CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 May 2013

Happy 5th Anniversary

~30 Mei 2013 ~ genap usia perkahwinan kami 5tahun..

kejap je rasanya. dhia pun nak masuk 4tahun..

~semoga 5tahun usia perkahwinan ni lebih mematangkan kita berdua :)

~kasih, sayang, rindu makin hari makin bertambah..

~terima kasih banyak² kepada suami tercinta sebab banyak bersabar dengan kerenah isteri dia ni..

~terima kasih banyak² sebab abg tersangat la rajin dan ringan tangan dan ringan tulang. lebih² lagi bab memasak dan mengemas rumah.

~terima kasih sebab menjadi pendengar setia..

~terima kasih utk segalanya..

~love u so much..






sekarang ni lagi bertambah parah kot, pagi pergi kerja tengahari dah rindu..
tu belum kira weekend husband kerja dan kami berdua je balik kampung dah tak sabar nak jumpa.

sekarang kalau hubby kerja petang, dia sanggup tukar shift 3-4hari kerja pagi atau malam supaya dapat luangkan masa bersama.

"sekarang ni abg rela tukar kalau shift petang, ye la kalau anak rindu ok lagi, ni karang ibu yg rindu camne??" ceh sabar je la aku..padahal dia pun sama..

tapi kadang² kalau dah lama tak gaduh mesti rindu..wakakaka..fesyen kitaorg ni kalau gaduh takde la sampai tinggi² suara, sampai terbang piuk belanga.

mesti dua² diam, wat tak reti je..tapi tak lama tu elok dah..

dah masuk usia perkahwinan 5tahun ni ramai la yang tanya "bila nak tambah anak lagi?" "dhia dah besar bila nak ada adik?"

siapa yang tak nak tambah anak, dhia pun dah pandai mintak adik..tapi belum rezeki kami lagi..usaha tetap usaha.

cuma kadang-kadang berhadapan dengan orang yang cakap sebelum berfikir ni yang membuatkan aku jadi stress, jadi down sangat


::Semoga hubangan kami kekal bahagia hingga akhir hayat::

29 May 2013

~~Kisah misteri malam tadi dan kisah sebelumnya~~

bangun sahur pagi tadi hubby cerita yg mlm tadi pukul 12.30mlm dhia  merengek bangun pegi kt tingkap tapi dhia tak sempat nak berdiri baru melutut, hubby dah bangun

dhia kenapa ni sakit perut ke nak gi toilet? dhia geleng tapi mata tutup
terus baring semula.

aku macam biasa la skang ni asal letak kepala kat bantal terus tido tak sedar apa dah. akan sedar bila alarm clock bunyi je.

takde la terkezut sangat sebab maybe dhia mengigau sebab penat sangat.
tak pernah lagi dhia mengigau bangun, pernah dua kali je mengigau bercakap. tu bagi aku biasa je.

6.30am kejut dhia gosok gigi basuh muka basuh bobot. tak mandi pun sebab cuti skolahkan..mandi kat taska je la.

tengah sikat rambut tanya dhia pasal mlm tadi

ibu : kenapa malam tadi dhia bangun pergi kt tingkap?
dhia : ada org antu kt tingkap panggil yaya dia ketuk-ketuk tingkap tp walid panggil yaya terus dia takde
ibu : warna itam ke (sambil tunjuk sofa) warna putih (tunjuk pas keje warna putih)
dhia : warna putih
ibu : lainkali jangan pergi tau, baca "Allahhu Akbar" nnti antu lari.

dhia angguk dan ikut baca

sampai ofis terus cerita kt hubby sbb masa tanya dhia tu hubby dah pegi keje dulu.

"pagi tadi masa nak turun bawah nampak beberapa org india turun ikut tangga pakai kain putih klu tak silap. agaknya dia halau hantu umah atas ni kot. mlm tadi abg mmg tak leh nak tido rasa semacam je"

"mlm tadi ayg sidai kain dengar tak tau la bahasa cina ke india ke mcm baca mentera kuat pulak tu suara ramai, tp tak psti umah mana..dulu pun pernah dengar macam tu"

hubby mmg jenis boleh rasa dan dengar benda² halus ni. pernah umah kitaorg tersesat benda tu ikut, sampai dhia demam dan hubby rasa lain macam. sampai tak leh tido malam nampak benda tu kt hall dan benda tu cuba masuk kt badan hubby. 

