CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 June 2011

Liat nak bangun pagi

Pagi tadi aku bangun macam biasa 5.30am dah bangun dah..6.20am mula kejutkan dhia, panggil2 nama dia soh bangun sambil aku bersiap. tapi bila walid dia takde mmg liat ar dhia nak bangun pagi, panggil macam mana pun tak akan bangun punya. kalau walid ada panggil nama je dah terus gerak2 badan dan terus bangun mintak susu.

minggu ni mr.hubby kerja malam, so pagi2 aku lar bersilat siapkan dhia. dhia pulak klu walid takde mmg suka buli ibu. pagi ni pulak aku pakai shawl jenuh ar nk melilit..aku bukan reti sgt pkai shawl ni, ada masa pusing-pusing terus jadi..ada masa tak menjadi. tapi shawl yg aku guna pagi tadi ni mmg aku tak berapa suka sebab susah nk pakai. senang cerita aku ni klu bersiap mmg lmbt lar.

dah 6.45am aku kejutkan dhia, gerak2 kan badan dia tapi biasa ar merenggek je ar kejanya. tgk dia merengek aku terus pi buat susu, bila masuk balik bilik tgk dhia tutup muka dgn bantal. panggil2 wat tak reti je..bila angkat je bantal terus tersenggih2..oooo pandai acahkan ibu ye...

bila susu dah habis, soh bangun tak mau..bila ckp "jom tgk bird" terus bangun sebab dengar bunyi bird kat luar..kebiasaan dhia klu bangun akan terus gi meja mekap posing2 depan cermin..cehh gigi tak gosok, rambut mcm singa nk posing2 konon..

aku ajak dia pi pakai kasut tp jalan buat2 malas slow je jalan..skang ni dhia penakut duk sorang, aku baru jalan ke dapur dhia dah merengek. soh pakai kasut pun tak mau pi keraskan badan pulak..slalu bila suruh ambik kasuh senang je terus ambik pakai sendiri.

ni saja lar ni nak melambatkan aku yg sedia ada lmbt.mcm semalam mmg lansung tak mau bangun, minum susu tidur, tukar pampes pun tido..aku kena dukung dia..dah lar dgn nk bawak handbag, dgn beg dhia lagi, dgn dhia yg dah semangat..serius aku skang ni dah tak larat nak dukung dhia. badan dhia makin berisi, apa org mkn itu dia mintak..klu nmpk biskut atas meja dia boleh pi ambik sendiri. padahal baru jap makan nasi.

masuk dlm kereta pun mata kuyu je..smpi ke taska mmg dia mamai habis tak heran kt aku langsung.tu lar akibat skang ni dah pandai tido lewat pastu bangun pagi susah.


ni lar dia si molat-molat omey yg pandai berlakon ni, ingatkan tido bila angkat bantal tersenyum-senyum.

Anak Jimmy Shanley, Zahrah Shanley


Bangun-bangun pagi check email terus ternampak satu email yang bertajuk “Gambar anak Jimmy Shanley“. Menurut pengirim email gambar di atas ialah Zahrah Shanley. Zahrah Shanley telah dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram di hari Jumaat lepas di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

Jimmy Shanley nampaknya memang benar-benar menghargai dan menanti kehadiran anak sulungnya. Jelas dapat dibaca kegembiraan Jimmy daripada kata-katanya di bawah ini:-

Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan Linkalhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani

Zahrah sungguh bertuah mendapat seorang ayah yang sangat prihati dan mencintai dia. Semoga dengan kehadiran Zahrah akan menyatukan kembali ikatan ibu dan ayahnnya. Sama-samalah kita doakan. Kredit to Beautifulnara.
::comey sgt ank Jimmy nih..moga dgn kehadiran baby ni diaorg suami isteri berbaik semula..ada hikmahnya..::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...