CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 May 2013

~~Kisah misteri malam tadi dan kisah sebelumnya~~

bangun sahur pagi tadi hubby cerita yg mlm tadi pukul 12.30mlm dhia  merengek bangun pegi kt tingkap tapi dhia tak sempat nak berdiri baru melutut, hubby dah bangun

dhia kenapa ni sakit perut ke nak gi toilet? dhia geleng tapi mata tutup
terus baring semula.

aku macam biasa la skang ni asal letak kepala kat bantal terus tido tak sedar apa dah. akan sedar bila alarm clock bunyi je.

takde la terkezut sangat sebab maybe dhia mengigau sebab penat sangat.
tak pernah lagi dhia mengigau bangun, pernah dua kali je mengigau bercakap. tu bagi aku biasa je.

6.30am kejut dhia gosok gigi basuh muka basuh bobot. tak mandi pun sebab cuti skolahkan..mandi kat taska je la.

tengah sikat rambut tanya dhia pasal mlm tadi

ibu : kenapa malam tadi dhia bangun pergi kt tingkap?
dhia : ada org antu kt tingkap panggil yaya dia ketuk-ketuk tingkap tp walid panggil yaya terus dia takde
ibu : warna itam ke (sambil tunjuk sofa) warna putih (tunjuk pas keje warna putih)
dhia : warna putih
ibu : lainkali jangan pergi tau, baca "Allahhu Akbar" nnti antu lari.

dhia angguk dan ikut baca

sampai ofis terus cerita kt hubby sbb masa tanya dhia tu hubby dah pegi keje dulu.

"pagi tadi masa nak turun bawah nampak beberapa org india turun ikut tangga pakai kain putih klu tak silap. agaknya dia halau hantu umah atas ni kot. mlm tadi abg mmg tak leh nak tido rasa semacam je"

"mlm tadi ayg sidai kain dengar tak tau la bahasa cina ke india ke mcm baca mentera kuat pulak tu suara ramai, tp tak psti umah mana..dulu pun pernah dengar macam tu"

hubby mmg jenis boleh rasa dan dengar benda² halus ni. pernah umah kitaorg tersesat benda tu ikut, sampai dhia demam dan hubby rasa lain macam. sampai tak leh tido malam nampak benda tu kt hall dan benda tu cuba masuk kt badan hubby. 

masa tu pas asar kalau tak silap ari jumaat..hubby call soh terus balik kampung je sebab nak panggil ustaz dan bersihkan umah..tiba² suara hubby jadi besar garau suara org lain. call lagi sekali tak angkat. aku dah tak sedap ati dok kat ofis. 

aku mintak boss balik awal 15 minit je lagi nak 5pm.

sampai rumah aku, aku takot² gak nak masuk kang mmg hubby bertukar jadi lain ke..
tapi otw tu dah call kawan hubby yg dok kt sinu, tp dia belum balik umah. aku soh dia terus datang umah nanti.

rupanya masa tu benda tu cuba nak masuk tp hubby lawan.

dah beberapa kali dah benda tu nak masuk tapi tak berjaya, hubby nampak rupa benda tu camne. bila hubby baca ayat kursi benda tu pun ikut. hubby tak nak cerita dengan aku sbb nnti aku takot nak tinggal sorang, sbb hubby kerja malam waktu tu.

baru la aku terpikir patut la dhia ada tunjuk ada antu kt hall. 

bila dengar je mmg meremang la segala bulu aku. terus kemas baju balik kampung. lepas ustaz datang keluarkan benda tu baru la ok.

aku ni mmg tak akan rasa benda² halus macam tu. org kata takde perasaan la..hehehehee

dhia pun boleh nampak benda mcm tu..mungkin sbb dhia budak kecik lagi.

kat kampung banyak kali dhia tunjuk kt kitaorg ada benda kt atas rumah, kat luar rumah. tapi dhia tak takut. baru ni pun dhia tnjuk ada benda kt lubang angin dalam bilik kt kampung.

kalau dengar dhia main dan bercakap mcm tengah main dgn "seseorang" mesti aku tanya main dengan siapa. "yaya main dengan kawan ni, ni kawan yaya" siap tunjuk. "ibu tak nampak ke?"

"yaya tak nak la kawan dengan dia..tak boleh kawan tau, kalau dia nak kawan ckp je yaya taknak kawan.."

dhia angguk dan pegi kt tempat tadi "peeggiii yaya nanak kawan"

"ibu dah kawan dah pegi"

nasib la sekarang ni sifat takot aku dah kurang sangat. kalau la takot tak tau la nak hadap camne.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...