masa tu pas asar kalau tak silap ari jumaat..hubby call soh terus balik kampung je sebab nak panggil ustaz dan bersihkan umah..tiba² suara hubby jadi besar garau suara org lain. call lagi sekali tak angkat. aku dah tak sedap ati dok kat ofis. 

aku mintak boss balik awal 15 minit je lagi nak 5pm.

sampai rumah aku, aku takot² gak nak masuk kang mmg hubby bertukar jadi lain ke..
tapi otw tu dah call kawan hubby yg dok kt sinu, tp dia belum balik umah. aku soh dia terus datang umah nanti.

rupanya masa tu benda tu cuba nak masuk tp hubby lawan.

dah beberapa kali dah benda tu nak masuk tapi tak berjaya, hubby nampak rupa benda tu camne. bila hubby baca ayat kursi benda tu pun ikut. hubby tak nak cerita dengan aku sbb nnti aku takot nak tinggal sorang, sbb hubby kerja malam waktu tu.

baru la aku terpikir patut la dhia ada tunjuk ada antu kt hall. 

bila dengar je mmg meremang la segala bulu aku. terus kemas baju balik kampung. lepas ustaz datang keluarkan benda tu baru la ok.

aku ni mmg tak akan rasa benda² halus macam tu. org kata takde perasaan la..hehehehee

dhia pun boleh nampak benda mcm tu..mungkin sbb dhia budak kecik lagi.

kat kampung banyak kali dhia tunjuk kt kitaorg ada benda kt atas rumah, kat luar rumah. tapi dhia tak takut. baru ni pun dhia tnjuk ada benda kt lubang angin dalam bilik kt kampung.

kalau dengar dhia main dan bercakap mcm tengah main dgn "seseorang" mesti aku tanya main dengan siapa. "yaya main dengan kawan ni, ni kawan yaya" siap tunjuk. "ibu tak nampak ke?"

"yaya tak nak la kawan dengan dia..tak boleh kawan tau, kalau dia nak kawan ckp je yaya taknak kawan.."

dhia angguk dan pegi kt tempat tadi "peeggiii yaya nanak kawan"

"ibu dah kawan dah pegi"

nasib la sekarang ni sifat takot aku dah kurang sangat. kalau la takot tak tau la nak hadap camne.

27 May 2013

Bergilir jaga anak

cuti ooohh cuti...setakat bulan mei ni aku dah cuti 10hari..dengan cuti daftar anak skolah, cuti sebab masalah kesihatan yg tak berapa nak sihat..eh macam² la..tapi balance cuti banyak lagi 20hari..

sebab doktor suruh kitaorg jaga dhia sendiri utk tengok perkembangan&perubahan dhia. mmg takde pilihan kena jugak cuti. tapi bos yg skang ni sangat memahami. love u bos :)

tapi aku cuti sehari je ari isnin. sebab ada kerja urgent yg kena siapkan kt ofis. nasib la hubby kerja malam minggu tu. kena la hubby jaga dhia kat umah.


ptg sabtu hubby antar kami anak beranak balik kampung. ari ahad hubby gi kerja dari kampung..isnin tengahari baru balik rumah.

bangun pagi selepas kejadian jatuh tu alhamdulillah dhia seperti biasa.

cuma 2ari berturut dhia mengadu sakit kepala tapi tak kerap. dan tak nak makan. tapi dhia kalau balik kampung mmg susah nak suruh makan. ingat main je..dan cepat penat, sikit-sikit tido.. lepas 4ari selepas jatuh baru dhia aktif seperti biasa tak banyak tido, dah tak penat, banyak makan. 

sebab masing-masing tak dapat nak cuti so kena la hubby balik awal pukul 6am dah sampai umah.kul 7am pas aku gi kerja baru la dia dpt tido sebab suami mithali ni kemain rajin sediakan breakfast utk aku. huhuhu..

tapi dhia dah biasa bangun awal, pukul 8am dah bangun terus cari ibu..siap telefon kenapa ibu tinggalkan,kenapa ibu tak kiss yaya...aiiyyooo ini budak sangat manja padahal pagi tu banyak kali dah ibu kiss awak tau

kesian jugak kat hubby dengan penat kerja, kurang rehat+tido kena pulak jaga dhia. bila ptg aku sampai umah tengok hubby tengah masak utk dinner. 

"esok abg tak payah la masak dinner, biar ayg je masak kesian abg penat tak dpt tido kena pulak jaga dhia.." 

