CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 May 2013

budak kecik pergi kerja

terpaksa bawak dhia gi ofis, sebab petang taska ada meeting apa ntah..
kira 1st time nak bawak anak gi ofis ni. baru 2x rasanya bawa dhia gi ofis, tu pun masa dhia 6bln& 2thn datang kejap je apply cuti. bos aku dulu takleh nak emergency leave kena jugak datang ofis apply cuti.

tapi bos yg skang ni tak kisah! tu yg sayang lebih tu :p

dalam kereta banyak kali pesan dgn dhia 
"kena dengar cakap ibu tau?" angguk
"jangan lari-lari tau?" angguk
"duduk diam-diam je kat ibu, nnti bos ibu marah" angguk lagi

taaappiiiii.......15 minit pertama je dia dengar semua pesanan tadi
selepas itu..............lupa segalanya

berlari keliling ofis, sampai department lain pun dia pegi terjah..
semua orang dia haaii, nak balik semua org dia gi "byee yaya  nak balik"

sampai org yg tak pernah senyum dgn aku pun leh senyum bila dhia hye..huhuhu

nasib la bos xde gi meeting petang tu..

ramai yg melayan dhia kt ofis, so aku siapkan kerja-kerja dengan tenang tanpa gangguan dhia..

cuma klu dia tengok dalam bilik aku takde je dia mengelabah skit. kejap² dia masuk bilik tengok ibu ada ke tak.

 aunty effa rajin layan dhia, siap bagi dhia main game dlm hp dia pulak tu

 barang mainan yg dibawa, tapi main kejap je pastu tinggal..gi main lari-lari

 masa tu kemain tak ingat nak minum susu, tak tido padahal mata dah bengkak. 

nak ajak balik pun kemain susah lagi..ntah apa seronok main kt ofis ntah..

nak balik baru bos abis meeting, dhia siap salam cium tangan nak kiss pipi bagai..amboi-amboi mentang² bos baik asyik cakap dia comel je..

sampai kat kereta baru ingat minah ni nak minum susu abis susu terus lena..


me : kenapa dhia lari-lari kat ofis, tak dengar pun ibu cakap apa yea

dhia : yaya nak hai semua org la

me : tapi dhia kacau kawan ibu nak wat kerja

dhia : yaya tak kacau pun, aunty yg panggil

me: nnti bos ibu marah tau la

dhia: bos ibu baik jee tak garang pun, ibu yg marah

me: *_*

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...