CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 May 2013

Bahaya anak jatuh & muntah

ibu-ibu, bapa-bapa, pengasuh jangan ambik mudah bila anak jatuh.

ni pengalaman sendiri bila dhia jatuh kat taska. tak tau la posisi dia jatuh macam mana sebab kepala dia benjol&lebam dan dhia mutah-muntah.

kejadian ni jadi masa 7 Mei 2013.

biasanya kalau ari jumaat memang aku akan balik lambat, maklum la nak cuti sabtu ahad so kena la abiskan kerja². tapi naluri ibu ni kuat sangat, memang terasa lain macam nak sangat balik sharp 5.00pm dah tercegat kt thumb print. bos&kawan pun pelik nape aku tergesa-gesa sangat. kalau isnin-khamis balik sharp on time diaorg tak pelik..hahahaaa 

5.30pm dah sampai taska dhia, tengok muka dhia lain macam je. tak ceria macam selalu. bila tanya "dhia kenapa ni?" diam je. tanya lagi sekali nak nangis sambil pegang perut.

cikgu ckp "dhia sakit perut masuk angin agaknya sebab tadi dia muntah"
nak masuk kereta tiba² dhia muntah lagi tapi kuar air je warna ijau coklat camtu.

aku dah pelik dah tak penah dhia muntah warna camtu.

"dhia makan tak tadi?"

"makan, susu pun elok je tadi memang main macam biasa. pukul 5 tiba² dhia ckp nak muntah,  tapi tak kuar muntahnya. macam ada benda tersekat kt kerongkong. tak lama lepas tu baru muntah keluar."

"muntah keluar makanan ke?"

"tak muntah air je warna mcm tadi."

aku dah pikir macam² dah sebab tengok dhia lemah sangat² dengan warna muntah dia yg pelik tu.

bawak masuk kereta terus dhia tutup mata, tapi mata putih je nampak. aku panggil dhia..tp dhia xmenyahut pun. memang nampak dhia lemah sangat².

memang tak pikir apa dah, call hubby masa tu dia kt umah baru lik kerja.

"abg tunggu kt bawak sekarang jugak, tengok dhia ni kenapa dia muntah tapi dia lain macam sangat ni" memang pikir nk smpi umh cepat² je.

banyak kali hubby panggil dhia, tanya dhia kenapa tapi dhia macam tak larat nak respond.
aku dah mengalir air mata kt situ jugak.

hubby ajak gi hospital terus. aku ambik susu, air, baju, towel dan terus gerak gi hospital.

masa tu  aku kurang setuju cadangan hubby bwk gi hospital serdang sebab mesti jalan jem org baru balik kerja. tapi hubby ckp klu gi klinik kang doktor soh bawak gi hospital jugak dah buang masa macam tu je.

dalam kereta, hubby soh kejutkan dhia jangan bagi dia tido. aku panggil² dhia tp dia celik mata skit je tu pun nampak mata itam skit je. hubby pun bawak kereta tak tenang skit² toleh belakang, byk kali aku pesan "abg pandang je depan tu bawak kereta cepat skit" padahal jalan jem. aku dah tak tentu arah dah. dalam ati puas berdoa.

dalam kereta dhia muntah lagi warna yg sama, aku bangunkan dhia.

masa tu terselak rambut dhia nampak kt dahi kiri benjol&lebam.

"dhia jatuh ke?" dhia angguk.

lagi la kami risau. aku dukung dhia dok atas pangku. "dhia jangan pejam mata, pandang ibu, dhia sayang ibu walidkan" 

aku terfikir kenapa cikgu tak bagitau dhia jatuh. tapi selalunya kalau terjadi pape kat dhia cikgu akan bagitau. kawan cakar walaupun sikit cikgu akan bagitau.

6.40pm sampai emergency hospital serdang. nurse dukung dhia bawak masuk.masa tu dhia dah lemah sangat, tutup mata.

nurse terus bawak masuk yellow zone, doktor datang check.

aku just cakap "anak saya jatuh kat taska tapi cikgu tak tau, dah 5kali dia muntah"

doktor check kesan lebam&mata terus decide buat CT SCAN. dalam ati berdoa moga anak kami takde pape yg buruk terjadi.

masa 1st buat CT Scan tu dhia separuh sedar. aku pun ikut pegi bilik scan. alhamdulillah takde pape darah beku kt kepala. mungkin gegaran kuat sampai menyebabkan dhia muntah.

aku call cikgu nak tanya lagi sekali dhia ada jatuh ke tak. tapi cikgu ckp dhia takde bagi tau pun dia jatuh. sebab jenis dhia ni apa² pun akan bagitau. selalu kalau jemput dia dalam kereta dhia akan cerita arini dia buat apa, makan apa, belajar apa.

doktor ckp mungkin masa tu dhia jatuh tapi dia tak rasa sakit. selepas tu dia rasa sakit dan muntah. bila budak jatuh dan tak nangis or tak rasa sakit tu yg bahaya. sebab kalau dia nangis dan rasa sakit tu kecederaan luaran je.

lepas CT Scan, dhia masuk air sebab banyak kali muntah. masa tu dah nampak dia ok skit. mata pun dah celik.

aku tanya "dhia jatuh ke?" dhia angguk

"dhia jatuh kat taska ke tadika?" "jatuh taska"

"nangis tak masa jatuh, sakit tak?" "tak nangis, tak sakit"

tiap 15minit doktor datang tengok keadaan dhia.

alhamdulillah masa tu dhia dah sedar sepenuhnya.

hubby ajar dhia supaya zikir, dhia ikut je..lama-lama dhia pun zikir sendiri.

masa cucuk tangan dhia nak masuk air, sikit pun dhia tak nangis, cuma muka je nampak cam sakit sampai doktor ckp "good girl la dia, kuat sungguh ank awk ni"

agaknya dhia dah biasa kot kena cucuk masuk air.sbb sebelum umur 3thn dhia kerap kali deman dan muntah kena masuk air. so dah lali dah kot.

3jam lepas tu baru dhia nak bangun, nak minum air. 3botol penuh dhia minum air tapi lepas tu muntah lagi. tapi muntah warna jernih.aku dah lega sangat dah tengok perkembangan +ve dhia.


 masih mamai lagi.

pukul 11pm doktor suruh masuk wad pemerhatian sampai pukul 12. 

masa kat wad dhia dah nak makan & minum susu. tengok dhia dah ceria. tapi bila tanya dhia jatuh macam mana, tetap tak nak jawab. mungkin dhia fobia.

  dah boleh senyum :D

 dah berselera nak makan :)

masa tu dhia dah asyik nyanyi, bergurau tak lama tu terus tido lena..

cikgu dhia banyak kali sms&call tanya dhia macam mana. sebab dia pun risau sangat.

bila dah pukul 12 doktor datang tengok dhia. doktor bagi keluar wad tapi kena seminggu jaga dhia sendiri. tengok perubahan macam kerap sakit kepala, kurang selera makan, lesu dll..kalau ada tanda macam tu kena bawak gi hospital semula.

doktor bgtau kepala budak lembut, tak macam kepala dewasa. kalau kepala dewasa cedera terus nampak effect kt otak. tapi utk budak kesan kt otak tu lambat.

jadi jangan ambil mudah bila anak jatuh.


tido zzzZZZzzz



surat utk jaga dhia.


kalau ada tanda macam kat atas ni kena terus bawak gi hospital


abis urusan kat hospital sampai rumah dalam pukul 2.30am.
siap tapaw nasi goreng. masa tu baru la terasa lapar teramat. makan dengan rakusnya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...