CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 March 2011

MY FIRST GIVEAWAY dari SEW AND CUT


Ni merupakan GA pertama dari Sew and Cut
GA ni terhad kepada 20 penyertaan je..sebab pin cushions ni ada 20 biji je..
Cepat-cepat lar join yer...SEWandCut
GA berakhir 28 MAC 2011




Pengharaman Setahun Untuk Bimbing Cara Guna Botol Susu Ada BPA

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) yang direndam di dalam air panas melebihi 10 minit akan mempercepatkan proses pindahan BPA kepada susu yang boleh memberi kesan terhadap sistem saraf bayi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata berikutan itu, kerajaan memberi tempoh setahun untuk mengharamkan penjualan botol susu tersebut bagi memberi penjelasan dan bimbingan kepada ibu bapa cara penggunaan botol susu tersebut dengan betul.

"Botol ini boleh dipakai, ia tidak salah, ia bukan racun tetapi kita bimbang ibu bapa salah guna pakai botol susu kerana apabila ia direndam di dalam air panas lebih 10 minit, jadi proses pindahan BPA kepada susu lebih tinggi.

"Apabila ada migrasi BPA, ia akan sebabkan kesannya kepada neuro bayi itu, jadi kita rasa penggunaannya (yang salah), bukan botol itu," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kesihatan pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Pada 14 Mac lepas, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuat kuasa 1 Mac 2012 sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol tersebut selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

Liow berkata tempoh setahun yang diberi kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna dan industri adalah berpatutan dan kementerian juga akan memastikan tidak ada lambakan botol susu jenis tersebut di pasaran nanti.

"Penjualan botol susu tersebut juga beransur kurang kerana adanya pengumuman ini, pengguna telah berwaspada dan mempunyai kesedaran tinggi dan takkan beli botol susu polikarbonat ini.

Beliau berkata kementerian telah berkongsi maklumat dengan orang awam melalui kenyataan akhbar, poster dan risalah di mana bimbingan diberi mengenai cara mengenal pasti botol susu polikarbonat dan cara penggunaannya yang betul mengikut saranan kementerian untuk mencegah risiko pindahan BPA kepada botol susu.

-- BERNAMA

::Sendiri fikir lar mana yang baik utk anak-anak::



Susah betul kalau ada orang yg terlalu ambil berat nih...

Ni bukan kes si suami yang terlalu ambil berat hal isteri or si isteri terlalu ambil berat pasal si suami..ni pasal org2 ofis yg terlalu ambil berat jaga tepi kain org smpi kain sendiri terlondeh.

Tiap saat lar nk pantau aku ni wat pe....jap jap kang datang ninjau aku watpe..konon buat-buat tengok fax ada ke takde..padahal tinjau kt tepi pintu pun bolehkan..bila ada org dtg kt tmpt aku nih borak2 tak kisah ar hal keja ke gosip ke ko pun sibuk lar meninjaukan..
hello aku ni PA jaga bos, ko tu diselia oleh EO&PSU. Bukan kerja ko kot pantau PA wat pe..jauh benar gred ko tuh..

Walaupun ko dah tukar bahagian, tapi tukar bahagian sebelah je ar..still nk pantau aku watpe kan..still nk tau si polan wat pe si polan tu pulak watpe..mmg bakat yg ko ada tuh sesuai jadi makcik mata-mata gelap.


Kalu aku cuti ke MC ke ko lar org pertama yang kecoh..tapi kecoh time aku tak datang je lar..bila aku datang ofis ko wat baik sgt kan..deyyy aku cuti ke aku EL ke aku MC ke aku harus bagi tau bos bkn ko..SKT pun bos sorang je yg nilai aku bkn ko!


eee...tak sukanya ada org terlebih caring tak bertempat nih..klu ko CC ke, EO ke, PSU ke Bos ke aku tak kisah sgt..dahtu suka terbalikkan cerita..cerita lain kt org ni, pusing cerita kt org ni..ish..ish..ish usia dah 40an nak masuk 50an dah pun, tapi tak berubah-ubah perangai tu..patut lar start ari pertama aku masuk keja je ramai yg ingatkan aku supaya berhati-hati dgn ko ni kan..mula-mula aku wt donno je lagi sbb aku baru sumua org aku tak kenal, tapi lama-lama aku taw ko cmne..ko marahkan orang ni tapi ko cucuk org lain supaya marah bg pihak ko..kesudahannye org yg ko cucuk tu jadi mangsa keadaan..

