CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 October 2011

Happy 2nd Birthday My Lil' Princess Dhia





Happy 2nd Birthday Raja Dhia Nur Baiduri binti Raja Azman
arini genap anak ibu 2 tahun..
kejap je rasanya..taw2 dhia nak membesar dgn sekelip mata..
rasa macam baru semalam ibu lahirkan dhia..

dah banyak kerenah dhia skang ni..
pandai ajuk cakap orang, suka membebel, menyanyi, dah pandai di suruh, rajin kalau ibu mintak dhia buat sesuatu, mengada-ngada pun boleh tahan jugak..kalau kena marah skit terus merajuk tutup muka dan susah pulak tu nak dipujuk..kuat merajuk ikut ibu la nih tabiat semasa mengadung..hahahaa..

birthday girl bangun bagi ni senang sangat..pukul 5.30am ibu bangun, dhia pun bangun jugak..agaknya dhia tau la tu arini birthday dia..gi pun smlm lagi aku dgn mr.hubby dah kecoh dok asyik bercakap esok birthday dhia..hehehe
bangun je aku terus wat susu, sebelum aku mandi, saja la aku nyanyi lagu birthday kat dia..dhia lak shy shy cat la pulak..aku nyanyi je dia geleng2 kepala sambil tangan tutup muka and telinga..sambil senggih2..bila tengok dia camtu banyak kali la aku dok ulang nyanyi..hahaha..tutup telinga sebab suara ibu tak sedap ek..:p

tengah aku bersiap2 tu..dhia sempat pulak pegang perut aku sambil ckp baby..baby..pastu senggih..aku pun tanya lar "dhia nak baby ke??nak adikk??" dhia angguk je pulak..means dhia nak ready nak ada adik..nnti baru ibu dan walid pikir yer..

petang ni tak taw la sama ada nak celebrate birthday kat rumah atau kat luar..kang klu kat luar bukan celebrate birthday dhia, ibu walid yang over kang..huhuhuhu..
celebrate birthday dhia dengan kwn2 kat taska nak buat 31/10/2011..ingatkan sempat la aku nak siapkan apam polkadot dengan coklat utk bawak school pagi ni tapi tak sempat lor..

present utk dhia ibu walid belum pikir lagi lar..dhia nak tabung je..sebab dia nak simpan duit2 yang tiap2 hari dia paw kat walid..ibu lak nak belikan dhia tricycle..

pic pagi tadi..kemain payah nak suruh senyum..saja soh dia tunjuk gigi baru lar nampak cam senyum..

moga anak ibu&walid membesar sebagai seorang anak yang solehah, mendengar kata ibu&walid, dapat menjaga adik2 jaga ibu&walid..menjadi bijak pandai..

ibu&walid bersyukur dhia hadir dalam hidup kami..terima kasih ya allah s.w.t..syukur

19 October 2011

CHEESY PERFECTION McD




yahooo mcd bagi kupon lagi lar..
dari ari isnin lagi aku dah print out benda alah nih..tapi sampai la ni belum gi beli lagi..
mr.hubby janji nak pi petang nih..harap2 jadi lar..

tekak ni pun gatal sgt dah nak makan pizza baru tuh..ermm sabar ek..nnti kita pi makan pizza lak ye.
kalah orang mengandung mengidam makan macam-macam..mengada sebenarnye..:p


18 October 2011

Kelar bayi dalam asrama

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai- METRO

**Hey sakit betul ati nih hari-hari tengok berita orang bunuh bayi..bodoh sgt..pendek akal..tau nak sedap je pastu bila mengandung, lahirkan senang2 je nak bunuh..kalau dah taw tak mau mengandung, tak mau ada baby yang ko gi beromen tu watpe..memang tak belajar sains betul lar..agaknya time cikgu ajar sains bab persenyawaan tu mesti budak ni tido..tu lar mak bapak soh gi sekolah belajar ko gi wat benda tak senonoh pulak..merengkok la ko dalam penjara tu..**

