Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an.
Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.
“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.
“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.
“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.
“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.
“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.
Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.
Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.
Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.
Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.
Kesian pompuan tuh dah lar mengidam pastu kena belasah pulak tu..dalam kes nih dua2 bersalah..patutnya isteri kena lar bersabar sikit..bagi lar suami tu rehat dulu, bagi air ke makan ke biar sejuk skit..pastu baru lar bagi tau..ni terus nk terjah jerk..tapi suami tu pun panas baran pulak. tergamak pukul isteri yang mengandungkan anak dia..tak kesian ke?? aku paling pantang betul ar klu laki kaki pukul nih..ingat pompuan nih hapa patung ke??
masa aku mengandungkan Dhia, mengidam nk makan buah nona..masa tu baru 7bulan kot..takde lar pulak mengidam benda yang bukan2..mula2 aku tak taw cmne rasa mengidam tuh..sebab awal2 mengandung tak rasa nk makan pape pun..yg buatkan aku mengidam makan buah nona tu, ntah sapa yg antar email kt aku pasal buah nona siap dengan gmbr lagi. bila aku tengok je gmbr buah nona tu terus automatik dah terasa kat tekak pastu asyik lar teringat2 sampai nk meleleh air liur...hehehee..rupanye cmtu rasa mengidam eh..
aku trus call mr.hubby bgtau aku nk buah nona..time tu dia kursus tapi balik ari lar..aku pun tepon ar papa tnya kot2 ada lagi pokok buah nona tu kt kampung..sbb seingat aku ms kecik2 kitaorg slalu makan buah nona..tapi hampa betul ar papa ckp dah lama dah pokok tu takde..
aduh bila nak tak de pulak..kalau tak nak tu bersepah je org jual..aku cari kt pasar tani kt ofis ni pun takde..biasanye ada je pakcik tu jual..tapi time tu aku xmengidam so tak heran lar..
tunggu mr.hubby lik dr kursus pun hampa dia gi cari tapi tak jumpa..esoknya tu aku gi keja pun still teringat2 buah nona yg sedap sgt!! balik je petang tu mr.hubby tunjuk kt aku bungkusan buah nona..ada 2 biji kaler purple...kawan kursus dia bagi..kawan dia tu pompuan..pun penah mengidam gak..dia punya lar baik hati gi cari buah nona tu kt jusco, mmg rezeki aku lar dia kata tinggal ni je buah tu..aku terus ambik buah tu potong pstu makan sepotong..ms tu punya lar nikmatnya..tak tau cmne perasaan tuh..hehehehe...dah mkn sepotong tu pstu dah xheran dah..buah tu biar je lar dlm fridge.
mr.hubby tnya napa xhabiskan buah tu..aku ckp ar "ntah ar, dah rasa skit cukup ar" . dia pun ckp "nasib ar ayg xmengidam benda yang bukan2 yang susah nk cari"
sampai la bersalin aku xde mengidam apa2 lagi..
so kepada para suami semua, kalau isteri anda mengidam cuba lar paham, bukan isteri tu mengada2 mintak benda yg bukan2..naluri tuh dtg dengan sendirinya..klu tak dpt apa yg mengidam tu mmg rs ralat sgt tau..xdpt digambarkan dengan kata-kata..hanya kaum hawa je yg tau cmne...
tq en.google...yumyum..sedapnye buah nona nih...ops i bukan mengidam ok!!:)
taw xpe..kesian tol..bini srat mngndung pon sggup blasah..eh2..following u..
ReplyDeletetol tu xde hati perut tol an...
ReplyDelete