CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 September 2013

hoorreeey

asal hari jumaat je memang hiphip hooorreeyy la
tak menyabar nak cuti 2hari kan

weekend la macam² benda nak dibuat. mengemas, membasuh, melipat.

ari sabtu aku terlupa nak on alarm bangun 6.30am
selalu weekdays alarm 5.30am

syukur la alarm clock lagi satu tu mmg automatik hari² bunyi 5.40am dan aku tersedar tapi macam blur pulak dok fikir arini hari cuti ke kerja?

lama dok fikir, siap bukak kalender kt hp bagai sebab nak tengok hari apa. pastu baru teringat laaa cuti ari sabtu..

hubby pelik apsal mcm menung lama je, dia dah siap solat aku still duduk atas katil lagi.

apesal tiba² semangat sangat nak gi kerja ni..hahahaaa..

cuti la dapat bangun lewat dan sambung tido balik. tapi spesis aku ni susah nak sambung tido kalau dah terjaga. kadang geram je tengok hubby letak kepala terus lena..


projek ari sabtu buat tempahan kek karamel, petang customer datang ambik.
customer ni dah repeat order banyak kali. ni order lebih skit sebab buat kenduri katanya.

akibat tido lepas asar, aku jadi pelupa tiba² teringat mana duit kek tadi ek, check dlm purse takde dalam bag takde. padahal tadi dah kemas satu umah mmg takde pulak jumpa duit.
aku lupa tadi lepas bagi kek aku buat apa..

aku biasa la kelam kabut call hubby dia tanya lepas antar kek buat apa..tapi aku mcm lost lupa tak ingat apa² pastu apa lagi kena bebel la "haaa tu la siapa suruh tido lepas asar"

"takpe la ayg cari balik kat rumah, kalau tak jumpa takde rezeki, syukur kt Allah s.w.t.mungkin rezeki kt tempat lain"

"oohh tadi lepas antar kek ayg tengok surat. ntah² cicir kt situ kot, nnti abg balik kang tlg tengokkan ek?"

"kalau cicir situ mmg takde la tu, mesti dah ada org ambik"

"tak pe la jap lagi ayg turun dgn dhia gi tengok jap" padahal masa tu dah kul 10mlm tukar seluar, sarung cardigan turun bawah

dhia pun kaki membebel jugak "mana la ibu letak duit ni, ibu tak ingat ke"

tapi hampa takde weh... bila dah tak jumpa tu redha je la..tapi...hahaha tetap dok fikir lagi tu..sebab apsal aku cuai sangat.

bila dah tak fikir sangat baru teringat tadi ada ambik katalog cosway pastu plastik dia aku buang dlm tongsampah terus gi dapur tengok dlm tong sampah sah mmg ada duit tu dlm tu. nasib la dlm tu takde sampah basah.

amboii kaya sangat ke sampai buang duit..

dhia ckp "kenapa ibu buang duit, bagi dhia" hahahaa lawak je anak ibu ni.

patutnya hari ahad nak balik banting, tapi tak jadi pulak..minggu depan baru balik kampung
hubby cuti dia nak duk umah layan anak dan mak anak.. :p

bukan senang tau hubby nak cuti. kalau cuti mesti balik kampung.

dhia suka la walid ada rumah. asyik kena buli dgn walid tapi pasrah je la

gelak² kitaorg tengok kerenah dhia..dhia pun pun pelawak jugak ada je benda dia buat or cakap buat org gelak.

petang dah taktau nak buat apa, kitaorg lepak kat KFC Petronas Solaris Serdang.
mlm nonton bola arsenal







anak beruang comel
minum susu terus jadi beruang..huhuhu
kesayangan ibu walid

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...