar 1Ribu Blog tuh..ada lar dlm 5 contest yg dia wat..

mula2 aku nk join Gegar 1000 Blog (3) mmg mencabar betul ar..
soalan yg diberi, nk tak nak kena geledah satu2 blog yg ada..
bukan skit blog yg ada kt situ..punya ar bnyk..
aku pun dengan gigihnye cari ar "Header blognya ada kereta warna merah" 
penat wooo satu2 aku tokan..tapi aku xjumpa pun..mungkin sebab aku ni gelojoh kot..hehehe tu yg xjmpa tu..blogger lain ada yg jmpa...
mata pun nk naik juling terus aku giveup ar nk cari lagi..:(

sebelum lunch tadi aku nk join Gegar 1000 Blog (4) pulak..
sebab soalannya punya lar sonang..
bagi 5blogger lelaki n 5blogger perempuan..
tapi tunggu jap lagi ar sbb perut ni dah berbunyi mintak diisi..
bila pas lunch je aku baru nk post dah tutup pulak penyertaan..hampeh tul..

kesimpulannya...dari pagi smpi la ni aku jd pemalas wat keja..heheheh
nasib bos xde smpi kamis..takde lar kerja urgent sgt..
ish teruk tol penangan abg ben nih..
tapi best dapat tambah kenalan...:)






05 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


cepattt...jap lagi dah nk kul 5 nih..sempat lagi nk join...
sapa nk join sila ke sini ye utk taw cara-caranye..
1st time nih nak join segmen abg ben nih..slalu nk join asyik ler dah terlepas..hehehe..




01 April 2011

Belasah isteri hamil mengidam

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an. 

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.

“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.

“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
 
Kesian pompuan tuh dah lar mengidam pastu kena belasah pulak tu..dalam kes nih dua2 bersalah..patutnya isteri kena lar bersabar sikit..bagi lar suami tu rehat dulu, bagi air ke makan ke biar sejuk skit..pastu baru lar bagi tau..ni terus nk terjah jerk..tapi suami tu pun panas baran pulak. tergamak pukul isteri yang mengandungkan anak dia..tak kesian ke?? aku paling pantang betul ar klu laki kaki pukul nih..ingat pompuan nih hapa patung ke??

masa aku mengandungkan Dhia, mengidam nk makan buah nona..masa tu baru 7bulan kot..takde lar pulak mengidam benda yang bukan2..mula2 aku tak taw cmne rasa mengidam tuh..sebab awal2 mengandung tak rasa nk makan pape pun..yg buatkan aku mengidam makan buah nona tu, ntah sapa yg antar email kt aku pasal buah nona siap dengan gmbr lagi. bila aku tengok je gmbr buah nona tu terus automatik dah terasa kat tekak pastu asyik lar teringat2 sampai nk meleleh air liur...hehehee..rupanye cmtu rasa mengidam eh..

aku trus call mr.hubby bgtau aku nk buah nona..time tu dia kursus tapi balik ari lar..aku pun tepon ar papa tnya kot2 ada lagi pokok buah nona tu kt kampung..sbb seingat aku ms kecik2 kitaorg slalu makan buah nona..tapi hampa betul ar papa ckp dah lama dah pokok tu takde..

aduh bila nak tak de pulak..kalau tak nak tu bersepah je org jual..aku cari kt pasar tani kt ofis ni pun takde..biasanye ada je pakcik tu jual..tapi time tu aku xmengidam so tak heran lar..

tunggu mr.hubby lik dr kursus pun hampa dia gi cari tapi tak jumpa..esoknya tu aku gi keja pun still teringat2 buah nona yg sedap sgt!! balik je petang tu mr.hubby tunjuk kt aku bungkusan buah nona..ada 2 biji kaler purple...kawan kursus dia bagi..kawan dia tu pompuan..pun penah mengidam gak..dia punya lar baik hati gi cari buah nona tu kt jusco, mmg rezeki aku lar dia kata tinggal ni je buah tu..aku terus ambik buah tu potong pstu makan sepotong..ms tu punya lar nikmatnya..tak tau cmne perasaan tuh..hehehehe...dah mkn sepotong tu pstu dah xheran dah..buah tu biar je lar dlm fridge.

mr.hubby tnya napa xhabiskan buah tu..aku ckp ar "ntah ar, dah rasa skit cukup ar" . dia pun ckp "nasib ar ayg xmengidam benda yang bukan2 yang susah nk cari"

sampai la bersalin aku xde mengidam apa2 lagi..

so kepada para suami semua, kalau isteri anda mengidam cuba lar paham, bukan isteri tu mengada2 mintak benda yg bukan2..naluri tuh dtg dengan sendirinya..klu tak dpt apa yg mengidam tu mmg rs ralat sgt tau..xdpt digambarkan dengan kata-kata..hanya kaum hawa je yg tau cmne...

tq en.google...yumyum..sedapnye buah nona nih...ops i bukan mengidam ok!!:)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...