CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 October 2014

Menunggu kehadiran orang baru

tak sabar rasanya menunggu ketibaan orang baru dalam family kitaorg ni.
dah lama tak bau baby

yang paling tak sabar dah tentu kakak Dhia, hari-hari dia yang menghitung bila adik nak keluar.

selalu kakak Dhia borak dengan adik dalam perut. sebelum tido malam mesti kiss adik dlm perut, borak dengan adik baru lena dia tido.

27 Oktober 2014 Dhia dah 5tahun, so gap adik dengan kakak 5tahun. 

pregnant kali ni terasa lain tak sama mcm dulu. dah gap 5thn tentu lah terasa mcm mengandung anak pertama. tapi pengalaman push dhia dulu tetap segar dalam ingatan. harap nak bersalin nnti ingat lah teknik nak push. 

ikutkan due date 17 November 2014, ni baru 35week+ tapi dah rasa mcm tak lama je lagi baby nak keluar. nak berjalan pun rasa sakit je bawah ni.

berat badan pun bertambah-tambah sampai tak larat nak bawak badan sendiri..huhuhu

setakat ni dah naik 16kg. mau cecah angka 80kg nnti..aiyooo..kena keja keras la nampaknya masa pantang turunkan berat badan.

masa mengandung Dhia aku kena kencing manis, alhamdulillah kali ni takde kencing manis tapi HB manjang la rendah je. nasib HB rendah tapi takde kena pening kepala. 
bila dah masuk 7bln baru la HB normal. agaknya ni pembawakan kot. bila HB dah normal lega sangat.

bila adik dah nak keluar ni Dhia pun mula la buat perangai. masa awal2 mengandung mmg Dhia tak ngam dengan aku, asyik melekat kat walid je. asyik la cari gaduh.. kadang geram je. kalau tinggal berdua memang menguji kesabaran sungguh. 

tapi tetap sayang kat adik. dari perut ibu leper sampai membulat sekarang ni tak pernah lupa nak kiss adik.

tapi sejak2 ni dhia manja sangat, kalau naik kereta nak duduk depan, nak tido kat kita. cepat merajuk. tak marah pun boleh nangis. walid ckp Dhia takut ibu tak sayang dia, ye la selama ni dia sorang je tapi dalam masa sama Dhia berkobar-kobar nak adik.

kalau tengok ibu kemas beg hospital automatik airmata Dhia mengalir..aduhai sedih sangat. ye la budak tak pernah berenggang dengan ibu.

aku ingatkan dah jarak 5tahun takde la simptom nak dapat adik, tapi ado jugak.


ada adik ramai mana pun Dhia tetap jadi kesayangan :)



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...