yang sorang lagi ni pulak..suka lar skit2 jumpa bos..patutnya hal kecik je ko leh bgtau penyelia ko, CC ke EO ke PSU ke..ni tak direct nk jumpa bos..walaupun aku dah bagitau jwpn tetap nk jmpa bos..bos aku tu bz ari-ari ada meeting..yg sorang ni pun kaki kipas jugak..slalu lar cuti free means cuti tapi tak isi online..nasib lar CC tak check cuti..kt bos pulak ko ckp CC tak bagi cuti lar, CC marah ko lar..padahal ko slalu ilang, xpenah bagitau Cc ko nk gi mana..keja tak siap, ari jumaat slalu EL tapi ari sabtu ahad rajin datang wat OT sampai petang..walhal ari bekerja isnin hingga jumaat tu satu keja pun ko tak wat...

Tu lar mcm2 ragam org nk idup ni..depan pegawai lebih-lebih bos tunjuk ko lar yg rajin..napa lar klu bekerja tu nk kejar sgt APC..sampai sanggup wat pe saja..tak kisah lar cantas org ni caras org ni..tu dah kira tak ikhlas bekerja dah tu...macam-macam hal...

::berubahlah sebelum terlambat::


Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA X11)

PUTRAJAYA 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lagi beberapa khabar gembira untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing.

Ia dimaklumkan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Kerajaan Bertanggungjawab: Menunai Janji, Melangkau Jangkaan” di hadapan 5,747 penjawat awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) di sini.
Turut mendengar pengumuman tersebut ialah masing-masing 300 dan 270 penjawat awam yang menghadiri sidang video dengan Perdana Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Sarawak dan Auditorium Intan di Sabah.

Berikut perkara yang diumumkan Perdana Menteri:
1) Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, pesara skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau di bawah Seksyen 6A(6) Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan percuma.
Pelaksanaan pemanjangan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang telah di bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Bagaimanapun, ia tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

2) Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, ganjaran akan dibayar 100 peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah pilihan skim pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

3) Kajian semula sistem saraan sedang dijalankan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.

4) Kerajaan akan memperkenalkan anugerah khas kepada penjawat awam yang aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan selain menunjukkan mutu kerja yang tinggi. Untuk itu, tahap prestasi kerja dan penglibatan aktif dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan tersebut.

5) Pegawai-pegawai awam di peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi akan dihantar untuk mengikuti kursus-kursus terpilih bagi menyediakan mereka dengan kemahiran kepimpinan. Pada masa sama, kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai yang telah berjaya memiliki kelayakan yang tinggi.

6) Kajian terperinci akan dilaksanakan untuk merasionalisasikan perkhidmatan awam bertujuan mengurangkan lebihan anggota melalui penjajaran semula fungsi agensi yang bertindih, pengawalan pengisian jawatan kosong dan pengagihan semula perjawatan.

7) Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

8) Jawatankuasa penilai pemantauan prestasi akan ditubuhkan bagi memastikan pegawai kerajaan terlibat dalam sistem pool tidak teraniaya di mana elemen keadilan dan penilaian bebas akan diamalkan.

9) Bagi pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi, satu kaedah exit policy akan diwujudkan di bawah Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.

::tengah tunggu berita gembira, kot-kot lar PM nk bagi naik gaji ke...hehehe::

 

15 March 2011

Bahaya Botol Susu Plastik ~ Polikarbonat Diharamkan

PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut. 

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.  “Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

“Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.  Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.  Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.  “Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.  “Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

“Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.  Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.  Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my/.

Sumber Utusan online

Aku mmg sangat bersetuju dengan langkah kerajaan mengharamkan penjualan botol susu jenis Polikarbonat yang mengandungi Bisphenol (BPA).  Tapi kenapa lar nk tunggu 1 Mac 2012 baru nk kuatkuasa pengharaman tu.  Sebagai ibubapa yang prihatin kalau dah tau bnda tu tak elok utk anak2 tak payah lar tunggu 2012 baru nk tukar botol susu yang "BPA free" atau "bebas BPA".  Skang ni pun kat pasaran banyak botol yang "BPA free" yang mampu utk semua org beli..nak tak nak je tukar..


