CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 February 2012

Survey Tadika Dhia..Little Caliphs & Q-Dees

Assalamualaikum..
lama betul blog ni tak update..padahal banyak je hutang cerita..huhuhu..

Semalam public holiday hari wilayah, dhia pun tak nak gi taska sebab tau ibu memang tak kerja. walid pulak kalau cuti pun kena paksa kerja. dari takde buat apa, aku pun ajak Dhia gi survey tadika. bulan 10 ni Dhia genap 3tahun. Even baru 3y tapi aku dah mengelupur nak cari tadika utk Dhia sebab area sini memang Tadika tak banyak, ada 4 je kot. Dhia pun dah nampak boring sangat kt taska, Dhia dah get ready go to school. skang ni pun Dhia gi taska tapi kitaorg slalu ckp gi school. 

kat sini taman perumahan punya la banyak tapi Tadika tak banyak. Taska yang dhia duduk skang ni memang ada tadika sekali selang beberapa rumah je dgn taska skang ni tapi aku tengok budak kat situ punya la ramai, padat sangat. Tadika yang lagi satu pulak half day je yang tu aku tak survey pun sebab kalau boleh kitaorg nak tadika yang full day senang sikit tak payah nak pening kepala nak pikir transport&transit dhia.

semalam bawak dhia gi Tadika Little Caliphs dekat Taman Dutamas belakang Ikan Bakar Sekincan tu. dari baca kat website aku memang dah berkenan dah konsep Little Caliphs ni sebab dia islamic dan english medium tapikan tadika tu bawah kedai, pastu tadika tu ambik 1lot je..memang kecik sangat-sangat. Class untuk 3y, 4y &5y memang sempit. kalau dia ambil 2shop lot baru ok selesa. masa aku pergi tu dalam 2.30pm budak-budak pun tengah tido. Tadika situ memang baru bukak Januari 2012. student 3y pun belum ada lagi. bila sampai sana mula² je dhia malu-malu, 5minit lepas tu terus ambik buku, jalan². Principal ckp kalau nak jugak hantar dhia kat sini dalam bulan 6 nnti boleh la. skang ni pun dhia baru 2tahun 3bulan. jenis dhia ni pulak memang kalau baru kenal mulut diam je, apa yg teacher tanya sepatah haram dia tak jawab pun. tapi dok tersenyum² je la. teacher kat situ pun nampak baik sangat dengan budak². semua teacher cakap dhia comel+lawa.  pe lagi minah tu tersenyum simpul je la..hehehe

Bayaran pun standard je kalau tadika swasta ni..pendaftaran lebih kurang RM 1075 ++. Monthly kalau full day RM 350 sampai 6pm.  Kalau half day je RM 210 kalau tak silap.

teacher pun bawak la dhia pusing² dalam tadika tu, main² kejap dengan dhia sampai dhia tak mau balik..

lepas gi Little Caliphs terus gi Tadika Misya (Q-Dees). tadika ni dekat je dengan rumah, dekat taman Tanming. tapi sini pagi² sesak sikit la sebab dekat dengan sekolah rendah. tadika ni guna kaedah Q-dees. Tadika ni dah lama dah aku berkenan, tiap kali lalu shortcut mesti lalu tadika ni pastu mesti aku dok jeling². Tadika ni dekat kawasan perumahan, rumah pun besar, selesa, bersih sangat². masa aku datang tu maid tengah basuh porch tempat playground.

puas hati jugak la dengan tadika ni, bersih sangat² lepas tu besar. so budak² takde la terasa macam terkurung sangat. Q-dess ni dia ajar BM, BI & Mandarin. tapi kelas agama seminggu sekali je. tu pun aku rasa dia tak ajar sangat kot. 

Dhia macam biasa la merayau², baca buku, dok usik teacher. Bayaran pendaftaran RM 1060 termasuk 2 uniform, insurance, buku, concert, lawatan, sport day. Monthly pulak RM 380 untuk full day, kalau half day pulak RM 210. Petang pun diaorg takde buat apa² aktiviti sangat. lepas makan, mandi, tido, bangun baca buku cerita pastu main kt luar. kat sini pun belum ada lagi geng dhia 3y. student sampai petang pun tak ramai dalam 5orang je.

aku pun pening gak la memikirkan mana nak  hantar dhia ni. Niat di hati nak hantar tahun ni jugak, tapi dua² tadika ni geng sebaya dhia takde. so hantar tahun depan je la.  memang tahun depan tu lambat lagi, tapi aku kena fikir dari sekarang. kalau kat sini banyak pilihan takpe aku tak payah susah payah nak fikir lama-lama.

kena jugak fikir panjang. macam² la dalam kepala ni dok fikir.

1) kalau hantar kat Little Caliphs tu, memang bagus sebab dia islamic. tapi keadaan tempat dia atas kedai dan tempat kecik sangat. kalau tadika tu kat rumah memang ok sangat² dah. lepas tu jauh sikit dari rumah. kalau aku nak gi kerja memang bukan one way la kena u-turn 2 kali. kalau balik kerja je u-turn sekali. 

2) hantar kat Tadika Misya (Q-Dees) memang one way walaupun situ pagi² memang sesak  sangat². tapi jalan keluar dia ada banyak.

3) kat Putrajaya ni banyak jugak tadika, tadika dekat office aku ni pun ada jugak tapi kalau aku kena gi kursus luar atau aku cuti susah pulak mr.hubby nak hantar dhia. sebab mr.hubby kerja kat KL pastu keluar awal pagi. 

4) ingat memang nak cari tadika yang sekali dengan taska tapi kat sini memang takde. mana la tau rezeki dhia nak dapat adik nanti senang one way je aku hantar dua beradik tu. kalau nak hantar dhia half-day je kat tadika dan adik dhia hantar rumah orang ok la jugak tinggal ambik transport je. pun jimat jugak kalau hantar adik dhia kat rumah orang. tapi sini susah nak cari babysitter.

kitaorg fikir kalau rezeki dapat baby tahun ni jugak, baby tu hantar je dekat taska dhia sekarang ni. kalau nak jimat sikit baby tu hantar kat taska ofis aku ni monthly tak sampai RM200. tapi risau la aku drive ulang alik dari rumah ke office dalam 40 minit dengan baby lagi..kalau aku berani dari dhia dulu aku hantar kat taska office ni je.


banyak masa lagi untuk aku berfikir panjang. harap² Allah s.w.t permudahkan urusan kami..amin..

balik rumah dhia excited nak cerita kat walid tadi gi school baru. bila walid tanya "dhia nak gi school mana? yang ada playground ke (Tadika Misya)  takde playground (The Little Caliphs)? " dhia jawab "ada paygound"


::misi mencari kindergarten untuk dhia masih diteruskan::


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...