~mood : sakit ati pagi-pagi~




13 October 2011

Demam teruk


minggu lepas aku demam teruk ya amat..
ari selasa petang mula rasa lengguh-lengguh kaki..sampai tak senang duduk. kepala berpusing, badan lak sakit-sakit..
eh pe hal lak kan tiba2 je aku rasa camtu..tunggu jugak lar kul5. walaupun dah tak larat sangat dah..
bawak kereta pun cam hayal je..nasib selamat sampai kat  umah.

sampai je umah terus aku melepek, bagitau mr.hubby badan rasa nak demam. malam terus badan panas giler..sakit kepala..makan ubat terus tido.pagi tu badan rasa seram sejuk je.

pagi tu gagah jugak lar hantar dhia kat taska, sebab mr.hubby keja malam kang nak tunggu dia balik dah kul10..minah tu kalau bangun je nak terus mandi..badan aku ni dah menggigil dah nih..nasib dhia elok je perangai sepanjang aku demam ni.dhia dah paham dah pe kita cakap.

rasanya dah bertahun aku tak penah kena demam teruk macam ni..last demam teruk before mengandungkan dhia..tu pun demam sbb nak dptkan dhia lar tuh..
5 ari jugak lar aku mc..tu pun ulang alik klinik..doctor kata virus..ramai yg demam camni.ada pulak doctor suspek aku pregnant..aku dah cakap dah aku tak pregnant tak caya jugak soh jugak wat urine test..tp dalam ati berdebar gak tu walaupun tau mesti negative punya..ye la kan mana taw termelekat lak..sbb demam ni sama cam nak dapat dhia dulu..hehehe

sakit kepala toksah cakap lar..makan ubat, tido banyak kali pun still kepala sakit sgt..sampai aku dah pikir lain dah..pikir aku ni kena brain cancer ker..*mintak di jauhkanlar penyakit macam tu* sebab aku tak pernah sakit kepala macam tu..

makan pun takde selera..pastu muntah je..bayangkan perut yang kosong pastu muntah..pergghhh seksa woo..aku telantar je lar baring kat umah..tido.tido..tido..mr.hubby buat bubur..tu pun main telan2 je makan sebab risau lagi melarat sakit kepala ni nanti..

semalam baru aku start keja, tapi arinih badan rasa lain macam pulak..perut pun sakit je ni..tekak rasa mual nak muntah..kepala pun berat..mintak jauh la aku sakit lagi..

kat office ni dah 3orang demam serupa mcm aku..semua berjangkit-jangkit..

::takde mood nak tulis..ntah pe yang aku merepekkan ni pun taktau lar..::


04 October 2011

Dhia dah ada adik..

iye betuuulll dhia dah ada adik skang nih..
dhia yang bagi nama kat adik dia tu taw..
kalau tanya mana baby??mana adik??
cepat2 dhia dokong adik dgn penuh kasih sayang..
sikit2 cium..sikit2 peluk..
tukar pampes adik pun dhia yang buat..complete siap cuci bobot buntut guna wet tissue lagi..
rajin betul anak ibu ni taw..
memang seorang kakak yang penyanyang..
tapi kadang-kadang dhia kalau main sampai terlupa kat adik..

ni lar adik dhia....^_^

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

yang sebelah tu lar adik dhia...hehehe..bear yang lain dia tak heran pun yang ni jugak dia suka.

kalau tanya nama adik siapa, nama baby siapa.??

dhia mesti jawab=====>>>>>aaakkkiiiimmmm
next entry nanti baru cerita mana dhia dapat nama adik..huhuhu



Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)

Tujuan

Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman.

Latar Belakang

Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain.

Pada masa ini terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi pulangan yang lebih besar.

Rasional

Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan.

Kaedah Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya. 

SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON
  • WARGANEGARA MALAYSIA (sah aku layak)
  • 21 TAHUN KE ATAS (layak jugak)
  • BEKERJA ATAU MENETAP DI PUTRAJAYA (kerja kat putrajaya- so layak lar)
  • PENDAPATAN ISI RUMAH (BUJANG / SUAMI DAN ISTERI) TIDAK MELEBIHI RM6 000 (ni pun sah layak sgt dah ni)
  • PENGUNDI BERDAFTAR DI PARLIMEN PUTRAJAYA (P.125) (ni belum layak lagi hehehe)
Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali!
  
Soalan & Jawapan

1. Apa itu PR1MA? 
 PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia), adalah satu program Kerajaan untuk
menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas, terutama sekali di kalangan kumpulan
gaji pertengahan, dengan menyediakan lebih banyak perumahan dengan harga berpatutan
di bandar-bandar utama di seluruh negara.

2. Adakah PR1MA sebuah pemaju perumahan, penyelaras program atau pihak berkuasa bagi pembangunan-pembangunan perumahan tersebut. 
 PR1MA akan menjadi satu pihak berkuasa yang akan membangun, mengurus dan
mengendali rumah mampu milik PR1MA yang dibina di bawah programnya.

Unit PR1MA, di bawah Jabatan Perdana Menteri, juga akan memberi sokongan dalam
memperuntukkan rumah-rumah yang dibina oleh pihak swasta, yang telah menerima
bantuan daripada Kerajaan.

Struktur organisasi PR1MA adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Kabinet serta
akta yang berkaitan yang akan dibentangkan di Parlimen. Satu pengumuman rasmi akan
dibuat kelak.
Pembangunan Terkini – Putrajaya Holdings Presint 11

3. Apakah pembangunan perumahan yang diperuntukkan oleh PR1MA buat masa ini?
 Di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan pada 4 Julai 2011,
sejumlah 560 rumah mampu milik akan diperuntukkan kepada pemohon yang layak (syarat
kelayakan seperti di bawah) yang bekerja atau tinggal di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di Putrajaya.

PR1MA percaya semangat kepemilikan di kalangan pemilik rumah adalah amat penting, dan PR1MA ingin memupuk semangat ini di kalangan pemilik bukan sahaja terhadap rumah yang didiami malah komuniti di mana mereka tinggal. Pengundi di Putrajaya adalah berkemungkinan besar bermastautin Putrajaya. Dengan memperuntukkan rumah-rumah ini kepada mereka, PR1MA memupuk semangat kepemilikan dan kemasyarakatan yang lebih utuh di kalangan mereka.

4. Di manakah terletaknya perumahan tersebut? 
 Ia terletak di Presint 11, Putrajaya dan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH).

5. Apakah saiz rumah-rumah yang diperuntukkan itu? Berapakah harga rumah-rumah tersebut? 
420 unit rumah bersaiz 815 kaki persegi dengan harga RM120,000.00 setiap satu. 
140 unit rumah berukuran 1,006 kaki persegi berharga RM150,000.00 setiap satu.
 
6. Bagaimana untuk memohon? (Sila rujuk prosedur-prosedur di bawah) 
Calon-calon yang berminat boleh memohon didalam talian 
  
Permohonan boleh dibuat didalam talian, serta di kiosk-kiosk di beberapa lokasi di
Putrajaya: Pusat Maklumat Perbadanan Putrajaya, Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Galeri Jualan Putrajaya Holdings. 

Pendaftaran dibuka dari 30 September sehingga 13 Oktober 2011.

7. Bagaimana peruntukan akan dibuat? 
Peruntukan akan dibuat melalui proses cabutan terbuka.
 
8. Bila dan di mana cabutan akan dilakukan? (Sila rujuk prosedur-prosedur di bawah) 
Cabutan akan dilakukan pada 15 Oktober 2011 di Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya.

Syarat-syarat Kelayakan

9. Siapa yang layak untuk memohon untuk perumahan PR1MA?
Kewarganegaraan -Anda mestilah seorang warganegara Malaysia.

Umur - Anda mesti berumur 21 tahun semasa memohon.