"takpe la ayg pun penat kerja"

esoknya banyak kali aku warning, "abg jgn masak tau tunggu ayg balik nnti ayg masak tak pun masak sama²" 

nasib mendengar kata..huhuhu..

kul 10pm nak gi kerja hubby asyik menguap je..tengok muka pun tau ngantuk..sian sangat..

ari rabu dhia dah ok sangat². makan pun banyak. 

bos suruh bawak dhia dtg ofis je..siap pesan soh bawak mainan boleh dhia main dalam bilik bos..kalau nak balik awal pun dia soh bagitau je..

bukan taknak bawak nnti jadi macam kes aritu bawak dia datang ofis. kang takot dhia lari² kang jatuh lagi..

nk balik awal pun tak dpt sebab kerja urgent menimbun.

sejak kes jatuh tu mmg aku fobia sangat. dhia lari, lompat pun aku dah jerit "dhiaaa jangan lompat, jangan lari nnti jatuh"

ari jumaat je bawak dhia gi ofis, lagipun nak halfday sbb ptg bwk dhia checkup.
kt ofis ada buat jamuan boss belanja skali dengan department sebelah.
mmg biasanya jumaat mmg kureng kerja sbb masing² dah pikior soknye cutikan..

hubby soh cuti je nnti klu kerja kena balik awal sbb hubby nak gi solat jumaat. pikir punya pikir bawak je la dhia, tengok dia dah sihat dah pun. kalau seharian kena bawak dhia mmg rela cuti dari bwk dhia gi ofis..huhu

dari mlm sampai otw ke ofis tak henti pesan mcm² kt dhia..
sampai dhia pun boring dengar agaknye "ibu asyik ckp jeeee" hahahaaaa

 awal 30minit...rajinnya la dhia ni menulis yeaa...
 baik je dok sebelah ibu, ikut je ibu gi mana..
 
 nyanyi lagi 


tapi sejam lepas tu dhia dah boring. 
puas semalam soh bawak mainan tapi eksyen tak mau bawak siap ckp
"kt ofis mana leh bawak mainan"

boss masuk je, terus ajak dhia masuk bilik dia..
boss mmg suka dgn budak²..tengok dia layan anak² pun punya la lembut je..
sblm gi meeting kul10 boss la layan dhia main n borak. dapat la aku siapkan kerja n tolong diaorg siapkan makanan jamuan nnti.

kemain dhia tak heran dgn aku pun, dok je dalam bilik boss..wah wah wah..
boss nak gi meeting siap soh dhia dok atas atas kerusi dia..ambboooiiii
ibu pun tak berani nak dok atas kerusi boss tu nak ooiii..

"ibu aunty boss baik la tak garang pun"

makan pun nk aunty boss suapkan

sampai aku segan dengan boss,risau dhia kacau boss nak buat kerja.

tiap kali aku soh dhia keluar, boss tak bagi "takpe la ana biar je la dia main, tak kacau saya pun takde la sunyi terhibur saya layan dhia ni sbb dhia peramah sangat"

dhia mmg jenis akan rapat&ikut je org yg baik dgn dia..kalau balik kampung mmg ada org² yg dhia akan ikut je.

nk balik ajk gi checkup punya la susah.
pukul 4 baru kuar ofis.

hubby geleng kepala je dengar cerita dhia kt ofis...huhuhu..

dhia mmg penghibur ati semua org..selalu kt ofis msti teringat kt dhia..
ari-ari pun rasa tak sabar petang nak jemput dhia..

nasib la dhia jenis taknak duduk kampung..kalau dhia nak duk kampung mau ibu walid sunyi awak takde.
 

22 May 2013

Bahaya anak jatuh & muntah

ibu-ibu, bapa-bapa, pengasuh jangan ambik mudah bila anak jatuh.

ni pengalaman sendiri bila dhia jatuh kat taska. tak tau la posisi dia jatuh macam mana sebab kepala dia benjol&lebam dan dhia mutah-muntah.

kejadian ni jadi masa 7 Mei 2013.

biasanya kalau ari jumaat memang aku akan balik lambat, maklum la nak cuti sabtu ahad so kena la abiskan kerja². tapi naluri ibu ni kuat sangat, memang terasa lain macam nak sangat balik sharp 5.00pm dah tercegat kt thumb print. bos&kawan pun pelik nape aku tergesa-gesa sangat. kalau isnin-khamis balik sharp on time diaorg tak pelik..hahahaaa 

5.30pm dah sampai taska dhia, tengok muka dhia lain macam je. tak ceria macam selalu. bila tanya "dhia kenapa ni?" diam je. tanya lagi sekali nak nangis sambil pegang perut.

cikgu ckp "dhia sakit perut masuk angin agaknya sebab tadi dia muntah"
nak masuk kereta tiba² dhia muntah lagi tapi kuar air je warna ijau coklat camtu.

aku dah pelik dah tak penah dhia muntah warna camtu.

