CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 August 2011

jalan-jalan sebelum raya

memandangkan harini jumaat pastu kat ofis pun ramai yang dah cuti, aku pun dah tak de mood nak buat kerja dari semalam lagi mana taknya sana sini orang dok pasang lagu raya..makanya boleh la aku mengemas blog yang dah berhabuk nih..hehehe..rumah pun tak berkemas lagi ha..mlm kang lepas dhia tido baru boleh buat operasi mengemas :)

petang semalam sebelum berbuka mr.hubby ajak pi ofis dia lepas berbuka dalam pukul 8.00pm. aku pun pelik la terus tanya "nak buat apa" "ada lar..lepas tu kita gi jenjalan tgk baju ke"

si kecik ni pantang kita cakap jalan mmg laju je la..bila tengok aku siap je dia pun cepat2 cari kasut n pakai..pastu dah tak menyabar nak keluar..

OTW gi ofis aku pun tanya la-->>

me: abg nak bawak jenjalan mana??

hubby : tengok la jalan TAR ke

me : apa jalan TAR (dlm hati dah melonjak suka dah nih). bang last kita pergi raya 2thn lepaskan masa ayg mengandungkan dhia kan..*konon nak mengambarkan dah lama tak pi jalan TAR..hehehe

hubby : ha'ah kan..

me : kalau kita pi malam raya mesti bestkan bang, semua murah2..ni kalau kita nak pi arini jalan tak jem ke??

hubby : rasanya tak kot sebab ramai dah balik kampung, takpe la nnti sampi ofis abg tnya kwn abg ok..

me : abg ingt arini ari jumaat ke?

hubby : tak la tau arini ari kamis..nape tanya camtu?

me: takde la ingtkan abg lupa sok ayg kerja ye la tiba2 ajak jln mlm2 gi KL lak tu..abgkan tak suka jem..hehehehehe

hubby : abg tau la..saja je mmg nak ajak ayang pung...

aku yang dok kat belakang senyum je la..hehehe ye la bukan senang nak tunggu mr.hubby ajak aku jenjalan ok..slalu aku yang paksa rela soh dia bawak jln :)

tapi si minah kecik ni, masuk kereta je terus tido..mmg habit dia mcm tu la..ikut aku la tuh :p

sampai ofis mr.hubby, lepak jap kat situ dlm 20 minit..niat nak gi jalan TAR tak jadi sebab mmg jln jem gile..dari sogo pun dah nampak kereta tak bergerak. kalau nak gi boleh tapi kena parking jauh..dengan dhia yang tido malas la nak redah lautan orang ramai. kalau berdua je pergi takpe aku rela..klu bawak anak ni aku jadi malas dan rimas, kesian kat dhia je nanti..

so kitaorg pi je la uptown cheras. sampai sana dalam kul 9.45pm..ingatkan uptown dah tutup pasal gelap je..rupanya diaorg baru nak letak barang..lampu pun tak pasang lagi..kitaorg jalan slow dalam gelap2 tu..

gelap2 pun ramai dah org kat situ..dhia mula2 tido, tak lama lepas tu terus jaga..jaga2 je terus menjerit ckp boboiboy sebab nampak tshirt boboiboy..dhia nak sgt tshirt tu tapi takde size dhia..nasib tak mengamuk kat situ jugak..

kitaorg jalan kejap je sebab org dah ramai dah..dhia pun dah mengantuk sgt..takde benda sgt yang dibeli..

sampai rumah pun dalam pukul 10.30am. saja je la sebelum tido ckp, "bang nnti kita pi mall yang dulu kita pernah dating tu ye" "ok nnti kita pi pe" dlm hati yeaaa....
sebab mall dekat area cheras tu aku tak ingat pe nama dia..dulu masa zaman bercinta 5 tahun lepas ada la 2kali pi sana tgk movie n shopping. tapi tak lama lepas tu mall tu mcm nak tutup dah. semalam lalu situ tengok dah meriah semacam je, tempat pun dah cantik.

kitaorg selalu atleast sebulan atau 2 bln sekali mesti ada hari dating kami berdua. harus la ambik cuti sehari dan dhia kena la gi school. baru la dating namanya. sebabnya mr.hubby kerja shift, masa utk berdua tu mmg terhad sgt..kdg2 ssh nak jumpa..kalau mr.hubby kerja petang, tengah malam baru balik..aku dah tido dah..kalau nak borak apa2 pun pagi tu je la sebelum aku gi kerja..kalau kerja malam pulak, dpt borak jap je la lepas aku lik kerja pastu kul 10.30pm dia dah nak gi kerja..paling best kalau dia normal shift kerja pagi..sabtu ahad pulak belum tentu dapat cuti..kalau weekend dia tak cuti pun mesti mr.hubby akan spend time dgn dhia.

habis nak spend time together dgn ibu dhia kena la masing2 ambik cuti..klu dating mesti kitaorg buat aktiviti masa bercinta dulu, tgk movie..gi tempat2 masa dating dulu..konon mcm nak mengigati zaman percintaan la..pastu keluar lar cerita dolu2..kalau keluar cerita dolu2 aku agak shy2 cat skit..hahahaha..

tp ada segelintir kwn ofis aku yg tak paham keadaan kami, bila tau je aku cuti pi dating berdua mesti dia ckp "kesian dhia, ko cuti pun kena antar taska" aku malas la nak ckp pape..laki ko kerja office hour boleh la ko ckp mcm tu, balik kerja je jumpa, gi kerja pun jumpa..yang aku ni masa berdua tu terhad sangat..pe citer sampi ko ckp kat laki ko, soh laki ko keluar rumah sbb ko dah muak tgk muka laki kot tiap masa ada kat umh..tu lagi berdosa..tu ko tak kisah lak kan...*mula la emo aku sampai*

bg aku masa berdua tu penting jugak..dato' fadilah kamsah pun ada ckp lebih kurang mcm ni la "suami isteri harus buat aktiviti berdua bersama, tak salah kalau buat aktiviti masa sebelum kawen, tak kan sebelum kawen boleh dating2, tapi dah kawen dah ada anak sampai takde masa berdua, sibuk uruskan anak sampai suami/isteri terabai" lebih kurang macam tu la..

::hak dan pendapat masing-masing..janji korang happy, aku pun happy::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...