CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 January 2013

Happy Birthday Hubby

Alhamdulillah birthday hubby tahun ni jatuh pada Maulidur Rasul.

aku tak terlibat pun dengan perarakan kat Putrajaya. selalu kalau majlis macam ni memang akan diberi pada staff yg duduk Putrajaya je. iolls yg duk luar Putrajaya ni selamat laar..

tapi tak dapat baju dan tudung free..huhuhu

Dhia subuh dah bangun ingat gi skol..nak mandi, nak gosok gigi..lepas walid gi kerja puas suh tido balik tak mau..ckp dah siang.

dia dah tau skol mesti 5hari. ari sabtu ahad baru dhia bangun lewat skit, lewat bagi dia skang ni ialah kul 7.20am tau. memang tak bagi canmalican nak sambung tidoq² ayam.. :p


budak ni mmg sokmo over..birthday org lain dia pun sibuk nak potong kek. gambar yg dia tengah potong tu  mmg betul² dia potong sendiri. pandai lak dia potong sama je besar dengan yg walid potong


happy birthday kesayangan / suami/ walid/ bf/ bff.. 
moga abang sentiasa dilindungiNYA..murah rezeki, panjang umur, kita anak beranak sentiasa happy, berkasih sayang dan kekalkan sifat romantik tu walaupun dah anak berderet dan rambut dah ada uban..ooppsss..hehehee

nasib hubby kerja pagi masa hari kejadian. seminggu dok google cari org wat kek. nak buat sendiri mmg mood baking takde. wat kek pun kena tunggu mood sampai.

cari punya cari dpt la jumpa blog kak ida dekat je nanti nak ambik kek. aku tempah kek chocolate indulgent. kak ida ckp jarang orang tempah kek tu. tp aku tak kisah pun macam mana rupanya janji chocolate indulgent. dah muak makan secret recipe punya.

kul 10am dah keluar rumah jalan gi jusco je pun..dpt la beli present utk hubby. mencabar sungguh kali ni bawak dhia. nak cepat balik, baru sampai dah ajak balik. 

ingat nak terus ambik kek, tapi kak ida takde kat umah lak. soh datang ambik kul3. 

kul3 cepat² kuar umah, dhia pulak nak tido. puas borak dengan dhia supaya tak tido, kang camne nak dokong dengan bawak barang lagi. 

sms hubby bgtau nak kuar jap gi umah kawan..dia pelik terus call.

hubby : nak gi mana?
me : nak kuar jap je umah kawan
hubby : kawan mana?
me : ala kawan la..kejap je..ada hal
hubby : sejak bila pulak ada kawan kt taman ni?
me : eh memang ada la..abg je tak tau..umah akk yg tumpang ayang tu la.
hubby : errmm.. ok.. ati² tau (tapi nada tu mcm was-was je)

tak pasal² kena menipu :p 10 minit dah sampai umah kak ida, borak² jap terus zas balik umah. OTW balik dhia dah tido. patut la senyap je. tau² tido kat bawah. tapi sampai rumah terus segar bugar..haiyoo

tak lama sampai umah dengar bunyi motor terus tinjau tingkap, sah memang hubby terus cepat² kuarkan kek, dhia lak menjerit² excited. 

byk kali ckp dengan dhia jangan bgtau walid tau ada kek..bukak je pintu terus dhia ckp "aaalid ada kek tu" 

adoi anak tak leh simpan rahsia sungguh :p

kek kak ida memang sedap sangat².. boleh repeat order lagi ni..birthday dhia nanti tempah kat kak ida je la.

mlm tak tau nak makan pe, kita makan pizza hut kt jusco mahkota cheras je la. sampai nak tutup jusco baru kitaorg keluar..huhuhu

09 January 2013

Jangan Terlupa

--> ada SUAMI yang lupa bahawa ibu lebih utama dari isteri.

--> ada ISTERI yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu.
 
--> ada IBU BAPA yang lupa, anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya LEBIH dari ibu bapa.
 
--> ada ISTERI yang lupa bahawa si suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi si isteri.
 
--> ada ANAK LELAKI yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibu dan bapa tergalas di bahu mereka dan BUKAN pada anak² perempuan.
 
--> ada ANAK PEREMPUAN yang lupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami dan IBU BAPA SUAMI lebih daripada ibu bapa kandungnya sendiri.

sumber: News Media Network (FB)


::jangan la sampai aku terlupa tanggungjawab aku::

  

Happy New Year..Welcome 2013..BaiBai 2012

 tak terlambat lagi kot nak wish happy new year...
kalau lambat pun aaahhh dulikkan..huhuhu

biasa la makjemah bizi bebenor..

sedih kot nak tinggalkan 2012 banyak benar kenangan yg sweet²..sour plum pun ada gak.
tp banyak bebenor sweetnya..

tahun ni umur dah meningkat dah..27tahun ullosss!!
syukur masih bernafas hingga kini ^_^

rasa macam dah besar sangat je bila cakap umur 27thn..kahkahkak
dah jadi mak orang beranak sorang pun tak terasa besar lagi ke?

yg penting bila kuar dgn kawan² still org ingat iolls belum kawin..ko ado?? :p

kali ni tahun baru tak seperti biasa..kali ni luar biasa sebab tak tengok bunga api kt depan Mines macam tahun sudah..nnti klu free baru up entry tu okies!

tahun 2012 dua kali dpt gi holiday jauh skit dengan familyku yg kecik ni.. yahooo!!
nasib tarikh holiday tak clash dengan kursus&outstation hubby. 

tapikan ada satu je azam 2012 yg kena sambung bawak ke 2013..caiyok..caiyok.. :)

impian dhia nak naik kapal terbang pun dah ditunaikan..selagi tak dapat naik kapal terbang selagi tu la asyik mintak "bila nk naik, bila nak naik"

moga apa yg aku azamkan dan impikan menjadi kenyataan..aminn!!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...