"dhia makan tak tadi?"

"makan, susu pun elok je tadi memang main macam biasa. pukul 5 tiba² dhia ckp nak muntah,  tapi tak kuar muntahnya. macam ada benda tersekat kt kerongkong. tak lama lepas tu baru muntah keluar."

"muntah keluar makanan ke?"

"tak muntah air je warna mcm tadi."

aku dah pikir macam² dah sebab tengok dhia lemah sangat² dengan warna muntah dia yg pelik tu.

bawak masuk kereta terus dhia tutup mata, tapi mata putih je nampak. aku panggil dhia..tp dhia xmenyahut pun. memang nampak dhia lemah sangat².

memang tak pikir apa dah, call hubby masa tu dia kt umah baru lik kerja.

"abg tunggu kt bawak sekarang jugak, tengok dhia ni kenapa dia muntah tapi dia lain macam sangat ni" memang pikir nk smpi umh cepat² je.

banyak kali hubby panggil dhia, tanya dhia kenapa tapi dhia macam tak larat nak respond.
aku dah mengalir air mata kt situ jugak.

hubby ajak gi hospital terus. aku ambik susu, air, baju, towel dan terus gerak gi hospital.

masa tu  aku kurang setuju cadangan hubby bwk gi hospital serdang sebab mesti jalan jem org baru balik kerja. tapi hubby ckp klu gi klinik kang doktor soh bawak gi hospital jugak dah buang masa macam tu je.

dalam kereta, hubby soh kejutkan dhia jangan bagi dia tido. aku panggil² dhia tp dia celik mata skit je tu pun nampak mata itam skit je. hubby pun bawak kereta tak tenang skit² toleh belakang, byk kali aku pesan "abg pandang je depan tu bawak kereta cepat skit" padahal jalan jem. aku dah tak tentu arah dah. dalam ati puas berdoa.

dalam kereta dhia muntah lagi warna yg sama, aku bangunkan dhia.

masa tu terselak rambut dhia nampak kt dahi kiri benjol&lebam.

"dhia jatuh ke?" dhia angguk.

lagi la kami risau. aku dukung dhia dok atas pangku. "dhia jangan pejam mata, pandang ibu, dhia sayang ibu walidkan" 

aku terfikir kenapa cikgu tak bagitau dhia jatuh. tapi selalunya kalau terjadi pape kat dhia cikgu akan bagitau. kawan cakar walaupun sikit cikgu akan bagitau.

6.40pm sampai emergency hospital serdang. nurse dukung dhia bawak masuk.masa tu dhia dah lemah sangat, tutup mata.

nurse terus bawak masuk yellow zone, doktor datang check.

aku just cakap "anak saya jatuh kat taska tapi cikgu tak tau, dah 5kali dia muntah"

doktor check kesan lebam&mata terus decide buat CT SCAN. dalam ati berdoa moga anak kami takde pape yg buruk terjadi.

masa 1st buat CT Scan tu dhia separuh sedar. aku pun ikut pegi bilik scan. alhamdulillah takde pape darah beku kt kepala. mungkin gegaran kuat sampai menyebabkan dhia muntah.

aku call cikgu nak tanya lagi sekali dhia ada jatuh ke tak. tapi cikgu ckp dhia takde bagi tau pun dia jatuh. sebab jenis dhia ni apa² pun akan bagitau. selalu kalau jemput dia dalam kereta dhia akan cerita arini dia buat apa, makan apa, belajar apa.

doktor ckp mungkin masa tu dhia jatuh tapi dia tak rasa sakit. selepas tu dia rasa sakit dan muntah. bila budak jatuh dan tak nangis or tak rasa sakit tu yg bahaya. sebab kalau dia nangis dan rasa sakit tu kecederaan luaran je.

lepas CT Scan, dhia masuk air sebab banyak kali muntah. masa tu dah nampak dia ok skit. mata pun dah celik.

aku tanya "dhia jatuh ke?" dhia angguk

"dhia jatuh kat taska ke tadika?" "jatuh taska"

"nangis tak masa jatuh, sakit tak?" "tak nangis, tak sakit"

tiap 15minit doktor datang tengok keadaan dhia.

alhamdulillah masa tu dhia dah sedar sepenuhnya.

hubby ajar dhia supaya zikir, dhia ikut je..lama-lama dhia pun zikir sendiri.

masa cucuk tangan dhia nak masuk air, sikit pun dhia tak nangis, cuma muka je nampak cam sakit sampai doktor ckp "good girl la dia, kuat sungguh ank awk ni"

agaknya dhia dah biasa kot kena cucuk masuk air.sbb sebelum umur 3thn dhia kerap kali deman dan muntah kena masuk air. so dah lali dah kot.

