CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 October 2011

Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)

Tujuan

Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman.

Latar Belakang

Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain.

Pada masa ini terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi pulangan yang lebih besar.

Rasional

Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan.

Kaedah Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya. 

SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON
  • WARGANEGARA MALAYSIA (sah aku layak)
  • 21 TAHUN KE ATAS (layak jugak)
  • BEKERJA ATAU MENETAP DI PUTRAJAYA (kerja kat putrajaya- so layak lar)
  • PENDAPATAN ISI RUMAH (BUJANG / SUAMI DAN ISTERI) TIDAK MELEBIHI RM6 000 (ni pun sah layak sgt dah ni)
  • PENGUNDI BERDAFTAR DI PARLIMEN PUTRAJAYA (P.125) (ni belum layak lagi hehehe)
Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali!
  
Soalan & Jawapan

1. Apa itu PR1MA? 
 PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia), adalah satu program Kerajaan untuk
menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas, terutama sekali di kalangan kumpulan
gaji pertengahan, dengan menyediakan lebih banyak perumahan dengan harga berpatutan
di bandar-bandar utama di seluruh negara.

2. Adakah PR1MA sebuah pemaju perumahan, penyelaras program atau pihak berkuasa bagi pembangunan-pembangunan perumahan tersebut. 
 PR1MA akan menjadi satu pihak berkuasa yang akan membangun, mengurus dan
mengendali rumah mampu milik PR1MA yang dibina di bawah programnya.

Unit PR1MA, di bawah Jabatan Perdana Menteri, juga akan memberi sokongan dalam
memperuntukkan rumah-rumah yang dibina oleh pihak swasta, yang telah menerima
bantuan daripada Kerajaan.

Struktur organisasi PR1MA adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Kabinet serta
akta yang berkaitan yang akan dibentangkan di Parlimen. Satu pengumuman rasmi akan
dibuat kelak.
Pembangunan Terkini – Putrajaya Holdings Presint 11

3. Apakah pembangunan perumahan yang diperuntukkan oleh PR1MA buat masa ini?
 Di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang dilancarkan pada 4 Julai 2011,
sejumlah 560 rumah mampu milik akan diperuntukkan kepada pemohon yang layak (syarat
kelayakan seperti di bawah) yang bekerja atau tinggal di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di Putrajaya.

PR1MA percaya semangat kepemilikan di kalangan pemilik rumah adalah amat penting, dan PR1MA ingin memupuk semangat ini di kalangan pemilik bukan sahaja terhadap rumah yang didiami malah komuniti di mana mereka tinggal. Pengundi di Putrajaya adalah berkemungkinan besar bermastautin Putrajaya. Dengan memperuntukkan rumah-rumah ini kepada mereka, PR1MA memupuk semangat kepemilikan dan kemasyarakatan yang lebih utuh di kalangan mereka.

4. Di manakah terletaknya perumahan tersebut? 
 Ia terletak di Presint 11, Putrajaya dan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH).

5. Apakah saiz rumah-rumah yang diperuntukkan itu? Berapakah harga rumah-rumah tersebut? 
420 unit rumah bersaiz 815 kaki persegi dengan harga RM120,000.00 setiap satu. 
140 unit rumah berukuran 1,006 kaki persegi berharga RM150,000.00 setiap satu.
 
6. Bagaimana untuk memohon? (Sila rujuk prosedur-prosedur di bawah) 
Calon-calon yang berminat boleh memohon didalam talian 
  
Permohonan boleh dibuat didalam talian, serta di kiosk-kiosk di beberapa lokasi di
Putrajaya: Pusat Maklumat Perbadanan Putrajaya, Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Galeri Jualan Putrajaya Holdings. 

Pendaftaran dibuka dari 30 September sehingga 13 Oktober 2011.

7. Bagaimana peruntukan akan dibuat? 
Peruntukan akan dibuat melalui proses cabutan terbuka.
 
8. Bila dan di mana cabutan akan dilakukan? (Sila rujuk prosedur-prosedur di bawah) 
Cabutan akan dilakukan pada 15 Oktober 2011 di Kompleks Kejiranan, Presint 11, Putrajaya.