MAM BPA free..botol susu favourite Dhia dulu kini selamanya...:)


Avent pun sama..dhia ada satu botol ni mummy damia bagi tapi klu guna botol ni kena tukar pakai puting MAM..


botol ni pun sama gak BPA free..ni botol kaca..cantik gak ada niat nak beli tapi mahal skit lar..tapi rs cam ssh gak nk jaga sebab luar dia tu kan ada lubang2 nnti klu kotor melekat cam ssh nk basuh..



09 March 2011

COMELLOTE NEW BORN CONTEST by Amieylee & Iedaremy


Sesiapa berminat sila klik banner k..
Tarikh tutup 31 MAC 2011

Gambar yg dipertaruhkan ialah...jeng..jeng..jeng...


Gambar nih mmg betul2 fresh from oven..baru sangat keluar..tu yang muka masih bengkak-bengkak tuh...masa tu rasa cam tak caya je dah pegang anak sendiri..:)


yang ni pulak keesokkan arinya time dah tak sabar nak balik umah..

Nama ibu: Noor Farhana binti Johari
Nama baby: Raja Dhia Nur Baiduri binti Raja Azman
Umur sekarang: 1tahun 5bulan


08 March 2011

kemalasan melanda..

aarrrrggghhhhh....napa aku nih...napa aku jadi malas je nih...adakah dot..dot..dot...owh tidak sama sekali...makin ari makin tak semangat je rasanya + makin malas...aku sendiri tak taw napa..ikutkan keja ada jugak lar tp tak urgent..tapi kemalasan yang melanda diriku ini telah membataskan segalanya...dah 3minggu kot aku rasa camni..kadang-kadang rasa cam aku ni dah rasuah kerja lar pulak...ish berat tuh..

sampai kadang-kadang dah takleh nak terima je kerja kat sini...mungkin sebab nk kena ubah persekitaran dah kot...penah gak ter'pk' nk wat surat tukar je...tp bos aku tu baru je masuk sini..aku pun baru je berkhidmat utk dia..tu yg dia tak berapa nk bagi tu..bukan aku tak suka bos..bos aku tu baik sesangat berbanding 2org bos yang aku penah jaga..tapi aku dah tahap cam boring kot..staff yang lain silih berganti tukar bahagian...tapi yang PA nih dok lar bahagian tuh jerk..

arggghhhh.....mood rajin sila lar datang kembali...aku tak suka pe yang aku rasa skang ni..rasa cam diseksa batin lar pulak...hehehee...

::kena motivasikan diri semula..::



Give Away Pertama Dari All About Life

GA ni d'wat sempena Anniversary diaorg..
Happy Anniversary..moga berbahagia hingga akhir hayat...amin!

Sapa nak join dipersilakan..
Tarikh tutup penyertaan 15 Mac 2011


Cik Azie lucky follower


Tarikh tutup: 23 Mac 2011
Sesiapa yang berminat boleh lar join sebabnya syarat-syaratnya teramat lar senang..
Sila klik Banner atau klik SINI.

Mana tau ada rezeki ker..stakat ni lum lagi bertuah..hehehe..


Selamat Hari Wanita 2011

SELAMAT HARI WANITA YANG KE 100..
Setiap tahun pada 8hb Mac golongan yang bergelar wanita akan menyambut 
HARI WANITA..
Betapa istimewanya insan yang bergelar Wanita...
Dia lah----ANAK
Dia lah----ISTERI
Dia lah----IBU
Dia lah----SEGALA-GALANYA...

::kalau malam ni xnak masak leh tak??kata ari wanita harus ler dapat cuti hehehe::


02 March 2011

selamat sudah semuanya...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ari ahad 27/02/2011 mr.hubby selamat pulang...patutnya ari isnin baru dia sampai umh tapi mr.hubby ckp diaorg suma dah tak sabar nk lik cepat..so ahad pagi pas breakfast tu terus cabut lik KL..dlm tengahari dah sampai..

Aku kat kampung lagi..dalam kul 3.30pm baru gerak lik IE..tu pun pas gi kenduri kawen Afina&Arly..masa mr.hubby bagi tau dah sampai KL mmg tak sabar2 nk lik umh cecepat...hehehe bkn sebab aku mengatal ok..rindu mmg rindu..tapi dhia ni ha dah demam2 rindukan walid dia..pstu asyik lar monyok je..bila walid call pun dah tak mau cakap dah..