3jam lepas tu baru dhia nak bangun, nak minum air. 3botol penuh dhia minum air tapi lepas tu muntah lagi. tapi muntah warna jernih.aku dah lega sangat dah tengok perkembangan +ve dhia.


 masih mamai lagi.

pukul 11pm doktor suruh masuk wad pemerhatian sampai pukul 12. 

masa kat wad dhia dah nak makan & minum susu. tengok dhia dah ceria. tapi bila tanya dhia jatuh macam mana, tetap tak nak jawab. mungkin dhia fobia.

  dah boleh senyum :D

 dah berselera nak makan :)

masa tu dhia dah asyik nyanyi, bergurau tak lama tu terus tido lena..

cikgu dhia banyak kali sms&call tanya dhia macam mana. sebab dia pun risau sangat.

bila dah pukul 12 doktor datang tengok dhia. doktor bagi keluar wad tapi kena seminggu jaga dhia sendiri. tengok perubahan macam kerap sakit kepala, kurang selera makan, lesu dll..kalau ada tanda macam tu kena bawak gi hospital semula.

doktor bgtau kepala budak lembut, tak macam kepala dewasa. kalau kepala dewasa cedera terus nampak effect kt otak. tapi utk budak kesan kt otak tu lambat.

jadi jangan ambil mudah bila anak jatuh.


tido zzzZZZzzz



surat utk jaga dhia.


kalau ada tanda macam kat atas ni kena terus bawak gi hospital


abis urusan kat hospital sampai rumah dalam pukul 2.30am.
siap tapaw nasi goreng. masa tu baru la terasa lapar teramat. makan dengan rakusnya.


07 May 2013

budak kecik pergi kerja

terpaksa bawak dhia gi ofis, sebab petang taska ada meeting apa ntah..
kira 1st time nak bawak anak gi ofis ni. baru 2x rasanya bawa dhia gi ofis, tu pun masa dhia 6bln& 2thn datang kejap je apply cuti. bos aku dulu takleh nak emergency leave kena jugak datang ofis apply cuti.

tapi bos yg skang ni tak kisah! tu yg sayang lebih tu :p

dalam kereta banyak kali pesan dgn dhia 
"kena dengar cakap ibu tau?" angguk
"jangan lari-lari tau?" angguk
"duduk diam-diam je kat ibu, nnti bos ibu marah" angguk lagi

taaappiiiii.......15 minit pertama je dia dengar semua pesanan tadi
selepas itu..............lupa segalanya

berlari keliling ofis, sampai department lain pun dia pegi terjah..
semua orang dia haaii, nak balik semua org dia gi "byee yaya  nak balik"

sampai org yg tak pernah senyum dgn aku pun leh senyum bila dhia hye..huhuhu

nasib la bos xde gi meeting petang tu..

ramai yg melayan dhia kt ofis, so aku siapkan kerja-kerja dengan tenang tanpa gangguan dhia..

cuma klu dia tengok dalam bilik aku takde je dia mengelabah skit. kejap² dia masuk bilik tengok ibu ada ke tak.

 aunty effa rajin layan dhia, siap bagi dhia main game dlm hp dia pulak tu

 barang mainan yg dibawa, tapi main kejap je pastu tinggal..gi main lari-lari

 masa tu kemain tak ingat nak minum susu, tak tido padahal mata dah bengkak. 

nak ajak balik pun kemain susah lagi..ntah apa seronok main kt ofis ntah..

nak balik baru bos abis meeting, dhia siap salam cium tangan nak kiss pipi bagai..amboi-amboi mentang² bos baik asyik cakap dia comel je..

sampai kat kereta baru ingat minah ni nak minum susu abis susu terus lena..


me : kenapa dhia lari-lari kat ofis, tak dengar pun ibu cakap apa yea

dhia : yaya nak hai semua org la

me : tapi dhia kacau kawan ibu nak wat kerja

dhia : yaya tak kacau pun, aunty yg panggil

me: nnti bos ibu marah tau la

dhia: bos ibu baik jee tak garang pun, ibu yg marah

me: *_*

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...