lepas bayar balik ofis, aku terus kemas2 barang..call bos bagitau aku nak balik atuk meninggal..masa bawak kereta dah tak ingat apa dah pikir nak sampai cepat kat rumah nak ambik dhia..
mama call bagitau dia dtg umah aku dulu pastu gerak sama2..kul 3.30pm jugak la mama papa sampai..papa kata kebumi malam tunggu mak ngah dari kedah sampai..aku tepon adik aku ain dia ada kat shah alam, nak gi ke tak nak..kitaorg pun jemput la si ain, dengan hujan punya la lebat, dengan traffic jam lagi, dengan dhia tak henti2 makan biskut cokalat sampai termuntah tak jugak sampai2..
kitaorg sampai PJ dalam pukul 5pm..kaklong otw dari johor berdua je dengan damia..sampai2 je belum ramai lagi org..adik beradik papa semua ada dengan saudara terdekat.
bila masuk je dlm, tgk sekujur tubuh dhia terus nak gi kat onyang dia..semua org berkumpul pakteh bukak kain tutup wajah jenazah..dhia peluk je aku kuat2 dia macam memahami pulak..bila pakteh tutup balik kain tu, dhia tunjuk2 onyang sambil ckp "kak..kak.."(soh bukak)..org makin ramai aku pun beralih la duduk dekat dapur, dhia pulak asyik ajak nak duduk dkt onyang..
maklang cerita pukul 1pm nak kejutkan atuk utk suap makan, tp atuk tak bergerak..kami semua dah tau atuk akan pergi dalam masa terdekat ni..kami semua redha..tapi atuk je tak tau penyakit atuk yang sebenarnya..panjang umur atuk 91tahun hidup..alhamdulillah atuk pergi dengan tenang..
bersyukur sgt masa family day kat rumah atuk di Tanjung Keling 28 May 2011 semua ada..tengok atuk masa tu pun happy je..lebih2 lagi tengok cicit dia Damia n Dhia..atuk cuba nak dokong dhia tapi tak larat, sbb dhia debab..pastu dhia nak duduk kat riba atuk pun atuk tak larat..
Dalam kenangan
Al-Fatihah..
Di dalam As Shahih diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
“Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara : shadaqoh jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak shalih yang mendoakan kepadanya”.

0 comments:
Post a Comment