CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 December 2010

Happy New Year 2011

 Lagi beberapa minit je lagi nak melangkah ke tahun baru 2011.  Rasa kejap je berada di tahun 2010.  Banyak kenangan manis, pahit, payau, kelat semua ada larh..tapi yang paling banyak kenangan manis ar..2010 jugak mengajar aku menjadi lebih matang seiring dengan usia dan mengajar erti kehidupan yang sebenar.  Azam tahun baru?? pe ek?? sudah semestinya menjadi lebih terbaik dari tahun-tahun sebelum nih..mana yang kurang tuh aku akan cuba perbaiki insyaAllah..
macam-macam target yang nk capai tahun 2011 nih antaranya 1st:-nk tukar tempat keje..dah 3thn lebih kt tempat yang sama rasa mcm dah tiba je masa utk buat surat tukar..tp bila nk buat je ada je yg halang. Dan dah 3 bos aku jaga, bos yang ketiga nih mmg baik sesangat, tu yang rs cm sayang je klu nk tinggalkan dia. Takpe lar kena pk betol-betol bia masa yang menentukan. 2nd:- membeli aset yang boleh mendatangkan untung. Banyak lagi sebenarnya tp bia lar aku je yg tau..hehehe..

Moga pe yang korang hajat pun tercapai gak ek..


Bye-ByE 2010 WeLcOmE 2011
::HaNaZman&dHiA::
 
::Moga perjalanan hidup aku and family berjalan dengan lancar, aman, damai dan bahagia.
 


30 December 2010

Syabas Skuad Bola Sepak Negara..

Alhamdulillah akhirnya juara milik kita...sgt heyp and bangga ok..and sgt heyp bila PM umumkan jumaat cuti..yaaahhhoooo!!smlm aku tgk bola sambil layan Dhia..jap kang dia nk tido jap kang nk main..bila time malaysia gol tuh aku tgh dok tidokan Dhia dlm bilik aku dengar ar org blok sebelah tu menjerit aku pun melompat ar gi depan tv..hehehe..sambil-sambil iron baju ingt si kenit tu dah tido tiba2 je ada sebelah aku..ingatkan mimpi ke hapa..angkut ar dia tgk bola skali sampai abis..aku pun xtaw PM bagi cuti jumaat, pagi tadi dgr HotFm, ingtkan arinih cuti, sbb aku tengok jalan nk gi ofis clear je..rupanya jumaat da..berita lanjut baca ar kt bawah nih..petikan dari Harian Metro.

 DETIK KERAMAT...Safiq Rahim (kanan) menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.
Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.
Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.

CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalam.


Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.

Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.
Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.


::tiba-tiba jatuh hati dengan kecekapan penjaga gol Khairul Fahmi..hehehe


 

18 December 2010

boring tol ar..klu ari-ari cmni..

atoiyaaiii, bila mood rajin nk menulis dah sampai, *tenet* ni lak wat hal..lembs giler ar..boring tol ar klu ari-ari gini..pe mau bikin..huhh..bila jd cmni ar tu yg malas nk online fb kt umh.. 

arinih mr.hubby kje pagi. Dhia pagi2 mcm biasa dah bangun, membebel jerk kejutkan kitaorg..haishh ingtkan klu cuti dia bangun lambat rupanye tak..skang nih Dhia dah rajin gi skool, kalau time nk ambik dia tu cikgu ros saja acah nk ambik dia, laju je tangan nk gi kt cikgu ros..tapi klu time pepagi nk antar, Dhia nk je gi kat cikgu dia tuh, tp jangan harap ar nk pandang muka aku or nk bye-bye aku..sombong tol..tiap kali klu antar pepagi mmg cmtu ar..tp klu time ambik baru nmpk kereta dah laju je lambai.

petang smlm aku ambik dhia cm biasa, lik kje terus ambik dhia sebab walid keje pagi so tak kisah ar klu ambik dhia terus. klu walid takde memang aku balik umh dulu dah siap mandi bagai baru kuar ambik dhia. sampai je kt taska, nmpk ada budak diri kt pintu grill aku ingtkan sape ar rupanye Dhia...sooo tooommmeeyyy!!balik umh cerita kt walid, walid ckp "apa lar anak sendiri pun tak perasan" hehehe..Serius weh lain benar aku nmpk Dhia dr jauh.cooommeeeyy!!hehehe..cikgu ros dia bukak je grill terus terkedek2 jalan kt aku sambil senyum2..

diz week aku rajin masak, ari2 masak taw...tp ada ari yg selang seli masak dgn mr.hubby, klu arinih aku masak, sok dia masak. ada tu satu jenis lauk aku masak, satu jenis lagi mr.hubby yg masak.  camtu ar kitaorg slalu. tapi klu time malas masak tu smpi haaa main order je ar, tak pun beli je kat PM (pasar malam). mlm tadi menu kitaorg udang masak tempoyak (of coz mr.hubby yg masak..smpi menjilat jari), tahu telur goreng sayur (aku ar masak) n tempe goreng kicap+cili api (ni pun aku masak..suka gila makan tempe, ari2 tempe pun takpe). kitaorg masak banyk sebab member mr.hubby kata nk dtg, tp tunggu punya tunggu batang idung pun tak nampak..nan ado!! jadinye pagi tadi before mr.hubby gi keje aku panaskan lar sume lauk pauk tu soh dia bwk gi keje dpt ar member2 ofis dia makan..

arinih dok umh jerk..sok pagi mr.hubby kata nk gi titiwangsa, ala2 picnic gitu..nk main kejar-kejar dengan dhia.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...