Gaji - Gaji isi-rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri)

Pemilikan Rumah
Program ini terbuka kepada mereka yang hanya memiliki satu rumah di Malaysia, atau
mereka yang belum lagi memiliki rumah di dalam negara.

Terma & Syarat 
Pemohon mesti setuju untuk menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan, bagi tujuan
penapisan.

Selepas peruntukan rumah, terdapat tempoh moratorium selama 10 tahun, dimana rumahrumah yang dipertuntukkan tidak boleh dijual atau dipindahmilik kepada mana-mana pihak

Rumah-rumah itu mesti didiami oleh pemilik – sebarang bentuk penyewaan tidak dibenarkan

Prosedur

10. Bagaimana saya memohon untuk rumah PR1MA?
Pendaftaran 
- Calon mendaftar didalam talian. 
- Tiket bernombor siri akan diberi kepada pemohon apabila pendaftaran telah disahkan. 
- Tempoh memohon ialah selama 14 hari.

Cabutan 
- Cabutan akan dilakukan pada tarikh yang tertera. (NB: Calon tidak dimestikan hadir namun kehadiran adalah dialu-alukan) 
- Pemohon yang terpilih akan diberitahu melalui surat dan akan diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan penapisan, di suatu masa yang akan ditentukan kelak.

Pengumuman 
Notis terakhir akan dikeluarkan oleh Unit PR1MA, Pejabat Perdana Menteri kepada
pemohon yang berjaya.

11. Bagaimana rumah PR1MA akan diperuntukkan? 
Rumah PR1MA akan diperuntukkan melalui proses cabutan yang telus dan terbuka, yang
adil bagi semua pemohon yang layak.

Setiap proses cabutan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah, yang juga akan
mengendalikan audit yang kerap untuk memastikan proses permohonan adalah telus dan
mematuhi piawaian dan prosedur.


12. Adakah PR1MA akan menawarkan kediaman-kediaman yang serupa di tempat lain? 
PR1MA akan mengumumkan kediaman-kediaman serupa di lokasi-lokasi lain, berserta
dengan syarat-syarat kelayakan dan prosedur-prosedur tertentu bagi projek-projek
tersebut, apabila tiba masanya nanti.

Merancang Kewangan

13. Adakah PR1MA akan memberikan pinjaman kepada pemohon yang Berjaya? 
- PR1MA tidak menyediakan pinjaman kepada pembeli. 
- Pemohon perlu membuat perancangan pinjaman mereka sendiri. 
- Pihak pemaju akan menyediakan senarai bank-bank / institusi-institusi kewangan panel


kalau rasa-rasa dah cukup syarat semua dan sekiranya berminat sila lar isi online kat SINI
nak info lagi layari http://www.pmo.gov.my/
 --------------------------------------------------------------------------------------------------

senang aku tepek kat sini semua info dah tak payah korang nak klik sini klik sana..gi pun senang aku & mr.hubby nak baca. 

ikutkan kitaorang mmg ada sikit layak lar nak mohon Program ni..cuma ada skit je yang aku tulis tu tak layak..pastu yang bertambah buat rasa macam tak mau join sebab:-
  • keluasan rumah dengan harga dia tuh..luas lagi rumah skang ni..
  • rumah putrajaya tu ada balcony, rumah skang ni takde balcony tapi best..
  • tak suka duduk putrajaya, kerja kat putrajaya suka lar..sebab rata-rata duk putrajaya semua orang gomen..
  • sini nak gi mana2 pun dekat..nak shopping pun dekat..:)
  • dah selesa kot dok sini
  • pastu ada lar faktor2 lain yang secret..hahahaha
bagus kerajaan buat Program macam ni..atleast dapat membantu golongan pertengahan ni ha..ni kat sini ramai lar org2 vateran dok apply..kan dah tulis kat syarat2 tu "Program ini terbuka kepada mereka yang hanya memiliki satu rumah di Malaysia, atau
mereka yang belum lagi memiliki rumah di dalam negara." ini yang apply ramai yang dah ada banyak rumah..adoiyaaii..bagi lar kat orang lain pulak..malas nak cakap daaa...

