CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 December 2012

Kesedapan BUDU tiada tandingan



macam tak percaya je dhia suka makan budu.

alkisahnya begini----->>>>>>

tengah kitaorg main masak-masak sambil borak² kt dapur, budak kecik ni memang jeles kalau nampak ibu walid berdua-duaan tambah pulak kalau gelak bersama mesti dhia akan kacau dan cuba buat kitaorg layan dia je.

tengah sorang masak, sorang potong bawang&sayur, dhia datang naik atas meja pastu wat sepah. bila ckp jangan buat..dia buat jugak..

hubby pun calit la sikit budu kat mulut dhia ingat nak kenakan dhia..

tiba-tiba dhia ckp "eeemmm daaap la alid"

kitaorg pun pelik..hubby calit lagi skali..

"alid nak agi..nak agi"

bertambah pelik la bila sah mmg dhia suka budu.

masa dinner dhia tak mintak lauk lain. 

"nak sup..sup" kalau benda berkuah mmg dhia panggil sup,termasuk la budu

letak budu gaul rata dgn nasi je. 

punya la berselera 4kali tambah tau makan. tu pun aku dah abis makan bawak semua lauk kt dapur, hubby panggil suruh bawak budu kt depan dhia nak tambah lagi.

tu pun kitaorg laki bini 1st time makan budu dgn nasi kawan hubby yg bagi. kalau makan dgn nasi kerabu tu dah biasa sangat dah. baru tau kesedapan budu tu camne.

esok harinya pun dhia mintak budu..huhuhu..botol kecik tu tahan 3hari je. sebab berturut² makan budu. bila wat lauk lain dhia takmau makan. sabo je la!

last week balik kampung, cerita kt dia dhia suka budu, tp stock budu dah abis. kawan tu belikan 2botol budu. memang mintak dia belikan sama jenis.

jemput dhia terus tunjuk kt dia.. "waaaa....dapnyaa (sedapnya)..anyaknyaa (banyaknya)

kemain suka lagi. terus mintak nak makan nasi dan budu.

kt fb kawan kelantan aku ckp dah tukar kod ke?? hhehehehee bila makan budu terus terasa nak tukar kod&poskod :p

entah macam mana tergerak ati nak google BAHAYA TAK BUDU nak tau klik link tu.

memang tak bahaya langsung malah banyak khasiat :)

::pasni kawe kecek klate lor::

17 December 2012

Nasi Itik Wangsa Maju

Dah lama hubby cakap teringin nak nasi itik..leh kata ari² tau dia mengquek..quek..quek..quek kat aku..
selagi tak dapat gitu la dia..mengalahkan org pompuan mengidam.

sebab kesian taktahan moh la kita cari nasi itik tu.

masa dia post kt fb mana lokasi nak cari nasi itik kt KL, aku pun dok google jugak la sebab sebelum tu dia soh aku google tp aku asyik la lupa. bila dia dah post kt fb harus la aku laju² cari en.google.

hasil carian dapat la aku jumpa kt mana lokasi nasi itik ni kat blog akak fauziah

balik rumah punya la dia excited siap tanya kawan kt mana lokasi sebenar. tapi kitaorg tak dapat nak gi cari pun sebab masa tu hubby kerja pagi dan petang kena pegi minggu gaji sebab masa tu dia kerja malam.

tapi aku pulak tak sabar nak gi sebab tgk kt blog akak fauziah ada macam² selain nasi itik. aku bukan makan pun itik tu. kalau benda pelik² ni memang aku taknak cuba langsung. tak tau kenapa. 

kebetulan jumaat lepas hubby kursus dia abis awal. balik kerja aku tak tau nak masak apa, dia pun tak tau nak masak apa jugak. 

pas maghrib laju² anak beranak siap makan kt luar. bila tanya nak makan kt mana hubby ckp tak tau lagi ikut gerak ati..padahal dalam hati aku dah dapat agak dia nak pi cari nasi itik kt Taman Melati tu.

nasi itik punya pasal sanggup menempuh jalan yg agak sesak sampai dhia tertido lena.

kalau baca blog akak fauziah, kedai Papa Z Nasi Ayam tu seberang Stesyen LRT Taman Melati. 

Dua kali pusing mmg takde kedai Papa Z tu..hubby bukak Map, aku bukak lik blog akak fauziah..tp ikutkan memang dah betul dah.

Bila tengok gambar kedai tu sama dgn kedai yg ada sekarang ni tapi nama je lain. tak ingat nama kedai tu apa. kedai tu takde pun ayam dan itik tergantung. orang pun takde.

hubby tak putus asa dia pusing lagi sekali. dah sah² kedai tu dah tak wujud or dah pindah kt tempat lain.

hubby tanya "tarikh post kt blog tu tahun bila?"

