CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 December 2012

Nasi Itik Wangsa Maju

Dah lama hubby cakap teringin nak nasi itik..leh kata ari² tau dia mengquek..quek..quek..quek kat aku..
selagi tak dapat gitu la dia..mengalahkan org pompuan mengidam.

sebab kesian taktahan moh la kita cari nasi itik tu.

masa dia post kt fb mana lokasi nak cari nasi itik kt KL, aku pun dok google jugak la sebab sebelum tu dia soh aku google tp aku asyik la lupa. bila dia dah post kt fb harus la aku laju² cari en.google.

hasil carian dapat la aku jumpa kt mana lokasi nasi itik ni kat blog akak fauziah

balik rumah punya la dia excited siap tanya kawan kt mana lokasi sebenar. tapi kitaorg tak dapat nak gi cari pun sebab masa tu hubby kerja pagi dan petang kena pegi minggu gaji sebab masa tu dia kerja malam.

tapi aku pulak tak sabar nak gi sebab tgk kt blog akak fauziah ada macam² selain nasi itik. aku bukan makan pun itik tu. kalau benda pelik² ni memang aku taknak cuba langsung. tak tau kenapa. 

kebetulan jumaat lepas hubby kursus dia abis awal. balik kerja aku tak tau nak masak apa, dia pun tak tau nak masak apa jugak. 

pas maghrib laju² anak beranak siap makan kt luar. bila tanya nak makan kt mana hubby ckp tak tau lagi ikut gerak ati..padahal dalam hati aku dah dapat agak dia nak pi cari nasi itik kt Taman Melati tu.

nasi itik punya pasal sanggup menempuh jalan yg agak sesak sampai dhia tertido lena.

kalau baca blog akak fauziah, kedai Papa Z Nasi Ayam tu seberang Stesyen LRT Taman Melati. 

Dua kali pusing mmg takde kedai Papa Z tu..hubby bukak Map, aku bukak lik blog akak fauziah..tp ikutkan memang dah betul dah.

Bila tengok gambar kedai tu sama dgn kedai yg ada sekarang ni tapi nama je lain. tak ingat nama kedai tu apa. kedai tu takde pun ayam dan itik tergantung. orang pun takde.

hubby tak putus asa dia pusing lagi sekali. dah sah² kedai tu dah tak wujud or dah pindah kt tempat lain.

hubby tanya "tarikh post kt blog tu tahun bila?"

"errr May 2011"

"ermmm dah pindah la kot kedainya, kita cari kedai lain la" nada kecewa disitu huhuhu..

meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju sebab kawan hubby bgtau area situ ada kedai nasi itik..

Finally jumpa la kedainya..TAT NASI AYAM..tu pun dua kali pusing sebab tengok tergantung macam semua ayam je..

kali kedua pusing hubby toleh sekali je dia nampak itik tergantung..
aku mana tau rupa itik tu camne..nampak cam semua ayam je..:p

Tat Nasi Ayam ni sederet Restoran Wahab cendol yang famous. tapi kitaorg tak cuba pun cendol tu.lain kali la ek..

duduk je terus tanya nasi itik ada tak..bila dia cakap ada siap tunjuk menu senyum lebar hubby..

dah dapat duck rice terus jadi duck face..hehehee

kami order Nasi Itik, Nasi Ayam Special (nasi&ayam lebih), Jambu Asam Boi, Milo Ais dan Air Suam total RM 24.70

harga ok, makanan pun sedap sangat². konon aku ambik nasi ayam special sebab nak kongsi dengan dhia. tapi minah tu tengah mamai ngantuk tak nak makan nasi pulak. minum susu pun sikit je. paksa jugak makan 2suap pastu dia wat projek besar pulak..adoiyai nasib la dah abis makan, bau semerbak. kat rumah dok makan banyak pisang. lepas bayar terus gi Petronas. nasib ada spare pampers kt dalam kereta.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...