Belanjawan 2012 tangani kesulitan berpendapatan rendah


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kerajaan bakal mengumumkan beberapa inisiatif di dalam Belanjawan 2012 pada Jumaat ini khusus untuk menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah yang kini terpaksa berhadapan dengan cabaran persekitaran ekonomi cukup hebat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, susulan inisiatif-inisiatif itu kerajaan akan mengekalkan momentum ke arah menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.

''Melalui bajet itu kerajaan juga komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara dan kita akan menerangkannya secara terperinci. (Apa yang penting) Apa-apa program yang akan kita laksanakan adalah di bawah lingkungan kemampuan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, prestasi ekonomi negara terus berkembang walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran negara-negara luar antaranya kelembapan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta krisis hutang kerajaan negara Eropah.

''Sebagai negara perdagangan, persekitaran tidak menentu ini sudah tentu memberi kesan kepada ekonomi negara melalui hubungan kewangan dan pasaran kewangan.

''Namun keadaan ini dijangka hanya memberi kesan yang minimum memandangkan negara mempunyai kekuatan daya tahan, asas ekonomi yang mapan serta perancangan ekonomi yang kukuh," katanya lagi.

Mengenai prestasi ekonomi semasa beliau berkata, dalam tempoh separuh pertama 2011 ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 4.4 peratus dan angka itu dicatatkan dalam persekitaran yang mencabar terutama selepas berlakunya gempa bumi di Jepun.

''Namun begitu kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi dalam separuh kedua adalah lebih baik melalui perbelanjaan dan permintaan domestik serta kecergasan aktiviti pelaburan. Kita jangka perbelanjaan pengguna terus mencatat pertumbuhan ekoran harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil," katanya.


Utusan Online




::mmg patut pun bantu orang berpendapatan rendah..tunggu dah lihat je lar 7/10/11  nih::


03 October 2011

cacing perut yang lapar


pelik betul perut aku nih la...kul 8am tadi dah breakfast kuew tiaw goreng..
kul 10am dah krookk..krrookk..berbunyi mintak di isi..
aku wat tak reti je malas nak layan..suke ati lar nak nyanyi lagu ape perut oooii

tapi masalahnya orang klu datang jumpa aku ke dok borang sebelah ke sure dengar bunyi yang tak sedap tu..malu seyy!!

nak tak nak terpaksa la aku makan seketul kuih..baru lar senyap perut ni..
betuah betoll la..camne la aku ni nak diet ha..tiap masa mintak diisi..klu tak turuti bising pulak..

kalau bulan puasa tu toksah kira lar..sampai aku naik malu taw..
ingatkan pas bersalinkan dhia perut ni dah ok..sbb masa mengandung tak pernah perut ni berbunyi. mungkin sebab aku kuat makan masa mengandung..

kadang-kadang, pagi dah melantak  nasi lemak bagai still berbunyi jugak..
kalau kat rumah tu mmg aku wat donno je..lantak lar klu nak bunyi kuat mana pung..

dhia suka baring atas perut aku, klu perut bunyi mesti dia gelak kuat2..geli ati lar tuh..

02 October 2011

weekend dok diam2 kat umah

Weekend yang boring sgt..
Tak gi mana pun mr.hubby keja da..
Ni pun tgh tgk melodi..tp xtgk sgt sebab tak suka dgn pengacara baru ni..

Opsss..baru tau cara update blog guna android..huhuhu agk terlambat gak tau..

Almaklum la baru beberapa bulan guna Samsung Galaxy tak habis godek2 lagi..

Pasni leh la update kat mana2 pun..hoyehhh
Published with Blogger-droid v1.7.4

01 October 2011

Tahniah Nabil Raja Lawak

Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.

Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.

Pasangan suami isteri ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober nanti di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira!

Cantik isteri Nabil..nak tengok gambar-gambar hantaran baca kat  Ohbulan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...