Afina nih kawan masa sekolah menengah dulu..kalau tak silap aku masa Form3 kot aku duduk sebelah dia..dia nih suka menyanyi..kalau cikgu tengah mengajar kat depan dia bleh plak nyanyi kat aku..dahtu nyanyi lagu kumpulan NewBoys lak tu..Tomok tu mmg dia minat gila ar..aku lak tak berapa minat..tapi nk wat camne dok ari-ari dengar dia nyanyi...pasangan Afina ni pun org kampung citu gak..tapi aku mmg tak cam lar sapa Arly nih..masa Afina bagi tau dah bertunang..aku risik punya risik siapakah jejaka tu tapi aku gagal ingat sapa orgnye tu..sejak aku bersalin nih memori aku banyak dah kurang lar..almaklum ar banyak urat putus..dah tu masa zaman sekolah muka lain skang ni muka dah lain mana nk ingat..Dyla puas lar bagi tau aku Arly ni kawan si polan si polan tapi haram jadah aku tak leh nk cam sapa..takpe lar janji diaorg ni dah selamat dah jadi suami isteri..

Gi kenduri Afina dengan Dyla dalam kul 1pm baru gerak..alah bukan jauh mana pun dari Mantin ke Taman Andalas 10minit sampai..dapat lar jumpa kengkawan lama time skolah menengah dulu..kebetulan afina jadik ambik pakej andaman kat kawan aku Fiza..

Sampai je terus masuk cari pengantin pstu jumpa Fiza tapi tak puas lar sebab tak dpt borak lama pastu tak teringat langsung nk tangkap gambar..last aku jumpa Fiza masa dia kawen bulan5 tahun lepas..

Aku tak tunggu lama pun, tengok diaorg bersanding..borak-borak dengan kengkawan lama&Fiza terus balik sebab dah tak larat nk dokong dhia..masa tu dhia demam lak tu..

Lepas antar Dyla balik terus kemas-kemas barang terus lik IE..dhia pun dah ngantuk..elok je aku masuk LEKAS dhia pun tido..penat agaknya..


Aku sampai umah dulu, mr.hubby soh tunggu kat bawah tapi aku malas ar naik atas terus..bila mr.hubby bukak je pintu dhia diam je cam tergamam, terus lari peluk mr.hubby..sian dhia rindu sangat kat walid dia sampai demam-demam..
mlm tido nk walid dodoikan peluk je walid tak nak lepas..dhia tido malam ahad tu pun tak berapa lena asyik nangis je..rupanya nk tido dengan walid...ari isnin dengan selasa mr.hubby dapat cuti, tapi dhia lak wat perangai tak mau gi skool..gipun badan dhia panas skit..


Aku bangun cam biasa 5.40am tapi cam biasa lar dhia dok melekat nen je denga aku sampai 6.30am..bila ckp "dhia kena gi skool ye.." terus nangis..nk berdokong dengan walid tak nak lepas mata pun tak nak bukak..dah kul7am masih camtu gak..mr.hubby cakap "ok lar arinih dhia cuti ye temankan walid takpayah gi skool" automatik terus bukak mata, duduk n ntah pe dia cakap sambil tunjuk kat tingkap..kitaoarg punya lar tergelak bukan main pandai berlakon lagi anak aku nih..rupanya mmg dia tak nk gi skool..bila aku menyakat dia ckp "dhia cepat pakai kasut ibu hantar gi skool ye" terus merengek..


Ptg tu pula asyik lar meragam nak mintak keluar..agaknya bosan dok umah..dah lar ujan time tu..bawak lar jalan gi kedai depan tu ha..jadi lar..balik umah baru dapat tido dengan lena..dhia dhia dah banyak kerenah anak ibu nih..


bergambar dengan pengatin...dari kiri depan anis (pangkat makcik aku), dyla, arly (pengantin lelaki), afina (pengantin perempuan), maz (tudung merah merangkap pengapit), aida dan aku bersama dhia tomey..



dari kiri gambar: isma (dah 2org anak), anis, aida, aku, dhia, dyla dan zahra (baby isma).  aku dengan isma je yang dah kawen..lagi 3org tuh lum kawen gi..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...