CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 December 2011

Bapa kejam rantai 2 anak dalam tandas



 kesian tengok budak ni

 tak pasal² je kena masuk lokap..terima la akibatnya sanggup buat anak macam tu!

BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin. 


Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.

Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.

Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas. -Metro-



********************************************************************************

apalah kejam sangat bapak budak² ni..kot ye pun budak tu buas jangan la sampai kurung budak² tu dalam tandas yang kotor, busuk kaki pulak dirantai lepastu tak di tinggalkan makanan..

budak² tu baru 6tahun dan 2tahun..kan masih kecik lagi..(2tahun besar dhia tu, ish tak dapat aku bayangkan)..budak umur macam tu memang la lasak tengah nak membesar.

kalau takde orang nak jaga pun, takda duit nak hantar kat taska atau rumah orang..mesti dia ada orang tua atau adik bradik yang boleh dia mintak tolong jaga anak tu masa dia pi kerja. tak pun mintak tolong jiran jaga atau tolong tengok²kan budak² tu..aku rasa zaman skang ni takda la semua orang yang tak ambil peduli hal orang lain. masih ada lagi yang ambil berat.

ishhh..memang sakit ati je aku dengar cerita ni kat Hotfm pagi tadi..lagi tambah sakit ati bila baca paper pastu ada pulak gambar budak² tu..

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...