CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 August 2012

Dhia dah beraya dulu

anak dara kitaorg ni dah tak sabar nak beraya.
kalau cuti biasanya dhia akan bangun sahur. dalam pukul 11am baru 
berbuka mintak susu..huhuhu..
tapi bila tanya "dhia puasa tak harini?" 
"puace la bu"

kitaorg beli baju raya sebelum puasa. beli je baju kurung suruh dhia pakai. tapi minah ni ketot, baju kena la aku jahit supaya pendek skit. bila dah siap jahit, hari-hari tanya "mana baju raya ya" hari-hari nak pegang pastu siap puji sendiri "antikkan baju ya"

kalau ibu walid tak jawab cantik mesti dhia marah..huhuhu..macam² dhia ni tau

setiap kali nak keluar rumah mesti dhia tak sabar nak pakai kasut raya. 
bila kitaorg suruh simpan dulu pakai raya nanti mula la merajuk la buat perangai la.
Dhia ni jenis tak menyabar kalau dapat benda baru.

balik petang semalam, tau² je dhia dah wat catwalk pakai kasut raya..
dah tu empatpolempat kali tanya "antik tak, antik tak"

mlm td pulak tengah aku dok tengok tv, dhia wat projek sorang² dlm bilik. dengar dia tutup pintu, aku pun pi la tinjau sebab minah ni kalau sorang² ada la benda dia nak buat

rupanya dia dah pakai baju kurung kakak damia (cousin) dia kasi tahun lepas. tahun lepas baju tu tak muat lagi. ni baru muat pakai tapi tang kain sendat teramat sebab dhia ni perut, montot dan peha mantop..huhuhu kakak damia dia keding je.

berpeluh² dhia nak pakai kain..kesian nak kasi pakai kain tu nnti senak pulak perut tu.
tapi dhia nak jugak pakai. bila dah pakai suruh pulak ibu tangkap gambar tak menyabar belum ambik camera dah posing².
dahtu asyik nak salam siap cakap "camat ari raya" hahaha sungguh comel la kamu ni

tengok la kemain lagi posing². tiba² terasa cepat sangat dhia ni membesar lar..
ramai geram tengok pic yang tengah² tu.

bila dah habis sesi bergambar, nak suruh bukak balik kemain la susah. ada ke nak bawak tido taknak tukar baju. puas la pujuk mcm² cakap baru nak tukar.

thn ni dhia excited nak pakai baju kurung maybe sebab dah besar. klu dulu tak suka sgt.
dah la aritu beli baju kurung selai je yg banyak dress lar.nampaknya kena cari lagi selai la baju kurung.

Diskaun Tol dan Jadual Perjalanan Hari Raya Aidilfitri 2012





waaahhh mood raya sudah mari.. nak buat kerja pun dah tak tentu arah dah ni. lagu raya sana sini org pasang :)

Berita gembira bila ada diskaun tol. Untung untuk orang yang nak pulang ke kampung jauh-jauh tu. Dan untuk siapa pulang ke kampung kena ikut jugak jadual perjalanan yang pihak PLUS sediakan ni bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Untuk kami yang kampung dua-dua belah teramat la dekat ni takde la masalah sangat. 

kampung Hubby kt Banting, sejak ada highway nak ke banting ni aku dah tak pening kepala dah duduk dalam kereta. kalau dulu nak sampai ke banting kena ikut Dengkil makan masa sejam lebih. ni dah ada highway sejam je dah sampai pastu jalan lurus je.

kampung aku lak kat Mantin je. Mantin tu dekat dengan Seremban dan Nilai.
Sejak ada highway LEKAS ni memang lekas sangat la sampai ke Mantin bayar duit tol je la.
tiap-tiap minggu leh balik.


::tak sabar nak cuti raya..jumaat ni dah start cuti..yeaaaa::

01 August 2012

Kena dera ~~masak kepala sembilang~~

Sensitif sungguh tajuk..kemain kena dera lagi...hahahaha..tp memang betul pun kena dera sebab paksaan.

Semalam hubby tanya boleh tak tolong masak asam pedas ikan sembilang utk berbuka petang nanti.
Aku pun ok je la. Nanti balik umah takyah fenin kepala nk masak apa utk dia.

Sampai je umah, tengok hubby tgh mengemas umah alihkan  tv dan sofa. Aku pun terus mandi &solat.

Dah selesai semua, masuk ke dapur nak mula masak. Nampak kat singki "eh amende yg besar sgt ni" ckp dlm ati je la. Skali aku bukak plastik terus menjerit "aaaabbbggg besarnya kepala ikan ni" tercampak ikan tu dlm singki.

Laki aku bantai gelak. "apsal abg gi beli kepala ikan sembilang ni besar sangat?eee geli la"

"Takde apa la yang, masak je macam biasa"

Errr masalahnya 1st time aku masak ikan ni. Biasa tgk dah masak dan kecik je ok la. Ni bapak punya besar..

  Besarkan..bagi aku yg mmg tak makan dan geli memang nampak besar sgt

 Tengok tang bibir dia lagi la aku geli..hahahaaa
Laki aku ckp "ok la tu bibir mcm justin bieber"

Banyak kali proses nak membasuh ikan ni terbantut. Geli sangat la nak pegangnya..bila nak pegang je nampak misai dia terus lari kedepan..

Masuk balik ke dapur terbalikkan ikan tu guna sudu nampak lak bibir dia camtu bertambah geli dibuatnya.

Paksa jugak hubby basuhkan ikan ni bersih2. Kalau tak tolong tak mau masak...ceeehhh main ugut2 lak kan..siapa suruh dia kenakan aku.huhuhu

Memang cabaran betul la. Bila nak masuk dlm periuk lagi satu hal. Camne pulak aku nak pegang ni. Geli punya pasal aku pegang tang misai dia. Tu pun banyak kali jatuh sebab berat sgt.

Bila dah berjaya masak, ikan tu dah tukar rupa dah kecut skit baru la aku tak geli sangat nak tengok. 

 
Taraa dah siap pun asam pedas ikan sembilang..rupanya mmg tak cantik tapi rasanya perrgghhh sedap..hahahaaa..aku ambik kuah je. Dhia punya la suka sampai 3kali tambah nasi.

Pasni kalau soh masak lagi ikan sembilang ni tak tu la camne. Hubby ckp "takpe la belajar pelan2, nnti sama mcm mak boleh masak tp tak makan"
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...