"errr May 2011"

"ermmm dah pindah la kot kedainya, kita cari kedai lain la" nada kecewa disitu huhuhu..

meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju sebab kawan hubby bgtau area situ ada kedai nasi itik..

Finally jumpa la kedainya..TAT NASI AYAM..tu pun dua kali pusing sebab tengok tergantung macam semua ayam je..

kali kedua pusing hubby toleh sekali je dia nampak itik tergantung..
aku mana tau rupa itik tu camne..nampak cam semua ayam je..:p

Tat Nasi Ayam ni sederet Restoran Wahab cendol yang famous. tapi kitaorg tak cuba pun cendol tu.lain kali la ek..

duduk je terus tanya nasi itik ada tak..bila dia cakap ada siap tunjuk menu senyum lebar hubby..

dah dapat duck rice terus jadi duck face..hehehee

kami order Nasi Itik, Nasi Ayam Special (nasi&ayam lebih), Jambu Asam Boi, Milo Ais dan Air Suam total RM 24.70

harga ok, makanan pun sedap sangat². konon aku ambik nasi ayam special sebab nak kongsi dengan dhia. tapi minah tu tengah mamai ngantuk tak nak makan nasi pulak. minum susu pun sikit je. paksa jugak makan 2suap pastu dia wat projek besar pulak..adoiyai nasib la dah abis makan, bau semerbak. kat rumah dok makan banyak pisang. lepas bayar terus gi Petronas. nasib ada spare pampers kt dalam kereta.

14 December 2012

Harimau Malaya Tetap Juara Piala Suzuki AFF 2012


iyeeeaaa memang bagi aku Harimau Malaya juara malam tadi
tak kira la Gajah Putih tu menang..

yang penting Harimau Malaya dah berjuang habis-habisan.
nampak sangat pengadil berat sebelah.

tp ada jugak suara sumbang mambang kt fb, twitter dan kt ofis ni ckp HM main ntah pape..
eh korang ni kalau pandai sangat nape tak main bola.
cakap memang semua org pandai..

ish emo lak aku pepagi ni..mana taknya kalau menang kemain puji-puji
kalau kalah cakap macam-macam..

kemon la bagi la sokongan padu!

Selamanya sokong Harimau Malaya!!

13 December 2012

Weekend at S2 Park, Seremban 2

Boring tak kemana, kami berdua balik la Mantin. Walid kerja petang memang tak dapat kemana la kan. daripada duduk je rumah moh la kita balik kampung dhia..

macam biasa asal balik Mantin je mesti tak reti dok umah, kaki mesti nak merayap gi seremban. selalunya pun weekend atok&uwan dhia gi kenduri kawen. klu dok umah je mau gatal sana-sini..hehehee

memang dah plan balik mantin nak bawak dhia gi S2 Park sebab dah lama tak gi situ. ingat nak tengok wayang tp malas la pulak.

mula² gi Jusco Seremban2 nak beli novel je. tp terbeli pulak kasut..tu la pompuankan tak leh tengok benda cantik. tp memang terlupa langsung nak tengok handbag. Handbag kt Jusco sini banyak choice daripada kt Cheras Selatan ni.

tak leh dok lama kt jusco kang ada je benda merepek aku beli..terus laju-laju ke S2 Park.
dari Jusco dekat je nak ke S2 Park tu. petang² mmg ramai org kt situ jogging, bagi makan ikan, main layang-layang.

tengok ikan dan kura-kura yg kelaparan. ni baru sikit kalau dah baling roti kemain ramai kawan² dia datang makan.

budak yang paling happy. kalau bergambar manjang la buat duck face dia tu..tp comel sgt rasa mcm nak tarik² moncong tu..huhuhu


dua org bibik (adik) yg setia ikut kalau gi memana. senang kalau bwk dua org ni leh jaga dhia. nak shopping pun dengan aman dan tenteram je rasanya :p

ibu pun nak try wat duck face jugek..sama-sama nampak comelkan *kenyitmata*


mari makan cepat!!!!

main belon air. pantang nampak mesti kena beli



kalau dah nampak wajib singgah main. kejap pun jadi la. klu langsung tak bagi main mau menangis tp tak meraung la sebab dhia ni pemalu klu nangis depan org. paling tidak pun air mata je meleleh pastu masam je



yg ni pun sama kena main jugak, paling banyak pun 3kali main.



baby tua kelaparan padahal tak lapar pun, minah ni kan propa lebih. 
gaya mesti over..hahaha 
dah la rasmikan baby chair utk Aqil&Qalef.

mula-mula dhia duduk je kerusi biasa tu pastu uwan la ckp "ala kesiannya dhia duduk mcm tu dudukan dalam baby chair tu"  dhia taknak pun duduk, tp dah uwan&atok ckp byk kali mula la gedik dia sampai tiap kali makan nak duduk dalam baby chair.

pagi ari ahad dah kena balik Balakong sebab nak siapkan Crepe Durian kawan order.


