CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 December 2011

Sesi melawat baby Aish

 Tengahari tadi aku kuar awal skit..alar xde la awal sangat pun 12.30 dah keluar..
nak pi melawat 2nd baby kak betty..dia dah 40 ari berpantang dah..baru la ni aku dapat melawat dia.

kak betty ni dulu sama bahagian dengan aku, pastu dia tukar pulak bahagian..
aku slalu bertiga dengan kak betty and kak ros..kalau pegi mana-mana mesti bertiga..
kira kamcing la..
tapi kak ros dah tukar jabatan dah..kitaorg bertiga pun dah tak berapa rapat cam dulu..means dah tak leh kuar lunch sama-sama..rehat hari jumaat pun dah jarang sangat bersama-sama

anak sulung kak betty, afiq sebaya dengan dhia 2tahun lebih..tapi anak dia dalam bulan 4 kot dhia pulak bulan 10.

tadi masa sampai umah kak betty, afiq demam. bertampal la dahi cool fever pastu muka masam je..tinggi budaknya..klu nak compare dengan dhia memang nampak dhia rendah pastu nampak afiq lagi matang dari dhia. maybe sebab afiq dah ada adik kot tu yg nampak dia jadi abg long tu..

kak betty lak dok cerita afiq meragam buat perangai masa baru lepas bersalin bila dah nampak baby. tapi dia xpernah nak pukul baby atau nak usik baby. yang jadi mangsa kak betty, ayah dengan nenek afiq.

tengah-tengah kak betty cerita pasal afiq, afiq menjerit pandang marah pulak kat kitaorg..takut siott aku pandang muka dia, memang la dia budak lagi tapi terserlah kemarahan dia..huhuhu

sampai deman-deman afiq bila dapat adik. tu aku ckp mungkin afiq tak bersedia lagi la tu nak ada adik. sebab masa kak betty mengandung pun afiq dah buat perangai dah. dia kata tak nak adik.

tapi afiq sayang adik dia tak kasi orang nak pegang adik dia. nasib afiq tengah demam tadi, mama dia cerita pasal dia pun dia wat tak reti je..aku pun mula la berani nak pegang baby pasal tengok afiq wat tak reti je dengan kitaorg..

lepas aku bagi balik baby kat akak betty, si afiq datang kat aku dari belakang. ingat nak buat apa..rupanya dia debik belakang aku. pastu dia debik pulak kak ani dan cubaan nak gigit kak ani..hehehe..kak betty pujuk afiq jangan buat macam tu..pastu dia ok duduk balik tengok tv..agaknya dia marah aku pasal pegang baby la tuh..

bila aku tengok afiq macam tu, kesian sangat..aku rasa dia belum bersedia kot nak ada adik..tiba-tiba aku teringat kat dhia pulak..bersedia ke dhia nak ada adik??
tapi bila aku atau mr.hubby tanya dhia nak adik ke tak?nak baby ke tak? kadang dhia angguk, kadang kejap angguk kejap geleng..pastu gelak..tak paham aku..:)
selalu tengah aku duduk2 tengok tv dhia datang cium² perut aku pastu letak telinga kt perut sambil cakap baby..tau la perut ibu awak ni macam nandung 3bulan nak oooiii..

pape pun tunggu la tahun depan dhia dah 3tahun baru kitaorg proceed kot utk adik dhia..hehehe..kena ajar dhia supaya sayang kat adik dia.
tapi dhia kalu jumpa baby, tak kisah la anak sapa pun memang dhia sayang habis, asyik nak cium je sampai budak tu naik rimas..harap² dhia dengan adik sendiri pun macam tu la ye naakk..

gambar lama sangat masa aku baru masuk kerja, terserlah muka kesucian aku dlm berkerja..hehehe
tudung cream/putih tu tuan tanah, tengah tu kak ros, kuning tu kak betty


ni la rupanya budak yang suka baby tu :) kakak dhia




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...