Syarat-syarat Kelayakan

9. Siapa yang layak untuk memohon untuk perumahan PR1MA?
Kewarganegaraan -Anda mestilah seorang warganegara Malaysia.

Umur - Anda mesti berumur 21 tahun semasa memohon.

Gaji - Gaji isi-rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri)

Pemilikan Rumah
Program ini terbuka kepada mereka yang hanya memiliki satu rumah di Malaysia, atau
mereka yang belum lagi memiliki rumah di dalam negara.

Terma & Syarat 
Pemohon mesti setuju untuk menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan, bagi tujuan
penapisan.

Selepas peruntukan rumah, terdapat tempoh moratorium selama 10 tahun, dimana rumahrumah yang dipertuntukkan tidak boleh dijual atau dipindahmilik kepada mana-mana pihak

Rumah-rumah itu mesti didiami oleh pemilik – sebarang bentuk penyewaan tidak dibenarkan

Prosedur

10. Bagaimana saya memohon untuk rumah PR1MA?
Pendaftaran 
- Calon mendaftar didalam talian. 
- Tiket bernombor siri akan diberi kepada pemohon apabila pendaftaran telah disahkan. 
- Tempoh memohon ialah selama 14 hari.

Cabutan 
- Cabutan akan dilakukan pada tarikh yang tertera. (NB: Calon tidak dimestikan hadir namun kehadiran adalah dialu-alukan) 
- Pemohon yang terpilih akan diberitahu melalui surat dan akan diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan penapisan, di suatu masa yang akan ditentukan kelak.

Pengumuman 
Notis terakhir akan dikeluarkan oleh Unit PR1MA, Pejabat Perdana Menteri kepada
pemohon yang berjaya.

11. Bagaimana rumah PR1MA akan diperuntukkan? 
Rumah PR1MA akan diperuntukkan melalui proses cabutan yang telus dan terbuka, yang
adil bagi semua pemohon yang layak.

Setiap proses cabutan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah, yang juga akan
mengendalikan audit yang kerap untuk memastikan proses permohonan adalah telus dan
mematuhi piawaian dan prosedur.


12. Adakah PR1MA akan menawarkan kediaman-kediaman yang serupa di tempat lain? 
PR1MA akan mengumumkan kediaman-kediaman serupa di lokasi-lokasi lain, berserta
dengan syarat-syarat kelayakan dan prosedur-prosedur tertentu bagi projek-projek
tersebut, apabila tiba masanya nanti.

Merancang Kewangan

13. Adakah PR1MA akan memberikan pinjaman kepada pemohon yang Berjaya? 
- PR1MA tidak menyediakan pinjaman kepada pembeli. 
- Pemohon perlu membuat perancangan pinjaman mereka sendiri. 
- Pihak pemaju akan menyediakan senarai bank-bank / institusi-institusi kewangan panel


kalau rasa-rasa dah cukup syarat semua dan sekiranya berminat sila lar isi online kat SINI
nak info lagi layari http://www.pmo.gov.my/
 --------------------------------------------------------------------------------------------------

senang aku tepek kat sini semua info dah tak payah korang nak klik sini klik sana..gi pun senang aku & mr.hubby nak baca. 

ikutkan kitaorang mmg ada sikit layak lar nak mohon Program ni..cuma ada skit je yang aku tulis tu tak layak..pastu yang bertambah buat rasa macam tak mau join sebab:-
  • keluasan rumah dengan harga dia tuh..luas lagi rumah skang ni..
  • rumah putrajaya tu ada balcony, rumah skang ni takde balcony tapi best..
  • tak suka duduk putrajaya, kerja kat putrajaya suka lar..sebab rata-rata duk putrajaya semua orang gomen..
  • sini nak gi mana2 pun dekat..nak shopping pun dekat..:)
  • dah selesa kot dok sini
  • pastu ada lar faktor2 lain yang secret..hahahaha
bagus kerajaan buat Program macam ni..atleast dapat membantu golongan pertengahan ni ha..ni kat sini ramai lar org2 vateran dok apply..kan dah tulis kat syarat2 tu "Program ini terbuka kepada mereka yang hanya memiliki satu rumah di Malaysia, atau
mereka yang belum lagi memiliki rumah di dalam negara." ini yang apply ramai yang dah ada banyak rumah..adoiyaaii..bagi lar kat orang lain pulak..malas nak cakap daaa...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...