05 December 2012

Atmosphere 360 KL TOWER

sejak dua menjak, tiga menjak ni aku tgk ramai yg singgah blog ni search pasal Restaurant Atmosphere kt KL Tower ni..

bila tengok ramai yang search pasal restaurant ni, aku pun jadi teringin nak makan kt sini lagi.. pleaasee abg bawak dinner pulak eh...heheheee 

dulu gi lunch kat sana kali ni nak try gi dinner lak. tp harga dinner mahal la sebab dpt tengok pemandangan kota metropolitan waktu malam..cantiknyaaa dah tu ada alunan muzik piano dan org menyanyi..waahh lagi la romantik..

tapi..tapi..tapi..harga utk budak mahal sangat la..tak sesuai bawak dhia, RM138 kalau dhia besar dah makan banyak ok la nak bawak..

ni makan nasi lemak seringgit pun lum tentu abis..huhuhu..rugi manyak wooo..

nanti kita dating dinner kt sini ek..*kenyitmata* dlm ati tak sanggup nak tinggalkan dhia..
ibu mithali mcm ni la dok memikirkan anak je *matakeatastangandibahu*



 
 



makanan kt sana memang sedap sangat-sangat, semua sedap..layanan pun bagus.

ms kitaorg dtg lunch dah hampir nak masuk High Tea so waiter yg baik dan pemurah dengan senyuman tu hidangkan semua makanan yg ada atas meja..padahal kt situ buffet.

bayangkan penuh meja. padahal masa tu dah kenyang sangat². tapi dah diaorg ambilkan kena la jamah jugak semua. 

nasib dhia behave sangat sebab gayat dengan ketinggian. kalau dia tak takot mau dia merayau.
 
Atmosphere 360 ada wat promosi untuk krismas dan new year boleh la celebrate new year kat atas KL Tower tu..

utk kitaorg ni tak mampu la nak bayar RM 498 utk dinner dan tengok bunga api kat atas
KL Tower tu.. tengok kt Bukit Ampang cukup la..huhuhu..

korang kena rajin² tengok FB dan website Atmosphere sebab kadang² ada promosi.



 

03 December 2012

Jaga-jaga Jangan Pandang Belakang

Lokasi : Dapur Masterchef Impian
Masa : Tengah Malam Jumaat hujan rintik-rintik air bergelora
Menu : Siapkan Order Crepe Durian

Sedang aku tengah buat kulit crepe durian, si anak kecil main masak² di atas meja belakang si ibu.

Si anak memang suka duduk dapur kalau ibu ada di dapur. Walid tgh kusyuk tengok tv.

Si anak memang suka berlakon dgn bear. konon bear tu anak dia dan dia adalah mama kepada bear. masa tu tengah berlakon nak bagi bear makan ubat.

Ibu membiarkan anak bermain sendirian asalkan tak kacau ibu tengah buat kerja.

tiba-tiba........jeng..jeng..jeng..

Dhia : abang angan (jgn) acau (kacau) adik..

aku pusing tgk dhia..

Dhia : angan (jgn) laaa..iissshhh..

Ibu : dhia kenapa??

Dhia : abang ni acau (kacau) bebear..

Ibu : abang mana pulak ni dhia???

Dhia : tu bakang (belakang) ibu tu... sambil tangan tunjuk blkang aku

Ibu : mana? berpusing tgk belakang

Dhia : tu laaa..ibu tak ampak (nampak) ke? tangan tunjuk lagi kat belakang ibu

Aku pun pusing lagi sekali..memang sah la takde apa²kan.

Ibu : ish dhia ni..mana ada abang..dah tak nak kawan dgn dia..soh dia main jauh².

Dhia senggeh² je la..

Terus aku soh dhia main dengan walid kt depan. meremang jugak la segala bulu yg ado..hahaha

terus aku tutup pintu dapur. masa tu dah kul 11.30pm hujan renyai² lak tu..

penah sekali ari sabtu, tinggal berdua dgn dhia, walid kerja pagi..aku kt dapur tengah masak lunch dhia main kt hall..

dengar dia main kejar-kejar sambil jerit-jerit..bila tanya main dengan siapa. dia jawab kawan kejar. 

selalu klu aku dengar dhia main mcm dgn "seseorang" aku akan panggil dhia.

memang budak peringkat umur cam dhia tu mmg berperangai macam tu ke ek?? imaginasi or mmg ada benda nak "berkawan"

risau lak aku..sbb dari kecik lagi dhia ni mmg mudah benda nak "berkawan" sampai boleh demam.

budak kuat berangan ni..sekarang kena panggil dia kakak..bear jadi adik 
hahahaa apa² je la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...